Semalam tepat jam 12.00 malam sampai Putrajaya (rumah aku la)...bergilir memandu dengan En.Hubby dan melayan Rafiq yang meragam tak nak dengan siapa-siapa...susah juga aku memandu...En.Hubby sudah keletihan...bukan tak ada orang yang boleh bergilir memandu...tapi aku yang tak berapa yakin dengan diorang. Semua adik-adik aku ada lesen...tinggal yang bongsu saja yang belum ambil...aku gagahkan juga memandu walau pon kepala ada sedikit pening...dengan pula Rafiq yang seakan marahkan aku sebab tak ambil dia dan tak benarkan dia duduk bersama aku di tempat pemandu...kan bahaya tu.
Lebih kurang 3 jam memandu, En.Hubby menawarkan diri untuk menyambung perjalanan...peluang aku untuk tidur...sepanjang perjalanan En.Hubby ganggu tidur aku....dia mengantuk juga...tapi digagahkan juga dan terus memandu...sungguh berani...aku pulak yang takut...
Ok...cerita balik kampung...rugi betol aku tak bawa kamera...tak dapat nak ambil gambar pengantin..kan aku balik kenduri sepupu aku kawen...hmmm...tak ada rezeki nak tengok gambar diorang....tapi aku sempat juga bergambar dengan pengantin..tak lepaskan peluang tau...dah orang ajakkan...heheheh
Rafiq kan pantang nampak kamera...asyik tersenyum dan pelbagai aksi yang kelakar...tapi itu lah aku...rugi tak merakamkan detik yang menghiburkan itu. Rafiq semakin membesar dan aku semakin mencabar dalam membesarkan dia...walau pon dia membesar di rumah orang...tingkahnya seperti dia di nursery. Dia belajar menulis, dan bergaul, sangat ramah-tamah. tapi bergantung kepada mood sendiri...nanti senang-senang aku upload gambar dia...sekarang ni masih lagi keletihan...rasa badan pon kurang sedap...nak berehat nak mintak pulang...sungguh tidak selesa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan