Khamis, Mei 06, 2010

Cerita Rafiq

Sebenarnya tak ada apa yang menarik...tapi bagi aku sebagai seorang ibu memang sangat menarik...Rafiq bagi aku seorang anak/ budak yang banyak akal...banyak ragam / feel, banyak mulut, sungguh rajin bercakap...

Semalam bawa Rafiq pergi PBS (Pasar Borong Selangor). Al-maklumlah kan...baru balik dari kampung...semua barang dapur sudah kehabisan...jadi terpaksa juga aku pergi PBS malam semalam. Aku seperti biasa mesti bawa hero aku si Rafiq tu...sebabnya aku rasa tak boleh nak berenggang dengan dia...(macam mana nak buat ek?aku langsung tak boleh nak berenggang dengan Rafiq...kemana aku pergi mesti nak bawa dia bersama jugak) kalau keluar tanpa Rafiq, mesti hati aku rasa kosong...

OK, berbalik pada cerita asal...dalam sibuk membeli barang-barang dapur...sepanjang jalan Rafiq asyik mengomel...tak tahu lah apa yang dia ngomelkan...habis semua orang dalam PBS tu dia tegur...lagi-lagi kalau dia jumpa budak kecik yang sama macam dia...amboi laaaa...ramah sungguh hero aku sorang tu...

Hampir semua barang aku dah beli..tinggal bawang jer belum...bila dah jumpa bawang, En.Hubby sibuk memilih bawang yang cantik-cantik...Rafiq pon sama sibuk juga...sambil-sambil tu aku pon mengajar dia mengenal benda...aku sebut perkataan bawang dekat dia...dia pon sebut dengan jelas sekali BAWANG. Terberhenti En.Hubby memilih...terkejut dengan aksi Rafiq...aku gelak jer lah...nak kata apa kan...yang penting aku rasa bangga dengan Rafiq...ibu-ibu lain pon mesti macam tu jugak kan?
Semoga Rafiq membesar dengan sihat dan sempurana, menjadi anak yang soleh, taat kepada ibu bapa dan menurut perintah TUHAN. INSYAALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan