Khamis, Ogos 19, 2010

1 peristiwa di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua...

Tak tau aku bagaimana harus dimulakan cerita, lebih kurang jam 2 pagi tadi pengasuh Rafiq datang rumah...tak tau lama mana dia ketuk pintu umah, aku langsung tak sedar...terasa seperti bermimpi...tapi terjaga selepas ketukan berhenti sebab dengar seperti nama dipanggil. Bila betul bangun pengasuh Rafiq sudah pulang...hati rasa tak sedap...aku cari HP dan hubunginya. Deringan sekali dua saja sudah dijawab. Suara dia sangat merisaukan aku. Rupanya sesuatu berlaku pada suami dia. Aku kejutkan En.Hubby. ajak dia ke rumah pengasuh Rafiq...cepat-cepat En.Hubby siap dan terus ke sana. Di sana, aku nampak suaminya lemah, lesu, nak bercerita tapi suara pula tidak keluar. tapi aku ada sedikit paham dengan cerita dia.

Sebelum ni dia sudah demam 3-4 hari...dan tidak sedap badan sehingga hari ini sudah 10 hari. maknanya dari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan lagi dia sudah tidak sihat. Aku tahu dia tak sihat sebelum ni dari isterinya...tapi aku ingatkan demam biasa...cuaca kan tak menentu sekarang ni. Tapi bila aku hari-hari aku dengar cerita tentang dia tak sihat aku jadi pelik...aku pernah sarankan pada pengasuh Rafiq tu supaya bawa suaminya untuk cuba rawatan kampung. Bukan apa, sudah ke Klinik kerajaan, klinik swasta dan hospital juga...tapi tak dapat kesan sedikit pon apa sakitnya. Jadi bagaimana? Aku rasa rawatan kampung mungkin dapat membantu. itu saranan aku pada hari Isnin yang lepas. Jadinya, hari ini sakit suaminya bertambah teruk...2 hari dia tak boleh tidur, katanya bila dia pejam mata, ada 3 lelaki bertubuh besar dan serba hitam datang kepada dia, diberi tanah kubur, datang mengugut, mengganggu tidurnya. Semalam pula, bila dia nak tidur, datang pula orang-orang yang sudah lama mati kepadanya....tanda apakah itu? Aku bermuhasabah diri sekejap...Di dalam bulan yang mulia ini berlaku perkara yang aku tak jangkakan. Jiwa dia sekarang ni kosong...badan pon kurus kering, baru 10 hari sakit...ada 1 perkara lagi...dia ceritakan kepada aku dan En.Hubby pagi tadi....dia kata dia boleh sembuh, tapi 3 lelaki hitam dan besar itu suruh dia tunggu lagi 7 hari. Sembuh yang bagaimana aku pon tak pasti. Tapi aku dapat lihat dari wajahnya...dia kelihatan seperti takut sekali. En.Hubby bercadang mahu bawa dia berubat pagi ini, tapi kakak kepadanya dah sampai, mereka akan uruskan semua...tak apalah, biar mereka cuba dahulu...aku doakan semoga suaminya segera sembuh dari gangguan itu dan kembali sihat dan bekerja semula.

Lebih kurang 1 jam 1/2 kami di sana...balik rumah sudah 3.30 pagi...sambung tidur...bila jam berbunyi 4.30 pagi tu aku pula yang tak dapat bangun...kepala aku terasa teramat berat, mata juga tak dapat celik. puas aku cuba sehingga jam hampir pukul 5...kepala tetap berat, mata dapat celik sedikit, aku gagahkan diri bangun, masak dan makan apa yang ada...jam 5.30 aku tidur semula kerana tak dapat menahan sakit kepala...sebelum tidur aku makan ubat...moga-moga sakit kepada hilang sebelum bangun pergi kerja....Al-hamdulillah, berkurangan, dan dapat bangun solat dan bersiap pergi kerja. Syukur Al-Hamdulillah kerana memberi aku kekuatan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

*punch card aku merah hari ni...kuar sudah awal, tapi kesesakan lalulintas membuatkan aku lewat tiba di opis, perjalan yang sepatutnya mengambil masa hanya 10-15 minit, hari ini aku mengambil masa selama 25 minit di atas jalan*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan