Rabu, Oktober 21, 2009

Rafiq sudah 8 bulan

Hari ni 21 Oktober 2009, genap usia Rafiq 8 bulan...berat dia sekarang ni 8.6kg...hanya naik 400gm dari dua bulan yang lepas...Rafiq sangat lasak sekarang ni...sebab tu lah berat dia naik sikit saja...tapi tak apa sebab naik jugak walau pon sikit...jangan tak naik langsung sudah lah...aku sangat teruja melihat perkembangan dia...hari-hari ada saja aksi dia yang lain dari yang lain aku rakam. boleh jadi bahan tontonan aku dikala kebosanan...semalam dia memanjat sofa...kali ni aku saksikan sendiri...aku nampak dia seorang yang tidak berputus asa...selagi berdaya dia akan usaha memanjat sofa...sehingga lah berjaya naik ke atas...sekiranya tidak berjaya..dia akan berhenti berehat...dan akan sambung memanjat apabila letihnya hilang....itu la Rafiq.

Hari ni aku tinggalkan Rafiq ketika dia masih enal dibuai mimpi...selalu bila ku cium pipi,dia mesti akan tersedar...tapi pagi tadi memang lihat dia sangat lena...aku tak sampai hati nak ganggu tido dia...selalu tiap pagi aku akan lambai dia sebelum pergi kerja...aku bagitau dia yang aku pergi kerja nak cari rezeki untuk keluarga...dia senyum saja..seolah-olah mengerti apa yang aku sampaikan... seronoknya kalau lah dia betol-betol faham...heheheh..baby lagi kan dia tu. tak tau lah aku apa yang dia faham bahasa orang dewasa ni.

Ok la..sekian untuk hari ini...jumpa esok ye....babaiiii.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan