Kalau N3 ini diletakkan dalam facebook...makanya aku akan terima soalan seperti pada tajuk tersebut....nak tahu kenapa aku balik kampung lagi? tapi kali ini tanpa ambil cuti okay. Aku hanya balik pada cuti minggu sabtu ahad sahaja. Tak pernah aku buat sebegi sepanjang 8 tahun aku bekerja di Perantauan ni. Ini kali pertama. Balik kampung tanpa ambil cuti tambahan.
Balik kampung kali ini adalah kerana terpaksa menyelesaikan urusan menandatangani pertukaran nama pada geran tanah atas pembinaan rumah kos sederhana yang telah aku beli 2-3 bulan yang lepas. Susah juga kan beli rumah di kampung sedangkan kita bekerja di tempat lain yang perjalanannya makan masa 6-7 jam. Tak tahu berapa puluh kali aku berfikir dan rasanya keputusan yang aku buat untuk pulang ke kampung tanpa ambil cuti ini pon adalah keputusan yang aku sendiri tak pasti...berkali-kali aku buat keputusan. Tapi semua mendukacitakan aku. Akhirnya ini lah keputusannya...pulang ke kampung tanpa ambil cuti. Tapi kenapa tak ambil cuti? mesti ramai juga yang akan bertanyakan hal itu. Sedih nak cerita pasal cuti ni...cuti tahun ni aku dah guna hampir separuh...sekarang masih bulan febuari...belum pon separuh tahun...sangat rugi bila cuti dibazirkan begitu. menyesal pon ada dengan tindakan yang lepas-lepas yang telah aku buat tanpa berfikir panjang. Sekarang aku terpaksalah menghadapinya seorang diri. Jadi balik kampung kali ni aku terpaksa juga menahan letih. Apa nak buat kan..sudah nasibku begini.
Semoga segala urusan yang bakal berlangsung di sana nanti menemukan kesudahan yang positif. Elakkanlah segala kesulitan. InsyaAllah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan