Isnin, Disember 28, 2009

"Serik"

Aku serik untuk ke Genting lagi...bukan tak seronok pergi sane...tapi mengenangkan keadaan aku semasa mahu pulang tu...buatkan aku rasa serik untuk ke sana lagi...sungguh teruk...aku boleh mabuk masa naik "Sky Way" untuk turun ke terminal. Sungguh aku tak menduga keadaan aku akan seteruk itu...masa naik tu okey aje...langsung tak da masalah...relax jer aku kat dalam "Cable Car" tu.

Tapi masa di atas genting lagi aku memang sudah rasa pening dan sakit kepala sikit-sikit...cuma ada satu masa tu aku tak dapat nak tahan rasa sakit kepala dan mintak berehat sekejap...nasib baik En.Hubby memahami...dia pon macam risau tengok keadaan aku masa tu...siap tolong picitkan kepala aku...sayang betol En.Hubby kat aku...heheheheh...

Tapi....Rafiq memang okay sepanjang berada kat sana...mungkin cuaca yang sejuk membuatkan Rafiq langsung tak buat perangai...dia sangat baik...senang hati aku bawa dia pergi sana...yang masalahnya aku aje....hihihihi...Rafiq sangat suka dengan cuaca yang sejuk...dia relax jer...boleh tak nak pakai "sweater"...kitorang bukan main lagi sejuk...menggigil...tapi Rafiq memang kuat daya tahannya...En.Hubby yang bulat tu pon tak tahan sejuk...ni kan aku yang tak ada isi...hihihi...tapi apa pon aku tak de la membiarkan Rafiq tanpa memakaikan dia "sweater"...aku tetap sarungkan "sweater pada dia...agar dia tak kesejukan.

Hmmm....aku tak nak la taubat untuk tidak ke sana lagi...cuma aku rasa SERIK sudah mahu ke sana............En.Hubby pon tak nak bawa aku g sana lagi....huhuhuhuhuhu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan