Khamis, Jun 16, 2011

Banyak perkara tak diduga berlaku....

Bulan Jun ni dah 2 kali aku balik kampung...ujung bulan Jun ni juga aku akak sekali lagi balik kampung...makanya bulan Jun aku balik kampung 3x...tahun ni paling kerap aku balik kampung. Setiap bulan tak terkira sudah aku...kebanyakkan tujuan aku balik kampung adalah berlakunya perkara-perkara yang diluar jangkaan aku.

Baru-baru ini... 9 Jun, FIL aku kemalangan seorang diri, depan rumahnya. Tapi kecederaan yang dialami tidak seperti dia jatuh seorang diri. teruk juga aku tengok. Sedihnya ketika kejadian berlaku, hanya tinggal adik ipar aku yang bongsu sahaja di rumah. Yang lain semua pergi kenduri rumah pak sedara En.Hubby. Kesian FIL sakit ditanggung sendiri. Aku dimaklumkan kulit kepala dan kulit di bawah mata terkoyak... aduh..sakitnya terasa juga pada aku. Berita itu adik ipar aku yang sampaikan selepas kejadian berlaku. En.Hubby sudah tidak tidur lena malam tu. Aku pon dah tertumpang sekaki...Risau juga aku.....

Esoknya, Jumaat 10 Jun aku kerja seperti biasa...En.Hubby call ajak aku pulang ke kampung...naik bas katanya...jadi aku minta kebenaran balik awal...awal pon jam 12pm juga baru aku keluar dari opis. Pergi ERL..cari tiket bas....malangnya tiket untuk hari tu tak ada...aku pulang ke rumah, tunggu En.Hubby pulang untuk membuat keputusan bersama. Akhirnya kami pulang naik kereta.

Perjalanan balik kampung hanya ambil masa 4 jam tanpa henti...jam 2 bertolak dari rumah. tiba di Hospital jam 6 petang...terkejut mereka-mereka yang menanti kami. Apa tak nya...En.Hubby memandu melebihi had laju yang dibenarkan. tak kurang 120km/j pon...

Selesai melawat...kami pulang dulu berehat dirumah. Tak kan sampai-sampai terus nak jaga FIL kan...badan letih juga. kena juga berehat...balik rumah tidur puas-puas. esoknya En.Hubby seorang pergi jaga FIL aku tunggu di rumah...petangnya baru ikut abah dan mama pergi melawat FIL...hari tu FIL pon dah selamat dibedah...

Sepatutnya hari ahad 12 Jun aku balik ke Putrajaya...tapi FIL belum dibenarkan keluar wad...makanya En.Hubby minta aku EL 1 hari...hari Isnin baru balik putrajaya....ruginya cuti aku...tapi demi En.Hubby dan FIL aku korbankan juga. Apa kan daya aku kan.

Al-hamdulillah semuanya sudah selamat....

1 ulasan: