Rabu, April 21, 2010

Rafiq 1 tahun 2 bulan (14bulan)

Hari ni genaplah usia hero aku si Rafiq tu 14 bulan...berat Rafiq terkini adalah 10.2KG, naik sikit daripada 2 bulan lepas yang berat dia semasa setahun 9.6KG. Kira ok lah kan naik macam tu...graf dalam buku biru dia pon cantik aje...nurse pon cakap aku pandai atur pemakanan anak...uishhh...bangga sekejap masa tu...yer la kan, ramai baby yang berat susah nak naik...makan macam-macam pon berat tetap tak naik...Rafiq pula setiap kali check up mesti berat dia naik dan sangat memuaskan hati nurse...dalam asyik sibuk cerita itu ini...dengan selambernya Rafiq minta air sambil tunjuk botol air yang ada atas meja nurse tu...terkejut jugak 2 orang nurse dalam bilik tu...aku pelik juga, nape la nurse2 tu terkejut sampai macam tu sekali...rupa-rupanya diorang terkejut sebab Rafiq pandai minta air...hikhikhihkhikhikhik....itu lah Rafiq minta apa pon sangat jelas...kita tahu apa dia nak...sekarang dah boleh minta roti...tapi sebutannya adalah OTI..."nak oti" oklah kan...kita tau dia nak apa kan...??? aku sangat seronok dan teruja dengan perkembangan dia sekarang ni.

Nak tunjuk pic Rafiq yang terbaru lah...semalam lepas bawa dia pergi check up...aku bawa dia pergi Alamanda,Putrajaya..cari barang untuk dia sikit...BS Rafiq bagitau barang-barang Rafiq hampir habis...habis shopping...aku bawa dia makan di A&W....suka betol dia....


Tengok tu...dia tak sabar tunggu makanan sampai...






Makanan dah sampai dia yang minta dulu...tak penyabar jugak...habis makan ambil sendiri...tak der nak minta lagi sebab dah letak makanan depan dia. Dia suka kentang...tak rugi bawa dia makan...dia memang makan apa saja asalkan makanan tu rangup...yang lembik-lembik dia tak layan.


Tengok tu...bukan main lagi dia nak minum air gelas besar...tapi aku tak bagi dia minum air ni sebab belum sesuai lagi untuk dia...gula banyak kan dalam minum berkabonat ni...sangat lah tak sesuai untuk hero aku yang sihat tu...aku hanya bagi dia airkrim yang ada dalam air tu.

Tapi satu perkara yang aku tak puas hati...Rafiq sangatlah garang. Dia dah pandai pukul orang...risau aku dibuatnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan