Jumaat, November 04, 2011

Rafiq buat HAL!!!

Susah hati aku sebagai seorang ibu...hari ni hari ke4 dia tak mahu minum susu...sejak hari pertama (Isnin malam) aku beli susu tu...susu yang biasa dia minum sejak putus susu aku...Dumex Dugro tu lah dari dulu sampai sekarang...sejak malam selasa tu dia tak mahu langsung susu tu...masuk saja dalam mulut..diluahnya keluar...seperti mahu muntah gayanya...aku perasan susu tu dah dipaketkan baru, dan isi kandungang juga sedikit berubah...lain sama saja...kurang gula sokrosa dalam susu tu...sebab tu ka? aku pelik sangat dah ni...hari ke dua aku cuba susu yang sama tapi perisa coklat...sebab sebelum ni kalau aku minum milo...dia pon akan minum sama...jadi aku cuba coklat...dia tetap tak mahu minum...jadi semalam aku tukar lagi susu lain... Dutch Lady pula..tak tahu lagi apa keputusannya....sebabnya semalam pengasuh Rafiq ada juga cuba bagi Rafiq minum susu DL tu...anak juga anak asuhan dia yang minum DL kan...jadi dia cuba buatkan Rafiq susu DL tu...tapi katanya Rafiq tak juga mahu minum...hari ini aku minta pengasuh Rafiq cuba sekali lagi...kalau tak mahu juga..aku kena cuba semua jenis susu yang ada dipasaran. Tak sampai hati aku nak biarkan dia tanpa minum susu walaupon kurang 1 kali dalam sehari...selalunya Rafiq akan minum susu 6-7kali sehari....kadang-kadang lebih dari itu...tapi sudah 4 hari Rafiq tak minum susu...sedih betol aku. Makanan lain pon dia dah mula memilih...tapi syukur dia mudah juga makan. Sup dan jenis lauk dan sayur berkuah menjadi kegemaran dia. Jadi setiap kali masak...mesti aku buatkan 1 menu yang berkuah...itu saja yang dapat menarik dia untuk makan...tapi hati ni tetap risau selagi dia menolak untuk minum susu....tolong bantu aku, sesiapa yang pernah alami perkara yang sama...aku sudah keliru.......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan