Jumaat, Januari 07, 2011

D'kampung halaman

Hari ni genap 3 hari aku di kampung...hujan hari-hari dari pagi ke malam...tapi disebabkan berada di kampung...aku rasa seronok sangat...Rafiq lagilah teruja..tak kira berada di mana dia hanya bersuka ria sahaja. tidur siang dia hanya bermula dalam kereta...sungguh susah. maklumlah ramai sangat kawan di kampung ni...dari ibu-ibu saudara dia sehingga sepupu-sepupu dia di sini...membuatkan dia sanggup menahan mata yang mengantuk itu...tidur malam juga begitu...dia orang terakhir tidur. aku terpaksa melayan...peluang untuk berada di kampung bukan selalu dapat.

Tahun ni perancangan cuti aku telah gagal awal-awal lagi...patutnya cuti raya cina nanti baru balik kampung..tapi En.Hubby beria-ia mahu pulang...dalam sakit-sakit pon nak balik...jadi aku pon terpaksa juga buat perancangan cuti baru..ikut balik juga. Harap cuti yang akan datang tak ada masalah.

Ok...cukup di sini...nanti aku sambung cerita lagi...En.Hubby tumpang mengadap sama nih..susah aku nak cerita macam-macam sekarang nih...huhuhuh...

Have a nice day..........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan