Jumaat, April 29, 2011

Lewat...

Salam Jumaat semua....Nak tau kenapa lewat tu??? sebenarnya aku lewat masuk kerja hari ni. Hujan sangat lebat. Aku bersiap seperti biasa. Tapi disebabkan hujan, aku tersangkut dirumah sendiri. Waktu masuk kerja aku adalah jam 7.30 pagi. Masa 7.30 pagi tu aku turun dari rumah, hantar Rafiq yang 2 hari ni asyik buat perangai tak nak masuk rumah pengasuh. Tak tau apa sebabnya. Ditanya tak mahu cerita. Aku terpaksa juga tinggalkan dia di situ. Turun ke bawah, hujan masih lebat. Nak redah hujan, payung semua tertinggal dalam kereta. Bukan apa, asyik terlupa nak bawa naik...jadinya aku terpaksa juga tunggu hujan reda sedikit.

Tak lama lepas tu. En.Hubby turun, dia yang tolong aku ambilkan kereta. Terus bawa ke dalam lobi apartment aku tu...sayang En.Hubby..kalau En.Hubby tak turun, tak tahu lah jam berapa baru sampai opis...dah selamat keluar dari rumah, berlaku kesesakan lalulintas lah pula. Hadapi juga dengan sabar. Apa nak buat kan. Lumrah kehidupan. Sepanjang jalan ke opis, hujan turun dengan lebat sekali. Perjalanan yang aku ambil masa hari-hari selama 10-15 minit menjadi 30minit hari ini...di opis ni pon hujan lebat...mesti tersangat sejuk. Hujan + aircond = sejuk gile la kan.

Hmmm...hari ni nk buat apa ya???

Selasa, April 26, 2011

Rafiq HERO

Semalam aku balik awal sikit sebab nak bawa Rafiq pergi klinik. Hari Isnin klinik kosong saja. Pelik juga aku. Tapi tak apa...senang kerja aku, tak perlu lama-lama menunggu.

Sampai klinik, ambil no.giliran, masuk terus ke kaunter, orang tak ada kan. Lepas tu ke kaunter triage pula...dan terus masuk jumpa doktor, tanpa tunggu lama. Masuk jumpa doktor dan cerita itu ini tentang Rafiq, aku kena bebel la sikit, sebab lambat bawa Rafiq pergi klinik. Doktor arahkan Rafiq ke makmal untuk ujian darah. Aku dah gelisah, Risau kalau Rafiq meraung.

Dekat makmal, Rafiq dipanggil, En.Hubby yang pegang Rafiq, aku tak daya dengan kekuatan Rafiq tu. Tapi Rafiq sangat steady...Langsung tak menangis, siap boleh senyum lagi. Cumanya dia seperti tak berani tengok apa yang jururawat lakukan pada dia...hanya jeling sikit-sikit. hikhikhik...kelakar pula aku tengok gelagat dia masa tu...rasa macam nak rakam...tapi tak boleh.

Selesai ambil darah..pergi tunggu untuk berjumpa doktor. tunggu tak sampai pon 15minit...no.giliran dah naik..cepat juga la...dah jumpa doktor, dah dengar keputusan ujian darah, dan semuanya ok. Doktor bagi ubat demam dan selesema. Antibiotik belum kerana Rafiq sangat gagah perkasa...Al-hamdulillah.

Hari ni Rafiq tak demam lagi...selesema nampak macam dah kurang sikit... Al-hamdulillah.

Isnin, April 25, 2011

Rafiq asyik demam malam

Sudah seminggu aku tak mengadap blog aku ni...hampir bersawang...dah tu pula banyak ketinggalan cerita-ceriti dari blog-blog yang aku suka...sibuk berkursus sebenarnya. Konon nak jadi kaunselor la...tapi banyaknya aku yang dikaunselingkan...huhuhu

Ini cerita tentang Rafiq...hari jumaat lepas, aku EL sebab Rafiq demam...elok-elok saja aku habis berkursus. Kalau kena hari aku berkursus haru juga tu. Aku perasan badan Rafiq panas pagi jumaat tu...hati ibu kan...anak demam mesti risau. lagi pula Rafiq pernah di serang sawan, walaupon sawan tu bukan berpunca daripada demam panas. Tapi aku tetap tak sedap hati.

Siang tu...aku x biar Rafiq kering...badan dan kepala Rafiq aku basahkan sekerap mungkin. Aku guna air asam yang dibekalkan oleh ibu saudara En.Hubby...Al-hamdulillah mujarab...tengahari Rafiq dah bangun main...walaupon badan Rafiq dah suam-suam...itu lah Rafiq, budak baik, anak yang baik...walaupon dia demam...tak larat...dia tak meragam...letih bermain, dia akan tidur, berehat dengan sendirinya. cumanya nak aku sentiasa disisi..tidur kena sentuh dia...aku tak dapat buat kerja sangat pon...sebabnya Rafiq pegang erat baju aku.

Petangnya Rafiq semakin ok...malamnya aku bawa Rafiq keluar, sebab ada dinner bersama kawan En.Hubby..Suka betol Rafiq dapat keluar berjalan malam lihat keindahan malam di Kuala Lumpur.

Esoknya Rafiq demam semula...tapi selepas waktu magrib...aku risau lagi satu perkara. Kenapa mesti lepas magrib baru badan Rafiq jadi panas??? hari ahad dia demam siang...nak pergi klinik hari cuti pula...InsyaAllah petang nanti nak ajak En.Hubby bawa Rafiq pergi klinik...sebab Rafiq dah kena selesema...

Semoga Rafiq cepat sembuh.

Khamis, April 14, 2011

Minggu sibuk ke aku yang sibuk...???

Minggu ni tak banyak yang dapat aku update. Betul-betul sibuk, dari opis sampai la ke rumah, aktiviti penuh. Baru terasa sekarang ni, berat pikul status isteri dan ibu ni rupanya kan. Lepas raya puasa tahun lepas, aku ada pengasuh untuk jaga Rafiq, sambil jaga Rafiq dia jaga rumah juga. Sekarang dah tak ada lagi. Rafiq pon dah dihantar ke rumah orang. Jadi aku ambil keseluruhan tugas aku yang sebelum-sebelum ni. Tak semua tugas aku bagi budak tu buat pon sebelum ni. Balik kerja aku masak juga. Tapi kali ini memang lain sangat-sangat.

Kita mula dari awal pagi ok. Jam 6 aku bangun...mandi, solat dan siap-siap, selesai siap diri sendiri, kejutkan Rafiq, siapkan Rafiq, bukan mudah nak bangunkan hero aku sorang tu. Kadang-kadang pakaikan baju pon dia masih tidur lagi. Barang-barang Rafiq aku dah siapkan sebelum tidur hari sebelumnya lagi...memang hari-hari macam tu. Makanya pagi-pagi aku tak lah kalut sangat. Siap semua, keluar hantar Rafiq ke rumah pengasuh.

7.30- Masa masuk kerja, masa ni aku memang dah ada di opis, buat kerja seperti biasa, siapkan kerja mana yang patut dan tak patut, ada ka kerja tak patut...mesti semua orang ada...hikhikhik.

8.30- Sarapan sambil-sambil buat kerja...aku jarang mengular ok. Bukan apa, nanti kalau ada yang cari kan dah susah. Rekod pon bersih lagi. hehe...terus buat kerja sampai jam 1.

1.00-2.00- Masa untuk makan, solat dan sebagainya.

2.00- Masuk kerja seperti biasa.

4.30- Balik...masa yang paling aku tunggu-tunggu.

4.45- Sampai rumah, ambil Rafiq dan balik rumah. Sampai rumah main-main dulu dengan Rafiq, lepas tu keluarkan ikan, ayam, sayur( itu pon kalau nak masak la. Sapu sampah, angkat kain, dan lepak-lepak dengan Rafiq sambil tunggu En.Hubby pulang. Sebab kalau En.Hubby ada, dia akan ambil alih tengok-tengokkan Rafiq. Senang aku nak masak.

5.30- Masak apa yang patut, selalu buat yang simple-simple saja. Sambil masak sambil kemas-kemas dapur.

6.30-7.00- Makan, seterusnya kemas apa yang patut.

7.30- Mandi, solat.

8.30- Lipat kain sambil tengok berita dan kadang-kadang layan Rafiq main. (kira melaksanakan tugas sehingga selesai, lipat kain, simpan dalam almari)dan buat air untuk En.Hubby layan En,.Hubby borak-borak.

10.30- Sedia kain baju,lampin untuk Rafiq esoknya...gosok baju aku...dan sedia untuk tidur kalau sudah tak ada apa yang perlu dibuat lagi. Kalau ada cerita menarik di tv aku tunggu juga tengok sampai lewat tengah malam.

Jadi masa tidur aku lingkungan waktu itu.

Rutin harian aku...kalau ada tetamu tugas aku akan lebih berganda. Aku yang baru anak sorang dah begini, bagaimana kalau anak 4-5 orang nanti??? agaknya jam 4 pagi aku dah kena bangun. Hantar pergi sekolah, taman asuhan, rumah pengasuh...hikhikhik...tak dapat nak bayangkan lagi.... :)

Rabu, April 06, 2011

Rafiq sekarang



Inilah rupa hero aku sekarang ni...dah besar dia sekarang,dah 2 tahun sebulan lebih macam tu. semakin banyak ragamnya. Setiap hari bermain dengan dia sangat menghiburkan. Sikapnya seperti kanak-kanak besar. Akal dan fikirannya juga cepat matang. Al-hamdulillah, semoga dia berterusan begitu. Rafiq pandai ambil hati aku dan En.Hubby kalau dia ada buat salah. Hikhikhik. Kelakar pula bila kenangkan perangai dia.

Sekarang dia sudah boleh diharap. Pandai bawa diri kalau pergi ke mana-mana, cuma aku yang tak berapa nak harapkan dia sendiri. Dia cepat belajar. Aku nampak kesannya. Sebabnya bila aku lakukan sesuatu atau bicarakan sesuatu dia akan ikut dan seterusnya dia akan amalkan. Contohnya, bila sampai rumah, buka pintu dan bari salam. Dia akan buat dulu sebelum aku. Dia tahu itu amalan yang harus diamalkan. Aku suka bila dia bercakap dengan lembut. Aku ajar dia cakap dengan sopan santun. Minta apa-apa pon dengan lemah lembut...jangan marah-marah. Al-hamdulillah dia mudah ikut. Dia juga petah berkata-kata, aku risau dengan pendedahan persekitaran sekarang. Dia dikelilingi kanak-kanak besar...dia pon dah nampak macam budak-budak besar juga...tak sabar nak tengok dia membesar dengan cepat.......

Jumaat, April 01, 2011

Balik Kampung...yeayyyyyyy

Petang ni aku nak balik kampung...tak sabar dah ni nak tunggu petang. Baju baru kemas separuh...balik kejap je. Jadi tak adalah baju banyak sangat...sorang 2 ke 3 pasang jadi lah. Ramai yang kata aku kerap balik kampung...Last aku balik hujung bulan 2 lepas. Itu pon sebab urusan perumahan aku. Kalau tak memang tak kuasa aku nak balik kerap-kerap...bukan aku cap duit. Kali ini balik lagi...kiranya tiap bulan aku balik la tahun ni...cuma bulan depan, InsyaAllah, hujung bulan 5 baru aku balik...Balik kali ni ditaja sepenuhnya oleh adik aku yang tinggal dengan aku ni...hihihihih...dia nak tunang...jadi dia terpaksa kuar duit untuk kami...kesiankan...tapi dia yang beria-ria nak taja kami balik...terima sajalah kan.

Mood aku sekarang ni hanya ada kampung ja, mood kerja kurang sikit..tapi memang kerja aku tak banyak hari...semalam aku dah siapkan apa yang patut..kononnya hari ni nak enjoy la...nak balik kampung je pon kan...lebih-lebih lak aku ni...mesti la kena lebih-lebih, kampung aku jauh tau...6-7 jam nak sampai kampung aku tu. Itu pon kalau jalan tak sesak. Kalau sesak??? Mau dekat 10jam tau. Jauh tu...patut aku kena happy gila bila nak balik kampung. Rindu sangat kat keluarga aku...dulu masa aku bujang...memang tiap bulan aku balik...lepas kawen boleh tahan juga kekerapan balik kampung tu...tapi bila dah ada Rafiq, kurang sikit kekerapan tu...jadi 2 bulan sekali macam tu baru balik...itu lah kan...kena lah biasakan diri. Nanti anak dah sekolah, mungkin bila hanya cuti sekolah baru dapat balik...mana tau kan.

Sudah terbayang masa akan datang pula kan...cuma buat persediaan hadapi masa hadapan saja...kita tak tahu kan apa yang akan berlaku masa depan nanti. Semoga semuanya yang baik-baik saja. InsyaAllah.

Oklah...aku nak rehat jap...letih sudah jari-jari kasar aku ni menaip....

Jumpa di kampunggggg....