Rabu, Mac 03, 2010

.....

Tak tau nak cerita apa hari ni sebab masih tidak sihat. Semalam dah amik EL satu hari. Rugi rasanya cuti terbuang begitu sahaja...tapi sudah tidak sihat, apa nak buat kan. Terpaksa juga lah aku bercuti semalam...nak bangun pon tak larat kan...macam mana nak buat kerja. Kalau masuk kerja pon mesti menyusahkan orang saje. So, ada baiknya aku berehat di rumah.

Tapi ada satu peristiwa yang sungguh mencuit hati aku. Rafiq yang kejutkan aku pagi kelmarin. Aku tak hantar dia pergi rumah babysitter..yer lah kan aku sendiri pon tak kuat macam mana nak pergi hantar dia...walaupon depan rumah je. Rafiq ada boleh jugak temankan aku. Terhibur juga aku dirumah tu. Ok...berbalik kepada cerita Rafiq tadi...dia kejutkan aku bangun tido then lepas tu aku dengar dia main2 atas katil..tapi aku malas sangat nak bangun dan muka mata....bukan sengaja...tapi memang tak larat. Tapi dek kerana kesiankan Rafiq main sorang-sorang. Aku gagahkan juga pusing badan mengadap dia.....korang tau apa dia buat???
Dia baring sambil pegang buku (Gaya orang besar tengah baca majalah/akhbar gitu) dan seolah-seolah membaca buku tu. Nak tau buku apa dia baca???
Majalah UJANG u know???
Aku yang sedang mamai tu pon boleh tergelak guling-guling. Dia lak selamba membaca tanpa mempedulikan aku yang sedang gelakkan dia masa tu...memang serius giler lah...rugi aku tak dapat rakamkan aksi dia masa tu...HP jauh, nak bangun memang tak daya aku. Aku simpan saja di dalam memori aku...dan aku simpan cerita tu di sini. :-)

Dia membaca seolah dia faham apa yang diceritakan dalam Majalah UJANG tu...siap gelak-gelak lagi...ishhhhh...kompius aku.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan