Jumaat, Ogos 26, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Diucapkan Selamat Menyambut Syawal yang bakal menjelma tak lama lagi buat semua Muslimin dan Muslimat...Semoga Hari Raya yang dinanti ini memberi seribu makna buat kita semua.

Hari ini last kerja bagi bulan Ramadhan ini...sudah tak ada semangat kerja...sebabnya dah tak sabar sangat nak pulang ke kampung halaman...kali ini terasa lama sikit tak balik...hampir 2 bulan...walaupon dalam kalendar, tiap bulan balik kampung...salah 1 sebab tak sabar nak balik, sebab nak tengok anak angah (adik aku)...masih dalam wad lagi semalam..harap-harap hari ni dia dapat balik rumah. Sebab lain, dah rindu sangat kat family di sana..yer lah kan...dah tiap bulan balik, berjumpa, bersua muka...kali ini lama sikit...mesti dah rindu...dan sebab yang paling penting...raya la kan...tak nak lah aku raya kat Putrajaya...cukup lah raya korban di sini..raya puasa biarlah bersama mereka-mereka yang tersayang.....

Sebelum menutup bicara...Ampun dan maaf dipinta buat semua...sekiranya ada salah dan silap yang tak disengajakan, mohon diampunkan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI SEMUA......................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan