Rabu, Jun 30, 2010

Letih sangat (x tau kenapa)

Sejak balik dari kampung halamanku nun jauh di utara(ceq ni oghang kedah no). Badan ni terasa sangatlah letih...walau pon dah cuba cukupkan tidur. Tapi badan tetap rasa letih. Semalam sudah pergi klinik, nak ambil ubat jer pon...tapi mengadu lah juga sikit-sikit pada jururawat yang rawat aku tentang keletihan aku ni...sekali dia jawap ape korang tahu? "badan kurus macam ni pon boleh selalu letih ke? kalau orang badan besar macam saya ni memang la patut kerap terasa letih". Eh...bentuk badan pon boleh ambil kira ek? Letih ni bukan serang sapa saja ka? Lepas tu jururawat nasihatkan aku, suruh aku ambil makanan yang sihat-sihat. Banyakkan makan sayur-sayuran. tapi semua tu memang aku makan. sayur, buah, roti, biskut, kuih...semua la...aku hantam sajork apa yang aku boleh makan. Tapi sampai sekarang ni badan aku masih terasa letih. Hmmm...kena berehat puas-puas la cuti nanti...harap-harap rasa letih ni kurang kalau pon tak hilan 100%...dapat kurang pon jadi lah...kalau hilang terus al-hamdulillah.

Isnin, Jun 28, 2010

X PUAS

Balik kampung hanya 4 hari...memang langsung tak puas...dulu masa zaman bujang 4 haru tu cukup aje..tapi sejak sudah berkahwen dan punya keluarga, 4 hari terasa tersangatlah singkat. 2 hari di rumah En.Hubby dan 2 hari di rumah aku. tak terasa apa pon...hari-hari berlalu tanpa sedar. tup-tup sudah perlu bersiap untuk pulang ke kota raya.

Cumanya apa yang best dapat berehan di kampung...walau pon badan belum hilang rasa letih memandu, dapat berehat di kampung yang nyaman terasa sedikit kepuasan. Rafiq pon sangat terhibur di kampung...cuma kejadian pelik yang berlaku pada Rafiq sepanjang di kampung...tepat jam 2.00 pagi, Rafiq mesti menangis teresak-esak. tak kira di rumah En.Hubby atau pon rumah aku....asal tepat saja jam 2.00 pagi, semua orang akan mendengar suara tangisan Rafiq...aku ni lagi lah kan..sebab Rafiq tidur dalam pelukan aku...aku dengan En.Hubby masing-masing tertanya-tanya tentang hal ini...pelik kan? lepas malam pertama rafiq menangis, aku buat tak kisah, tapi malam ke-3 tepat jam 2.00 dia mula merengek dan menangis aku pon mula sedari sesuatu...tapi mintak simpang apa yang aku rasa itu tak betol...malam terakhir, aku sedar sebelum jam 2.00 pagi, bersedia untuk tunggu dan lihat keadaan Rafiq...tepat jam 2.00 pagi dia mula merengek dan menangis...tapi disebabkan aku bersedia lebih awal...Rafiq hanya menangis sekejap saja, dan kembali tidur seperti biasa. Tapi peristiwa tu tetap menjadi persoalan aku hingga sekarang ni.

*Semalam kami bertolak balik ke kota jam 6.30 pm...mula perjalan En.Hubby memandu sampai di Gurun. Dari Gurun kami tukar giliran memandu. Patutnya aku memandu sampai Bukit Gantang, Kononnya tukar pemandu. Tapi En.Hubby terasa tidak sihat...harusnya aku yang memandu sampai aku tidak tahan mengantok...sampai di R&R Rawang, aku mintak En.Hubby sambung, aku tak sanggup sudah, mata sudah tak mampu nak celik luas-luas. nasib baik juga En.Hubby sudah okay...dapat aku berehat seketika...tapi hampir 5 jam aku memandu...sungguh letih...lebih jam 1 pagi sampai rumah kerana singgah flat hijau anta barang anak jiran sekampung aku...sudah sampai rumah aku siap itu ini, buat itu ini...tup-tup dah dekat 2 pagi...nasib baik Rafiq tak buat perangai masa tu. Dapat aku tidur dengan lenanya...tapi aduhai lah...sakit belakang lah pulak...tidur pon tak puas...pagi ni bangun jam 6.45 pagi...teruk betol kalau balik kampung...mesti aku yang letih lebih dari semua orang...fuhhh!!!!!!

Rabu, Jun 23, 2010

Menghitung hari....

Orang nak kawen jer yang selalu berdebar menghitung hari kan..kan..kan..hehehhe aku yang nak balik kampung ni pon menghitung hari jugak tau...dari hari ke jam ke minit dan, tunggu apa lagi kan? balik la..lagi nak tunggu ke kan? aku memang tak sabar dah ni..kalau ikutkan rancangan awal malam ni memang nak bertolak balik kampung..tapi cuti aku mula 25 ni...nampaknya esok aku masih di cyberjaya dan putrajaya lagi...hmmm, sungguh aku tak sabar. teruk sangat kan...macam la tak pernah balik kampung...bukan macam tu...aku sangat lah teruja bab-bab balik kampung ni...sebab bukan selalu balik kampung..aku tengok member-member kerap sangat balik kampung, boleh bikin aku tersangatlah cemburukan mereka...tapi apakan daya aku kan...kampungku bukan dekat. aku terima hakikat...

Jom...berangan lagi balik kampung... :)

Selasa, Jun 22, 2010

Mood balik kampung...

Minggu ni rasa seperti tidak sabar je. Semua perkara nak dibuat dan diselesaikan dengan segera. Nak balik kampung je pon...bukan nak pergi bercuti jauh-jauh pon. Tapi nak balik kampung aku tu pon bukannya dekat... jauh jugak tu. 6 jam perjalanan jugak baru sampai. Sakit jugak la pinggang dengan belakang akibat duduk saja dan memandu. Hmmm...tapi walau pon hanya balik kampung, itu lah perkara yang paling aku suka. setahun dalam 6 hingga 8 kali aku balik kampung, tahun ni baru 3 kali aku balik kampung termasuk yang akan datang ni. Aku kira-kira tahun ni lah paling kurang aku balik kampung, dalam 5 kali macam tu. Apalah nasib anak perantau kan...bukan susah nak balik, cumanya cuti tak mencukupi, asyik ambil cuti jaga anak je yang banyaknya. Aku tak berkira cuti jaga anak ni..cumanya cuti aku bukanlah banyak mana pon...sekurang-kurangnya cuti yang aku dapat setahun itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Cerita pasal cuti lak pulak aku ni kan....

Sebenarnya sekarang ni pon aku sudah terbayangkan kampung halaman, rindu sangat pada semua, tak sabar nak balik, dapat berehat dan bersantai di kampung adalah satu nikmat yang tidak terkata...sungguh nyaman di kampung, tidak seperti di kota raya ini...Putrajaya...walau pon sunyi, sepi, tapi tak ada kokokan ayam, tak ada siulan burung, tak dengar suara kanak-kanak bermain permainan kampung...hanya di kampung yang ada semua tu.

Hmmm...sekarang kalau tak salah aku, musim buah di kampung...durian mesti banyak, di belakang rumah aku adalah dalam 5-6 pokok durian, mesti sudah berbuah...selalunya rezeki cik tupai, kami sekeluarga dapat rasa seorang seulas dua...itu pon kalau ada rezeki keluarga aku...seronok sangat balik kampung musim buah, aku berani potong jari kalau balik Putrajaya nanti kereta aku penuh dengan pelbagai buah. (kalau la musim buah kan)

Ok lah...aku nak sambung berangan nih...tak sabar nak balik kampung kan.... :)

Khamis, Jun 17, 2010

Cerita tentang semalam...

Sepanjang bermula cuti sekolah, rafiq memang di rumah, BS kan cuti, jadinya adik aku datang dari kampung tolong jagakan rafiq. Jadi bila pulang dari kerja aku terus balik rumah. Tapi semalam rafiq sudah dihantar ke rumah BS,jadi balik dari kerja terus ambil rafiq di rumah BS. Rafiq ok, budak baik kan (insyaAllah) langsung tak buat perangai, mungkin dia tahu Umi dia tak sihat...dia pon buat hal sendiri...itu cerita BS rafiq pada aku...

Bila balik rumah Rafiq terus menuju ke dalam bilik adik, dengar suara dia seperti memanggil-manggil, dia cari mak-mak sedara dia? yer lah...seminggu lebih dia bersama diorang...mesti dia rindukan budak-budak tu. Rafiq keluar bilik datang peluk aku sambil tunjuk arah bilik dan berkata-kata bahasa yang aku tak paham..mungkin dia tanya kemana mak2 sedara dia pergi. Masa aku hantar adik-adik aku naik bas, Rafiq tidur, elok saja diorang dah naik bas baru Rafiq bangun. Tapi aku sudah bagitau dia yang mak su dengan mak Chaq dah naik bas tu, dah balik kampung. Muka dia sedih sangat. Aku pulak yang sensitif masa tu. Semalam aku bagitau Rafiq lagi yang mak su dengan mak chaqnya sudah ada di kampung.

Nampaknya aku kena balik kampung juga, tunggu En.Hubby selesaikan kursus dulu. Aku pon kena lah selesaikan kerja yang kebanyakkan penting di opis ni dulu. Kalau tidak susah aku nak balik kampung.....(sebenarnya memang tak sabar nak balik kampung, dari minggu lepas lg dah bincang dengan En.Hubby, ajak dia pulang ke kampung lebih awal...tapi En.Hubby tak dapat elak dari kursus...aku dah rindu sangat dah dengan semua orang di kampung nun....)

Rabu, Jun 16, 2010

Ulcer

Sudah 4 hari aku jadi ulcer dalam bibir atas...sungguh sakit, sekian lama ulcer tak singgah aku lupa rasa sakitnya...sungguh aku tak tahan...malam kelmarin aku hanya dapat makan bubur...kalau dapat makan nasi pon, hanya 3-4 suap jer...lebihnya aku hanya minum air. Badan pon sudah terasa susut...Nak naik punya la bertahun, nak turun cukup lah tak makan sehari...susahnya lah nak naikkan berat badan ni...ulcer ni lah punya pasal yang menyebabkan berat badan aku sudah turun merudum...benci ulcer....................................................................

Sudahlah ubatnya susah nak cari kt Putrajaya ni...B*nj*l* memang aku sudah bosan dengan ubat itu...langsung x mujarab. kat mana ada kedai ubat cina yang berdekatan? En.Hubby ada belikan ubat semalam...tapi bukanlah seperti yang aku minta...tapi aku pakai juga la...nanti merajuk lak dia, penat juga pergi cari ubat untuk aku, tak kan aku tak nak guna pula kan...guna juga la....yang pasti aku tak puas hati dengan ubat yang En.Hubby beli...tak berkesan jugak...

Bila la agaknya boleh dapat ubat yang sebetulnya?

Selasa, Jun 15, 2010

Hari ni kurang happy

Sebenarnya malam ni adik-adik aku sudah mahu pulang ke kampung, rumah aku akan kembali sunyi lepas ni...adik aku yang kerja IQRAM pon akan tinggal di hostel tempat dia bekerja..tinggal adik aku yang kerja kat Alamanda ja. Tapi rumah aku mesti sunyi...kalau riuh pon hanya suara Rafiq...syukur ada Rafiq, penyeri rumah tangga aku dengan En.Hubby.

Semalam sangat lah letih, balik kerja terus ambil adik-adik pergi cari tiket bas. Nasib baik semalam punya tiket sudah habis...memang aku sengaja lewat ambil tiket diorang...aku harap diorang lama lagi kat sini...aku senang dengan diorang, ramai-ramai meriah kan...meriah yang aku suka...ada meriah yang mendatangkan kerimasan kan...tapi diorang ni lain...aku happy jer hari-hari dengan diorang ni.

Tapi malam ni diorang dah nak balik, lepas ni Rafiq la yang terpaksa meriahkan suasana di rumah...

Hmmm...cerita pasal Rafiq, 2-3 hari ni Rafiq lain sangat, dia sangat manja dengan adik-adik aku tu...dia macam tahu saja diorang dah nak balik. Langsung tak ada buat perangai lagi...baik sangat dengan diorang. Asyik berkepit saja dengan diorang...dengan aku jarang sangat..masa tidur saja dengan aku...harap-harap bila diorang balik dia tak buat perangai...dia budak baik. aku tahu itu...

Isnin, Jun 14, 2010

Kesibukan melanda...

Sepanjang cuti minggu ni aktiviti agak penuh. Sampaikan banyak perkara yang sedia dirancang tak menjadi. Hari ni kena juga buat perkara yang tergendala sebelum ni. Kalau tidak, adik-adik aku tak balik kampung. Kesian adik bongsu aku tu...hari-hari tanya bila aku nak ambil tiket, dia dah tak sabar nak balik kampung, rindu kan mak abah la tu...Kalau ikutkan hati aku ini, nak ja balik dengan diorang, tapi En.Hubby dilanda kesibukan yang melampau. Semalam dia terpaksa kerja sebabnya peserta kursus lapor diri semalam. Tapi tak kan lah lapor diri sampai tengah malam kan? tapi itulah kerja En.Hubby aku. Kalau ada kursus, memang macam tu lah dia. Keluar rumah sebelum jam 7, balik rumah hampir 12 malam. itu kalau buat kerja biasa, selalunya kerja luar biasa, pernah kerja balik jam 5 pagi...semata-mata nak selesaikan semua kerja sebelum esoknya. dia memang seorang yang tidak suka tangguh kerja. Kalau tak sempat habis di pejabat. Kerja tu akan dia bawa ke rumah...aku lah mangsanya...aku sanggup je...kesiankan dia, dari pejabat sampai ke rumah tak berhenti kerja....(cakap macam aku ni tak ada kerja saja kan?)

Semalam cikgu Narimah datang rumah, dari hari khamis minggu lepas lagi dah calling-calling nak jumpa aku dengan En.Hubby juga2..tapi kita hanya merancang, banyak perkara yang dirancang tak jadi. Jadinya dia datang rumah aku...senang cerita...jadinya pagi-pagi ahad kelmarin, aku dengan En.hubby keluar ke Pasar Borong Selangor, beli lauk pauk untuk minggu ni. Balik rumah siapkan apa yang patut. Dan Cikgu pon sampai...(Cikgu ni dulu pernah bagi mak aku jaga anak dia...anak dia dah jadi anak susuan mak aku-anak dia jadi adik aku juga la-jadinya cikgu ni sangat rapat dengan keluarga aku)

Berbalik kepada cerita tadi...aku sibuk memasak di bantu oleh Ct(bakal adik ipar aku ni-InsyaAllah) nasib baik Ct bantu...kalau tidak 2-3 jam juga la aku memasak. Menu yang dirancang hanyalah 2-3 mata saja. Tapi tup-tap-tup-tap jadi 4-5 mata. penuh meja dengan lauk pauk yang tidak disangka-sangka. Menu semalam untuk tetamu kami (Asam pedas Ikan merah, Sambal Udang, Kerang rebus, Ulam raja& timun, sambal tempoyak, ikan goreng). Yang best sangat cikgu makan bertambah-tambah sampai 4 kali. Itu dalam kekenyangan tu...kalau lapar macam mana la agaknya. Seronok bila orang suka makan makanan yang kita masak kan...rasa apa yang kita buat tu tak sia-sia. Aku pula yang jenis yang pandai masak....boleh masak gitu-gitu je pon...dapat juga bagi kepuasan pada tetamu aku...

(sekarang ni aku sedang teringatkan asam pedas ikan merah...sedap juga...hehehhe)

Jumaat, Jun 11, 2010

Adikku sudah mahu pulang...

Adik aku sudah mahu pulang...kalau boleh esok dia dah nak balik Kedah, tapi aku tahan dulu sebabnya aku nak belikan dia sesuatu. Dia pon setuju, tapi dalam setuju pon dia masih berfikir-fikir juga, katanya dah tak tahan tanggung rindu pada mak dan abah. Dia kesian mak dengan abah sunyi adik tak ada. Sebab adiklah paling bising di rumah. Mak dengan abah pon hari-hari rindu adik...hari-hari telefon adik. Dapat cakap dengan adik, dapat juga lah bercakap dengan cucu kesayangan si Rafiq tu.

Kalau ikutkan hati ni nak saja aku balik kampung hantar adik...kesian biar diorang balik dengan bas...walaupon berdua aku masih risau. Di sini tak sama keadaan di kampung sana. Sayang sekali, En.Hubby tak dapat cuti kerana ada kursus akan masuk pada hari Ahad ini...hari Ahad ni En.Hubby terpaksa bekerja. Jadinya adik aku terpaksa juga tangguh untuk balik kampung. Malam ni aku akan pergi cari tiket untuk diorang...sedih pula aku nak biarkan diorang balik...dengan adanya diorang di rumah, suasana meriah sangat...hari-hari riuh dengan gelak ketawa...Rafiq bukan main suka. Kalau diorang balik...macam mana lah agaknya lepas ni kan???

BS Rafiq sudah ada di sini..tapi aku tak pasti keadaan dia...sekarang ni dia berbadan dua...dapat ke dia jaga Rafiq lagi? Nanti malam pergi rumah dia lah.....

Selasa, Jun 08, 2010

Hati senang...

Salam selasa...

Hati rasa tenang dan senang walau pon masa nak keluar pergi kerja pagi tadi Rafiq meraung mahu ikut...selalu aku siap-siap nak pergi kerja, dia belum bangun tidur. sekarang ni dia mudah betol bangun pagi...aku selesai siap dia pon siap bangun. Dah tengok aku cantik jer kan...(wah...perasan betol nih-yer lah kan...dah siap nak pergi kerja kan...mesti lah kemas can cantik...tol tak?) dia pon tergedik-gedik bangun nak ikut...menangis lah dia bila aku keluar pintu...tapi apa nak buat kan..terpaksa juga lah aku teruskan...kalau aku layan dia lagi lah meraung dia nanti...

tapi dalam hati ni sedih wooo...dengar anak menangis kan....?tapi dalam sedih ni aku bersyukur kerana adik dan siti sudi datang jaga Rafiq di kala BS bercuti balik kampung. Aku sangat berterima kasih pada Siti...dia sudi jaga Rafiq...nak harap adik aku yang bongsu tu?dia tau mengusik adalah...biasalah budak lagi kan...tapi aku harap dia dapat belajar dengan Siti, dapat timba pengalaman menjaga budak kecil macam Rafiq yang sangat banyak akal...

Oklah...b'fast time....jumpa lagi esok-esok...daaa

Khamis, Jun 03, 2010

Khamis....esok Jumaat.

Tak ada mood sebenarnya...sebabnya masih mengantuk..yer lah pagi-pagi dah menaipkan... Cepat betol masa berlalu kan? sudah Khamis hari ni... Jumaat esok adik aku yang bongsu akan bertolak ke sini bersama buah hati adik aku yang lelaki yang tinggal dengan aku sekarang ni. Tujuan kedatangan diorang bukan lah saja-saja nak bercuti...tapi atas permintaan aku. Al-maklumlah kan, BS Rafiq minta cuti lima (5) hari pada minggu pertama cuti sekolah. Cuti aku tinggal lapan (8) hari saja lagi...sebab tinggal lapan hari? sebab BS selalu minta cuti dan cuti jaga Rafiq di kala dia demam. Adakalanya aku manfaatkan cuti dengan balik kampung atau pergi kemana-mana untuk mengisi masa yang terluang. Tapi tak selalu...sebab selalunya memang habiskan masa di rumah bermain dengan Rafiq.

Kedatangan adik aku itu adalah bertujuan menjaga Rafiq untuk seminggu pertama cuti sekolah tu...minggu ke dua aku akan hantar semula Rafiq ke rumah BS. Cian jgk adik2 aku tu...terpaksa datang jauh-jauh sebab nak tolong aku jaga Rafiq...bertuah aku kan punya adik yang memahami...tapi tak semua...ada yang buat kepala aku pusing...tapi biarkan lah...aku malas nak pikirkan dia...

Esok lepas kerja adik aku sampai..meriah la rumah aku minggu depan...x sabar tunggu esok. (^_^)

Selasa, Jun 01, 2010

1 Jun 2010

Hari dah 1 Jun 2010, hampir setengah tahun sudah kita lalui tahun 2010 ni. Terasa kitaran masa berlalu sangat pantas. Dari malam menanti pagi, tidak terasa apa, tidur pon tak sempat nak mimpi indah, inikan lagi mimpi ngeri..(elakkanlah..hehehe. Tidur pon tak terasa, seperti baru pejam mata hari sudah pagi...sungguh tidak puas...Dari pagi menanti petang masa meninggalkan kita dengan sekelip kerlipan saja...kerja yang dijalankan pon separuh siap. Tapi ramai yang suka, sebabnya cepat balik, cepat-cepat nak keluar dari pejabat...nak balik rumah, nak pergi situ, nak pergi sana...macam-macam la agenda lepas kerja...Dari petang mananti malam lagi lah tiada rasa masa yang terbuang. Sungguh padat walaupon dengan 1 atau 2 aktiviti...

Paling terasa dalam membesarkan hero aku Rafiq, sungguh mudah,tapi penuh dengan dugaan dan cabaran. Aku bersyukur Rafiq seorang anak yang mudah dijaga. Aku harap Rafiq membesar menjadi anak yang soleh, yang mendengar kata orang tua, mengikut perbuatan yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Semoga Rafiq membesar dengan sihat dan sempurna, bijak dan berbudi pekerti yang tinggi,menghormati orang tua dan sesiapa yang sepatutnya dihormati, menjadi harapan keluarga.