Rabu, Disember 21, 2011

Menghitung Hari...

Fuhhh!!!

Sungguh mendebarkan saat ini...bukan apa-apa, cuma perasaan risau menebal menanti hari yang dinanti...apa aku merepek ni ha??? hahahahha

Sekarang usia kandungan sudah 36minggu....9 bulan dah kan...jadinya betol la kan aku sekarang ni menghitung hari ja..bila-bila masa dari sekarang aku boleh melatops... bersalin lah apa lagi kan...

Semalam pergi check up kat hospital Putrajaya...Doktor siap suruh aku sendiri yang pilih kaedah bersalin nanti...dia tak mahu bagi aku stress...doktor banyak membantu...banyak nasihat yang diberikan...aku buat keputusan semalam untuk bersalin secara normal...itu percubaan bagi aku...kerana sejarah yang lepas aku terpaksa c-ser. doktor nasihatkan aku untuk bersalin di hospital putrajaya juga...kerana senang untuk memantau keadaan aku sekiranya berlaku komplikasi disaat kelahiran nanti...

Doakan aku kakak-kakak, kawan-kawan semua ya...semoga aku berjaya lalui dugaan ini dengan tabah. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan