Isnin, Oktober 26, 2009

Rafiq dah pandai merangkak


Hari sabtu (24.10.2009) Rafiq dah mengatur gerak...angkat lutut 2,3 kali pastu tu terus menyulur...kira okay la kan...baby baru belajar...kalau pasal berjalan pulak memang sangat pantas..laju saje ke depan.kalau dia nampak sesuatu yang disukainya lagi pantas dia bergerak...dia sangat suka dengan laptop...pantang nampak sapa-sapa kat rumah tu buka laptop...mesti dia akan terjah...sampai dia dapat pegang laptop tu...kalau tak dapat...dia akan usaha sehingga dia berjaya jugak...anak itu langsung tak putus asa...dia sungguh bersemangat...

Baby sekarang tak sama macam baby dulu-dulu kan...Rafiq sudah tak mahu bermain dengan mainan-mainan baby...apa yang dia suka majalah, surat khabar, laptop, pen @ barang-barang yang tak layak di buat mainan...semua barang-mainan yang aku beli dan yang diberi semuanya aku simpan...kalau diberi pada dia pon tak diendahkan langsung..buat sepah rumah aku ade la. Nasib baik la aku tak membeli sakan barang mainan untuk dia.

Aku berdoa semoga anakku Rafiq cerdas, cergas, dan menjadi anak yang baik, soleh dan mendengar kata. AMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan