Isnin, Februari 22, 2010

Rafiq Sudah 1 Tahun

Semalam Rafiq genap setahun...sekejap jer masa berlalu kan...Rafiq sudah membesar dengan sihat dan kuat...cumanya semalam dan 2-3 hari yang lepas Rafiq demam... Semalam pon Rafiq masih demam, batuk dan selesema. Rafiq deman ramai yang tak percaya sebab dia tetap lasak...cuma bila dia betol-betol rasa tidak larat/kuat baru lah dia akan merap-merap dan diam saja....

Bertuah jugak kan jadi cucu sulong ni....Mak Tok dengan Mummy telah sponser untuk jamuan BIRTHDAY Rafiq pada hari sabtu lepas...yer la kan...nak buat semalam mana la sempat sebab kami gerak balik Putrajaya...

Erm...aku tak sempat nak amik gambar banyak-banyak...ada la 2-3 keping yang boleh dibuat kenang di sini...

Ni kek yang Mak Tok tempah untuk Rafiq....sayang betol Mak Tok dekat Rafiq :-)








Rafiq suka sangat tengok kek ni...sempat dia cucuk dan calit dengan cari...lepas tu isap jari dia....pandai betol dia...tau jer kek tu bole di makan....ghuhuhuuhuh






Tengok la tu...teruja betol dia bila depan kek...





Ni dengan Pak Lang, Mak Lang dan Mak Su...sibok melayan Rafiq....yer la kan...diorg ni jarang sangat boleh jumpa Rafiq....Sibok kalah orang besar.....




Buat semua yang menaja majlis untuk Rafiq Jutaan terima kasih diucapkan...Terutama kepada Mak tersayang dengan angah(Mummy) sebab sudi menaja keseluruhan majlis tersebut...Maaf sebab tak jemput kalian...majlis buat di kampung halamanku.

Erm...pertambahan...Perkembangan yang berlaku pada Rafiq sekarang ni....

* Rafiq sudah kerap melangkah...
* Bertutur dalam bahasa yang mudah difahami (nak asik ag-nak nasi lagi, tak habish g-tak habis lagi, abish da-habis dah, ngan la-jangan la, akit-sakit, mbik-ambik kot, nak aish-nak ais, mamam-makan, dan banyak lagi)...tak tertulis kot kat sini.
* Pandai panggil abah, abang, baby-sapa2 pon budak kecik sume dia panggil baby. walau pon diorg tu lagi tua dari dia...sebab dia besar.
* Pandai ikut arahan...(dengar kata, apa yang diarah dia buat, apa yang dilarang dia tinggal)
* Degil sket...budak nak membesar kot...
* Garang...pandai marah-siap dengan mimik muka u.
* Suka ketawa bila tengok cerita kelakar/lawak dan gelak bila sume orang gelak...dia la yang paling kuat.
* Sudah pandai mintak nak itu nak ini....(aduhhh...bikin pening kepala aku macam ini...)

Dan macam-macam lagi.......banyak sangat kalo nak diceritakan disini...nanti bila aku lapang sket...boleh la aku letak gambar dia banyak-banyak...kurangkan cerita...tengok gambar udah la ye....
Bukan apa...letih travel semalam belum hilang lagi......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan