Jumaat, November 11, 2011

Baru Nak Sambut.....

Apa yang baru nak sambut tu agaknya kan-kan-kan???

Sebenarnya begini al-kisahnya....adik aku yang no.4 tu ha....kan kahwinnya bulan 7 yang lepas...esok baru kenduri menyambut menantu dipihak suaminya...berapa bulan lewat baru nak menyambut menantunya ni ha...

Jadinya malam ini aku akan bertolak ke Kelantan dengan menaiki bas...maklumlah aku baru saja sampai dari Kedah semalam...letih memandu belum hilang lagi (En.Hubby) yang drive...hikhikhik...jadinya lebih baik naik bas sahaja...disana nanti adik ipar aku (suami adik aku yang no.4 tu la) akan menjemput kami di sana...lega la sikit kan-kan-kan...kalau drive mesti letih yang amat-amat...jauh tu Kelatan......

Ini kali ke 2 aku pergi Kelatan...nampak sangat kan aku ni jarang sangat keluar berjalan jauh...tak apa...biar jarang-jarang..jangan selalu...kalau selalu banyak sangat habis...hihihihi...duduk rumah...relax-relax dengan En.Hubby dan Rafiq pon best jugak...sesekali keluar tengok dunia luar best jugak...jangan sampai nampak kejakunan tu sudah...hahahahah

Hmmm...apa plan kat sana lepas habis kenduri ya????g jenjalan di sekitar Bachok kah? Kota Bahru kah? atau pergi mana-mana pantai kah?

Kepada semua yang membaca...doakan perjalanan kami ke Kelantan malam ini berjalan lancar dan selamat semuanya ya. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan