Khamis, April 14, 2011

Minggu sibuk ke aku yang sibuk...???

Minggu ni tak banyak yang dapat aku update. Betul-betul sibuk, dari opis sampai la ke rumah, aktiviti penuh. Baru terasa sekarang ni, berat pikul status isteri dan ibu ni rupanya kan. Lepas raya puasa tahun lepas, aku ada pengasuh untuk jaga Rafiq, sambil jaga Rafiq dia jaga rumah juga. Sekarang dah tak ada lagi. Rafiq pon dah dihantar ke rumah orang. Jadi aku ambil keseluruhan tugas aku yang sebelum-sebelum ni. Tak semua tugas aku bagi budak tu buat pon sebelum ni. Balik kerja aku masak juga. Tapi kali ini memang lain sangat-sangat.

Kita mula dari awal pagi ok. Jam 6 aku bangun...mandi, solat dan siap-siap, selesai siap diri sendiri, kejutkan Rafiq, siapkan Rafiq, bukan mudah nak bangunkan hero aku sorang tu. Kadang-kadang pakaikan baju pon dia masih tidur lagi. Barang-barang Rafiq aku dah siapkan sebelum tidur hari sebelumnya lagi...memang hari-hari macam tu. Makanya pagi-pagi aku tak lah kalut sangat. Siap semua, keluar hantar Rafiq ke rumah pengasuh.

7.30- Masa masuk kerja, masa ni aku memang dah ada di opis, buat kerja seperti biasa, siapkan kerja mana yang patut dan tak patut, ada ka kerja tak patut...mesti semua orang ada...hikhikhik.

8.30- Sarapan sambil-sambil buat kerja...aku jarang mengular ok. Bukan apa, nanti kalau ada yang cari kan dah susah. Rekod pon bersih lagi. hehe...terus buat kerja sampai jam 1.

1.00-2.00- Masa untuk makan, solat dan sebagainya.

2.00- Masuk kerja seperti biasa.

4.30- Balik...masa yang paling aku tunggu-tunggu.

4.45- Sampai rumah, ambil Rafiq dan balik rumah. Sampai rumah main-main dulu dengan Rafiq, lepas tu keluarkan ikan, ayam, sayur( itu pon kalau nak masak la. Sapu sampah, angkat kain, dan lepak-lepak dengan Rafiq sambil tunggu En.Hubby pulang. Sebab kalau En.Hubby ada, dia akan ambil alih tengok-tengokkan Rafiq. Senang aku nak masak.

5.30- Masak apa yang patut, selalu buat yang simple-simple saja. Sambil masak sambil kemas-kemas dapur.

6.30-7.00- Makan, seterusnya kemas apa yang patut.

7.30- Mandi, solat.

8.30- Lipat kain sambil tengok berita dan kadang-kadang layan Rafiq main. (kira melaksanakan tugas sehingga selesai, lipat kain, simpan dalam almari)dan buat air untuk En.Hubby layan En,.Hubby borak-borak.

10.30- Sedia kain baju,lampin untuk Rafiq esoknya...gosok baju aku...dan sedia untuk tidur kalau sudah tak ada apa yang perlu dibuat lagi. Kalau ada cerita menarik di tv aku tunggu juga tengok sampai lewat tengah malam.

Jadi masa tidur aku lingkungan waktu itu.

Rutin harian aku...kalau ada tetamu tugas aku akan lebih berganda. Aku yang baru anak sorang dah begini, bagaimana kalau anak 4-5 orang nanti??? agaknya jam 4 pagi aku dah kena bangun. Hantar pergi sekolah, taman asuhan, rumah pengasuh...hikhikhik...tak dapat nak bayangkan lagi.... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan