Jumaat, April 29, 2011

Lewat...

Salam Jumaat semua....Nak tau kenapa lewat tu??? sebenarnya aku lewat masuk kerja hari ni. Hujan sangat lebat. Aku bersiap seperti biasa. Tapi disebabkan hujan, aku tersangkut dirumah sendiri. Waktu masuk kerja aku adalah jam 7.30 pagi. Masa 7.30 pagi tu aku turun dari rumah, hantar Rafiq yang 2 hari ni asyik buat perangai tak nak masuk rumah pengasuh. Tak tau apa sebabnya. Ditanya tak mahu cerita. Aku terpaksa juga tinggalkan dia di situ. Turun ke bawah, hujan masih lebat. Nak redah hujan, payung semua tertinggal dalam kereta. Bukan apa, asyik terlupa nak bawa naik...jadinya aku terpaksa juga tunggu hujan reda sedikit.

Tak lama lepas tu. En.Hubby turun, dia yang tolong aku ambilkan kereta. Terus bawa ke dalam lobi apartment aku tu...sayang En.Hubby..kalau En.Hubby tak turun, tak tahu lah jam berapa baru sampai opis...dah selamat keluar dari rumah, berlaku kesesakan lalulintas lah pula. Hadapi juga dengan sabar. Apa nak buat kan. Lumrah kehidupan. Sepanjang jalan ke opis, hujan turun dengan lebat sekali. Perjalanan yang aku ambil masa hari-hari selama 10-15 minit menjadi 30minit hari ini...di opis ni pon hujan lebat...mesti tersangat sejuk. Hujan + aircond = sejuk gile la kan.

Hmmm...hari ni nk buat apa ya???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan