Khamis, September 29, 2011

Bila anak pandai berkata-kata

Hmmm...semua ibu suka bila saatnya anak akan mula mengeluarkan ayat pertama dari mulut mereka...al-hamdulillah Rafiq mula ayat pertamanya dengan perkataan "MAMA" di usia belum pon setahun...orang kata kalau anak cakap awal...jalannya lambat...betol la kot...Rafiq setahun cukup baru boleh berjalan...

Bila anak dah pandai cakap ni...paham-paham sajalah kan...banyak persoalan yang akan timbul daripadanya. Lagi-lagi di usia dia sekarang 2tahun 7bulan...dah besar anak aku sorang tu. Kebanyakkan tutur katanya mudah difahami...cuma bila kadang-kadang keluar manjanya itu...mula mengada-ngada cakap tidak fasih...pelat sana sini....budak-budak kan..itu lah gayanya.

Bersama-sama dengan Rafiq seharian buat aku belajar untuk menuturkan kata-kata yang baik-baik...risau kalau-kalau dia buat aku marah...takut terkeluar perkataan yang tidak sesuai...sungguh pon aku bukanlah seorang yang bermulut leser dan mengeluarkan kata-kata kesat. tapi bila marah tu...suara menjadi lebih tinggi...dan itu membuat dia juga belajar untuk meninggikan suaranya. Bagi aku Rafiq sengat lemah lembut budaknya...bila bercakap dia akan mengeluarkan suara yang halus, lembut...dan ada masanya dia akan menengking bila marah. Itulah yang aku cuba belajar untuk tidak berlaku kepadanya. Susah untuk berbuat demikian...kadang-kadang hilang pertimbangan. Sabar pon ada tahapnya kan.......tapi cuba sedaya upaya yang termampu...kita ni manusia biasa kan...salah lebih dari yang betolnya...lumrah kehidupan begitu...

Caiyork...caiyork...caiyork.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan