Jumaat, Julai 22, 2011

Debaran semalam....

Tajuk kasi gempak sikit...tapi serius ya...jantung aku degup kencang semalam...akibat kepulangan En.Hubby yang tak aku sangka...

Dia sebenarnya terlibat dengan kursus di Pangsun...dekat je pon...bukan jauh mana kan..tapi dia menginap di sana...tak pulang 2-3 hari sepanjang berkursus tu...tapi di awal minggu kursus dia pulang...sebabnya teringatkan aku yang teringin nak makan durian...kepulangannya malam tu bawa durian la..hikhihkhik....

Hari selasa malam rabu dan rabu malam khamis dia tak balik...dan katanya hari jumaat baru dia akan balik...sebabnya jumaat adalah majlis penutup kursus...jadi semalam aku ajak haro aku si Rafiq tidur awal...aku memang sejak 2 menjak ni asyik tidur awal je... ngantuk yg amat sangat...tak tertahan rasanya nak tidur lewat-lewat...jam 9.30 mlm aku dan Rafiq dah masuk bilik...semua lampu aku dah padamkan...tup-tup...9.40 dengar pintu rumah terbuka...terus jantung aku berdegup...si Rafiq pula boleh hurey-hurey papa balik...terus terjun katil keluar dapatkan papanya. Aku lewat sket la...tengah debar lagi kan...dah keluar jumpa dia dan masuk bilik semula...borak-borak kejap sebelum dia pergi mandi, bersihkan badan...tetiba dengar lagi pintu diketuk pula...sepupu aku datang...nasib baik kan En.Hubby aku pulang...kalau tak, balik tanpa jumpa aku la sepupu aku itu....sepupu aku singgah kejap je anta coklat...tolong dia jual coklat lak sekarang ni...hehehehhe

Sudah selesai semua...akhirnya aku tidur jam 11 juga...letihhhhhhhhhhhh sebab tidur dalam jantung masih berdetab-detub....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan