Jumaat, Jun 03, 2011

Lamanya tak update....

Lama tak jenguk blog aku ni..bersawang dah rupanya...tak larat juga nak mencuci nih...semput...maklumlahkan, makan pon dah kurang berselera, bau itu tak boleh, bau ini tak boleh, masak pon tak boleh, melampau tak gitu? tolong jangan kata aku ngada-ngada ya...tak ada niat pon nak macam tu...syukur En.Hubby faham peel aku masa ni. Dia follow saja...aku nak makan itu, dia mesti usaha dapatkan juga...nak makan ini pon dia akan pergi cari juga. Walau pon pada masa dia dapatkan makanan itu aku sudah tidak berkeinginan lagi. Dia tak marah pon...dia yang tolong aku habiskan...sungguh sabar dia.

Sebenarnya aku baru habis berkursus, dalam keadaan neno-neno pon aku tetap pergi berkursus. maklumlah nak cukupkan 7 hari berkursus tu kan...tapi kursus tu pon bukan sebarangan juga...kursus yang menaikkan taraf dan kedudukan aku sebagai penjawat awam. 4 hari berkursus, bertemankan asam, gula-gula mint dan minyak angin cap kapak. kalau tidak aku sendiri tak tahu macam mana keadaan aku masa berkursus tu. Menu sedap-sedap lak tu...tapi selera aku putus, hari-hari masa lunch hanya makan buah saja...ok la kan...dapat juga makan buat...kalau tak dapat makan langsung lagi haru biru aku.

Ops..lupa lak...MIL ada dirumah, datang sini tolong aku ngasuh Rafiq, hero aku yang sorang tu. Babysitter bercuti, balik kampung, cuti sekolah kan. jadi MIL terpaksa datang jaga Rafiq, sian juga dia, duduk saja dirumah, dalam keadaan aku begini, tak larat aku nak keluar rumah di hari bekerja...semalam MIL buatkan aku bubur, sedap. Aku tak selera makan nasi, tapi bubur aku boleh makan. pelik juga pregy kali ni. mabuk tak teruk pon...tak ada muntah-muntah pon...bangun pagi pening-pening, pusing-pusing kejap ja...pergi kerja macam biasa, cuma cepat sangat terasa letihnya. tak apa ujian tu...aku tabahkan jua, ada yang lebih kritikal...

Minggu ini aku terasa lebih baik dari minggu-minggu sebelum ni...harap semakin terus ok la...letih juga kalau lama-lama...jangan macam Rafiq dulu udah la..lama sangat aku rasa hilang selera makan, morning sickness, siang malam muntah hampir 6 bulan lamanya....serius aku tak larat dah...harap kali ni tak lama la...

ok lah....rasa tak selesa dah ni....tak larat dah nak menaip....doakan lah moga-moga aku kuat dan selamat sehingga melahirkan.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan