Selasa, April 26, 2011

Rafiq HERO

Semalam aku balik awal sikit sebab nak bawa Rafiq pergi klinik. Hari Isnin klinik kosong saja. Pelik juga aku. Tapi tak apa...senang kerja aku, tak perlu lama-lama menunggu.

Sampai klinik, ambil no.giliran, masuk terus ke kaunter, orang tak ada kan. Lepas tu ke kaunter triage pula...dan terus masuk jumpa doktor, tanpa tunggu lama. Masuk jumpa doktor dan cerita itu ini tentang Rafiq, aku kena bebel la sikit, sebab lambat bawa Rafiq pergi klinik. Doktor arahkan Rafiq ke makmal untuk ujian darah. Aku dah gelisah, Risau kalau Rafiq meraung.

Dekat makmal, Rafiq dipanggil, En.Hubby yang pegang Rafiq, aku tak daya dengan kekuatan Rafiq tu. Tapi Rafiq sangat steady...Langsung tak menangis, siap boleh senyum lagi. Cumanya dia seperti tak berani tengok apa yang jururawat lakukan pada dia...hanya jeling sikit-sikit. hikhikhik...kelakar pula aku tengok gelagat dia masa tu...rasa macam nak rakam...tapi tak boleh.

Selesai ambil darah..pergi tunggu untuk berjumpa doktor. tunggu tak sampai pon 15minit...no.giliran dah naik..cepat juga la...dah jumpa doktor, dah dengar keputusan ujian darah, dan semuanya ok. Doktor bagi ubat demam dan selesema. Antibiotik belum kerana Rafiq sangat gagah perkasa...Al-hamdulillah.

Hari ni Rafiq tak demam lagi...selesema nampak macam dah kurang sikit... Al-hamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan