Khamis, September 29, 2011

Bila anak pandai berkata-kata

Hmmm...semua ibu suka bila saatnya anak akan mula mengeluarkan ayat pertama dari mulut mereka...al-hamdulillah Rafiq mula ayat pertamanya dengan perkataan "MAMA" di usia belum pon setahun...orang kata kalau anak cakap awal...jalannya lambat...betol la kot...Rafiq setahun cukup baru boleh berjalan...

Bila anak dah pandai cakap ni...paham-paham sajalah kan...banyak persoalan yang akan timbul daripadanya. Lagi-lagi di usia dia sekarang 2tahun 7bulan...dah besar anak aku sorang tu. Kebanyakkan tutur katanya mudah difahami...cuma bila kadang-kadang keluar manjanya itu...mula mengada-ngada cakap tidak fasih...pelat sana sini....budak-budak kan..itu lah gayanya.

Bersama-sama dengan Rafiq seharian buat aku belajar untuk menuturkan kata-kata yang baik-baik...risau kalau-kalau dia buat aku marah...takut terkeluar perkataan yang tidak sesuai...sungguh pon aku bukanlah seorang yang bermulut leser dan mengeluarkan kata-kata kesat. tapi bila marah tu...suara menjadi lebih tinggi...dan itu membuat dia juga belajar untuk meninggikan suaranya. Bagi aku Rafiq sengat lemah lembut budaknya...bila bercakap dia akan mengeluarkan suara yang halus, lembut...dan ada masanya dia akan menengking bila marah. Itulah yang aku cuba belajar untuk tidak berlaku kepadanya. Susah untuk berbuat demikian...kadang-kadang hilang pertimbangan. Sabar pon ada tahapnya kan.......tapi cuba sedaya upaya yang termampu...kita ni manusia biasa kan...salah lebih dari yang betolnya...lumrah kehidupan begitu...

Caiyork...caiyork...caiyork.....

Rabu, September 21, 2011

Kisah aku dan Rafiq

Sekarang aku sedang preggy...dah 23 minggu...ikut kat buku pink...kalau ikut aku sendiri punya kiraan sudah 24 minggu (6 bulan) sudah. Preggy kali ini tak sama macam preggykan Rafiq dulu....6 bulan aku menanggu derita, muntah pagi, petang, siang, malam...x selera makan...masuk bulan ke 7 baru lah habis segala penderitaan itu...dan mula lah makan macam-macam...dan masa Rafiq dulu, aku pernah kena tekanan darah tinggi pada usia kandungan 7 bulan...dari KKP ke HPJ kena naik ambulance...tak kasi aku pergi HPJ sendiri...tinggi sangat kata doktor...aku tak rasa apa pon masa tu...hikhikhik.

Kali ini HB pula low manjang...baru nak masuk 6 bulan dah ulang alik klinik tiap 2 minggu...letih sudah...berat pon naik bukan main lagi...maklumlah kan...masih di musim perayaan...banyak open house la katakan...makan pon sampai lupa nak tapis-tapis...hantam je semua. Semalam check up...mau berat naik lebih dari 2kg dalam 2 minggu...hikhihkhik...dah kena kawal pemakanan pula...haiiii...macam-macam.

Kisah Rafiq pula...kuat betol meragam sejak-sejak aku preggy ni...dulunya tak nak berdokong..sekarang asyik nak berdokong...aku mana lah kuat sekarang ni nak dokong2 dia dah...berat pon dah lebih 13kg...beras 10kg pon aku tak mampu dah nak angkat... manjanya pon bukan main...asyik saja berkepit dengan aku...bergaduh lak tu dengan En.Hubby...hari-hari mesti dia cari gaduh dengan En.Hubby...dengan aku tak..dia sayang-sayang je...kejap-kejap datang cium aku...jeles juga En.Hubby memandang..hikhihkhik...nak boleh adik otomatik perangai berubah kan...selalu dia tak begitu...semua nak buat sendiri...sekarang ni..semua nak aku buatkan...sampaikan cuci b*nt*t pon panggil aku...tak kasi En.Hubby tolong dia....hmmmmmm

Sepanjang aku preggy ni dia kerap sangat demam...tak seperti sebelum aku preggy...aku ingat memang dia jarang sangat-sangat demam...aku ingat-ingat balik...memang sebelum aku preggy dia tak ada demam-demam...tapi sejak aku preggy ni...tiap bulan mesti dia demam...asyik tak sihat..batuk dan selesema tu perkara yang susah nak sembuh...ubat dah berbotol pon, dia tetap belum pulih sepenuhnya...dia juga terima padahnya...disebabkan itu juga lah dia menjadi anak yang sangat manja...aku langsung tak boleh nak marahkan dia lagi...mesti sentap punya...kalau En.Hubby marah tak de la pula dia nak sentap...adoaiiiii....letih memang letih..tapi mengenangkan hero aku sorang tu sekarang ni...aku layan juga...tak sampai hati biar air mata dia mengalir. sayu mandangnye...lagi pon dia bukan lah budak yang nakal...buat hati aku sakit ke apa kan..cuma manja dan meragamnya yang menjadi-jadi...aku cuba fahami dia... InsyaAllah...bila ada adik nanti, dia mampu menjaga adiknya dengan baik.