Khamis, Oktober 29, 2009

Tak Sihat

Pagi tadi bangun lewat sikit...selalu bangun awal, masak untuk adik aku bawak bekal ke tempat kerja...tapi pagi ini aku tak dapat nak bangun...badan aku sakit semacam je...nampaknya tak ada bekal untuk dia dan aku juga untuk hari ni...harap2 esok ada bekal untuk dia...

Kalau ikutkan rasa sakit badan ni nak je aku sambung tido...relaxkan badan dulu...tapi memikirkan cuti yang tinggal ntah berapa hari dan kenduri adik2 aku yang bakal berlangsung tak lama lagi...makanya aku tak jadi nak sambung tido...siap-siap dan terus keluar bekerja...sempat cium dan main-main dengan Rafiq hero aku yang sorang tu...sudah pandai dia sekarang...sudah sangat mengenali orang disekelilingnya...sudah pandai tidak mahu diambil orang selain yang dia kenal saje...sudah pandai mengikut dan mengajuk cakap orang...makanya sekarang ni aku perlu berhati-hati ketika bercakap dengan sesiapa pon.

Aku kerap sakit kepala semenjak dua menjak ni...kerja pon banyak...pikir pon banyak jugak...sampai tidur pon termimpi pasal kerja dan macam-macam lagi...tak apa la...banyakkan bersabar...InsyaAllah aku hadapi dengan tabah...ini antara ujian dariNYA....

1 ulasan:

  1. Jaga kesihatan nanti susu terjejas K..cakap kat orang saya pon sama...susu dah setat slow sbb makin malas hihihi..cute rafiQ!

    BalasPadam