Isnin, April 25, 2011

Rafiq asyik demam malam

Sudah seminggu aku tak mengadap blog aku ni...hampir bersawang...dah tu pula banyak ketinggalan cerita-ceriti dari blog-blog yang aku suka...sibuk berkursus sebenarnya. Konon nak jadi kaunselor la...tapi banyaknya aku yang dikaunselingkan...huhuhu

Ini cerita tentang Rafiq...hari jumaat lepas, aku EL sebab Rafiq demam...elok-elok saja aku habis berkursus. Kalau kena hari aku berkursus haru juga tu. Aku perasan badan Rafiq panas pagi jumaat tu...hati ibu kan...anak demam mesti risau. lagi pula Rafiq pernah di serang sawan, walaupon sawan tu bukan berpunca daripada demam panas. Tapi aku tetap tak sedap hati.

Siang tu...aku x biar Rafiq kering...badan dan kepala Rafiq aku basahkan sekerap mungkin. Aku guna air asam yang dibekalkan oleh ibu saudara En.Hubby...Al-hamdulillah mujarab...tengahari Rafiq dah bangun main...walaupon badan Rafiq dah suam-suam...itu lah Rafiq, budak baik, anak yang baik...walaupon dia demam...tak larat...dia tak meragam...letih bermain, dia akan tidur, berehat dengan sendirinya. cumanya nak aku sentiasa disisi..tidur kena sentuh dia...aku tak dapat buat kerja sangat pon...sebabnya Rafiq pegang erat baju aku.

Petangnya Rafiq semakin ok...malamnya aku bawa Rafiq keluar, sebab ada dinner bersama kawan En.Hubby..Suka betol Rafiq dapat keluar berjalan malam lihat keindahan malam di Kuala Lumpur.

Esoknya Rafiq demam semula...tapi selepas waktu magrib...aku risau lagi satu perkara. Kenapa mesti lepas magrib baru badan Rafiq jadi panas??? hari ahad dia demam siang...nak pergi klinik hari cuti pula...InsyaAllah petang nanti nak ajak En.Hubby bawa Rafiq pergi klinik...sebab Rafiq dah kena selesema...

Semoga Rafiq cepat sembuh.

2 ulasan:

  1. kesiannya rafiq..
    moga cepat sembuh ya.. ari tu untie x sempat nak p jumpa rafiq & mama.. Nanti kita jumpa d kampung ya. Untie balik ujung bulan 5.

    BalasPadam
  2. erm....al-hamdulillah rafiq sihat sket dah... selesema ja x baik lg.

    InsyaAllah along blk jgk ujung bulan 5 ni... cumanya balik ni along x amik cuti pon..balik sat ja...harap2 sempat la jumpa di kampung ya.

    BalasPadam