Khamis, April 15, 2010

Rafiq buat jantung aku hampir gugur....


Cerita berlaku semalam lebih kurang 12.15 tengahari kelmarin....aku tengah asyik borak dengan opismate aku...tetiba Umi Rafiq tipon...nada bunyi suaranya seperti ada kecemasan...mintak aku balik sekejap tengok anak aku tu...katanya Rafiq lembik...dia tak pernah tengok Rafiq macam tu...aku ni pantang sikit bab anak...memang lemah semangat...tak sempat nak bagitau siapa pon...cuma maklumkan kat opismate jiran sebelah aku jer yang aku ada kecemasan dan terpaksa balik...

Sepanjang perjalanan balik...aku menangis...hati aku memang tak kuat...aku berdoa sepanjang perjalanan aku sampailah ke rumah BS Rafiq...masuk dan lihat keadaan Rafiq...semua berlaku dengan suspen sangat...masa aku masuk bilik tengok Rafiq, dia sedang tidur atas pangkuan BS. BS tu nampak panik...dia cakap lebih kurang macam ni..."Imah, tengok Rafiq ni, dia tidur ke dia pengsan?"

Aku sentuh Rafiq...panggil dia berkali-kali..tak ada respon langsung...aku tak putus asa sebab aku rasa Rafiq sihat...lepas berkali-kali panggil, Rafiq bergerak dan buka mata...lepas tu pejam semula...hati aku sedikit tenang...kerana aku rasa dia tidur...aku tanya BS apa yang berlaku sebenarnya...

Dia cerita dari A to Z...baru aku faham kenapa Rafiq macam tu...rupanya Rafiq keletihan sebab terlalu lama menangis...dalam dia menangis tu aku rasa dia memang sudah mengantok...tapi BS lambat memujuk...dan dalam menangis tu dia marajuk...sebab dar penceritaan BS tu ada unsur-unsur gaya merajuk...baru tenang hati aku masa tu...

Rafiq masih tidur...aku panggil dia lagi...dalam tidur dia masih ada sedu sedan yang berbaki...sedih aku lihat wajah dia masa tu...aku berulang kali memanggil nama dia...dia buka mata...dan seperti ingin sambung menangis...cepat-cepat aku pujuk dia...dia sambung tidur kembali...dalam 15minit kemudian En.Hubby sampai...dia pecut agaknya dari pejabat dia...x sampai 30minit dah sampai rumah...selalunya lebih 30minit perjalanan dia dari Maktab tu.

Elok jer dia sampai terus masuk jenguk anak dia...dia sentuh dan panggil Rafiq...terus Rafiq buka mata dan menangis minta En.Hubby dokong...Masa aku tadi punya lah lama nak dia buka mata...ini sekali jer En.Hubby panggil nama dia....terus ada respon...agaknya dia dengar suara En.Hubby kot....entah..aku tak dapat nak fikir...lepas pada tu..dia asyik berkepit jer dengan En.Hubby...maknanya En.Hubby tak dapat kembali bekerja...terpaksalah dia melayan Rafiq...dan aku terpaksa juga lah membawa kedua orang hero aku ke pejabat..banyak kerja yang aku tinggal semalam.

Itulah Rafiq...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan