Isnin, Mac 01, 2010

Masih demam

Lama betol demam kali ni...ubat sudah pon habis, tapi demam tak juga baik-baik. Aku hilang satu deria sejak demam ni, langsung tak ada bau. Dekat rumah memang langsung tak ada apa-apa bau...Rafiq POPO pon aku tak tahu...Nasib baik la ada orang kat rumah tu..tau jugak la ada bau dalam rumah tu...tapi sedih tau. Aku rasa tak lengkap hidup ni tanpa bau. Memang tak ada nikmat dalam kehidupan. Itu la perasaan mereka-mereka yang kurang upayakan...Hidup tidak lengkap. Tapi apakan daya itulah kurniaan yang perlu kita terima seadanya.

Rasa macam nak pergi klinik lagi. Tapi aku malas nak menunggu lama. Yang sakit bertambah sakit. Yang sihat pon boleh sakit...lama sangat la nak menunggu masa nak dapat rawatan. Tak apa lah, selagi aku boleh bertahan. Tahan jer lah. Lama-lama nanti baik lah ni...Kalo malas sangat...aku pergi farmasi saja nanti. Kompom cepat. Rafiq Sudah sembuh, tapi asyik meragam dan semakin manja. Manjang saja nak berkepit dengan aku. Hampir nak melekat sudah dia dengan aku...Ini lah uniknya hubungan yang dieeratkan oleh SUSUIBU kan. Sungguh luar biasa kuasa SUSUIBU. SYUKUR AL-HAMDULILLAH Rafiq masih menyusu dengan susu aku sehingga hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan