Ahad, Februari 14, 2010

Panas

Seronok tidak terkata bila berada di kampung...tapi cuaca di kampung sekarang ni sangat panas...Rafiq kerap meragam...tapi ramai yang memujuk...sekarang ni Rafiq tido...dapat la aku menaip sekarang ni...kalau tidak jangan harap lah aku dapat mengadap semua ni...

Sebelum balik aku punya berangan nak bergambar di kawasan sawah nak menghijau...rupa-rupanya padi sudah diambil...anganku tak kesampaian...nampak gayanya aku kena la memujuk En.Hubby pergi berkelah di Puncak Janing...best tempat tu sebab itu pusat peranginan yang paling dekat dengan rumah aku...

Hari ni 14.2.2010 merupakan Tahun Baru Cina...Hari Vallentine bagi yang menyambutnya...seumur hidup aku...memang tidak pernah menyambut hari tersebut..sebab ia bukan lah amalan hidup aku...buat apa ikut budaya orang kan...sambut sakan sangat...tapi sampai ke mana saja kan...cuma aku bersyukur sebab dalam tidak menyambut "hari" itu pon hubungan kami al-hamdulillah sudah terjalin 11 tahun...

Hehehe...dalam sedang aku mencoret cerita ini...sempat lagi En.Hubyy datang menghulurkan tangannya...minta dicium gitu...heheheh....hmmmm...kawan nak pergi memancing...bila sudah "gila" memancing ni hari-hari mengadap kolam/sungai/tasik/mana-mana la asalkan boleh memancing...aku mula-mula ja temankan dia...sekarang ni dekat kampung...ramai yang nak ikut dia...aman aku di rumah bersama keluarga...hikhikhik.

ok lah kat sini dulu cerita untuk hari ni...opsss..sebelum tu...Rafiq semalam masa baru sampai langsung tak mahu kepada sape-sape pon...tapi hari ni dia yang pandai sendiri mencari kawan...

* Balik kampung ni asyik makan tak henti-henti...kenduri 3 rumah hari...makan best-best lak tu...penuh sudah perut ni....harap-harap tak naik sangat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan