Selasa, Mac 09, 2010

Family aku sudah pulang....

Erm...lama betol rasanya tak update blog ni...semalam pergi exam PTK...soklan nampak macam senang-senang..tapi kompiusnye dekat jawapan...pening nak pilih mana satu...macam sama ja jawapan-jawapan dia. Semalam pergi exam sendiri...walaupon tak larat...kepala rasa berat...aku gagahkan juga memandu ke tempat yang aku sendiri tak tahu pon...tapi dengan adanya peta...sampai juga aku ke sana tanpa sesat....

Opssss....nak cerita pasal family tetiba cerita pasal exam lak...family aku sampai jam 5.00 pagi hari jumaat...time tu semua orang enak dibuai mimpi...tapi aku tak dapat lelapkan mata sebab menunggu ketibaan family aku. Sempat bawa diorang semua jalan-jalan pusing Putrajaya...bagi aku memang la bosan...sebab dah lama duduk Putrajayakan...bagi family aku...seronok dapat jalan-jalan, pusing-pusing dalam Putrajaya...bagi diorang Putrajaya sangat cantik. Secantik namanya. Walau pon mak aku kurang sihat...tapi kelihatan dia begitu seronok...aku tumpang happy...semasa mereka di sini aku pulak tak sihat...nasib baik ada mak...aku dapat bermanja dengan mak...bila aku sakit kepala mak panggil aku dan picitkan kepala aku...sungguh syahdu bila kepala dibelai tangan ibu...terasa mahu lelap diriba mak aku. Hilang sakit kepala aku sementara waktu...sebab kepala aku bukan sakit sket-sket...sakitnya tak dapat aku ungkap dengan kata-kata...kalau lah kepala ni boleh dibuang sementara dan dibaik pulihkan dulu...memamg aku sudah tanggalkan hantar service dulu...tapi mana boleh buat semua tu...aku terpaksa juga tanggung sakit ni sorang-sorang...walau pon sakit...aku sungguh gembira saat bersama keluarga aku.

Tapi dalam gembira bersama family aku terselit satu kisah duka yang tak dapat aku tahan...aku menangis sepanjang mendengar cerita itu...GF adik aku yang keje kat c4 tu. Dia diganggu makhluk halus yang dihantar oleh seseorang...dia sungguh menderita sekarang ni...abah aku ajak dia berubat di kampung. tapi dia menolak kerana ayahnya telah bawa dia berubat...disebalik cerita itu...dia adalah anak yang kurang kasih sayang seorang ibu. tinggal bersama ibu setelah ayah dan ibunya berpisah seumpama hidup orang suruhan...melakukan kerja rumah seperti orang gaji. makan-minum tak di bagi...di pukul hari-hari, sapa yang tahan kan...tapi demi sayangkan ibu dia gagahkan juga tinggal dengan ibu...sampai satu masa dia dapat berfikir...merayu pada ibu minta diberi sedikit kasih sayang kepadanya...tapi apa yang diterima adalah maki hamun dan tamparan...tapi hati dia sungguh cekal...dia berpisah dengan ayah sejak beberapa tahun dan tak pernah bersua dengan ayah sebab ibu melarang...tak pernah berhubung dengan ayah, tapi dalam keadaan yang berlaku itu dia mancari ayahnya...keluar dari rumah mencari ayah, dan bila jumpa ayah, dia dapat tau ayah sakit...alangkah pilunya hati aku masa tu...dibuang ibu, diterima ayah...aku tak tahan dah terus bangun masuk bilik cuci muka...aku tengok mak aku asyik kesat air mata, adik-adik aku sume menangis. Untuk pengetahuan semua...itulah kali pertama family aku bersua muka dengan GF adik aku tu...aku kali ke2 dah sebab sebelum ni dia pernah bertandang ke rumah. Orangnya sangat cute...tapi kenapa ibunya buat dia macam tu...anak sendiri pulak tu. tak kan kerana nakkan anak lelaki, yang dilahirkannya perempuan hendak dibuang...tak boleh diberi kasih sayang???ermmm...patut lah dunia ni macam-macam berlaku...bayi yang tidak berdosa dibunuh, dibuang, dibiarkan dihurung semut, aku terlalu mengenangkan semua ini...sungguh kejam manusia itu lebih dari binatang. (Maaf kalian,aku terlalu imosi) sambung sket lagi cerita tu yer...masa hantar GF adik aku balik kepada ayahnya...aku sempat lihat mak aku peluk cium dia...sekali lagi air mata aku mengalir...itu lah aku...mudah sangat menitiskan air mata....cukuplah cerita ni..aku tak sanggup nak coret panjang-panjang....sedih woooo....

Cerita pasal family aku pulak..diorang balik hari ahad malam baru ni...sedih aku...tengah riuh-rendah...tetiba umah jadi sunyi sepi..cian Rafiq sudah tak ada kawan bermain, aku lah pulak yang jadi kawan dia. Budak hendak membesar kan...banyak benda dia belajar...sibuk hendak bermain 24jam...letih juga aku melayan dia. Tapi demi Rafiq aku tak kan merungut...aku nak dia membesar dengan sepenuh perhatian.
INSYAALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan