Isnin, November 09, 2009

Sayu

Pagi tadi aku ke HKL. Melawat anak seorang pegawai di opis aku...sangat sayu hati aku melihat anaknya yang sedang dirawat...hanya disebabkan terjatuh dari katil...dia terpaksa dimasukkan ke ICU...terus aku terkenangkan Rafiq dirumah...bagaimana keadaan dia sekarang ni...harap-harap dia tak apa-apa...bukan apa, Rafiq seorang budak yang lasak dan aktif...suka memanjat dan menjatuh diri sendiri dengan sengaja...macam mana la aku tak risau keadaan dia...sekarang ni kira ok sebab dia dijaga oleh kakak(adik aku) sendiri...jadinya tahap kerisauan aku kurang sedikit...tapi lepas ni Rafiq akan aku hantar semula ke rumah BS yang sebelum ini...aku tak tahu apa yang boleh aku ungkapkan disini...melainkan perasaan risau yang amat sangat...perlukah aku mencari BS lain atau pon menghantar Rafiq ke nursary....???aku runsing hanya disebabkan kejadian yang berlaku kepada anak pegawai tersebut...cuma kurang sedikit perhatian saja semua itu boleh berlaku...

Apa pon aku tetap berdoa semoga anak dia cepat sembut dan dia kuat menghadapi dugaan ini...kalau aku ditempat dia pon...aku tak tahu macam mana nak hadapi ujian seberat itu...semoga dia terus tabah....dan semoga Rafiq dalam keadaan yang selamat...AMIN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan