Isnin, November 16, 2009

Dugaan...

Hidup ini jika tiada dugaan, tiada cabaran, tiada halangan memang tidak lengkap rasanya...sebagai seorang wanita, seorang isteri dan seorang ibu memang semua itu menjadi pendamping dalam hidup aku...aku tetap bersyukur kerana dengan adanya semua itu aku belajar erti kehidupan...

Sedari aku kecil sehingga sekarang ni...aku merasa semua itu...aku hadapi dengan tenang...al-hamdulillah aku tabah sehingga saat ini...aku mengerti mengapa aku diberi ujian itu semua...kehadiran Rafiq sungguh mengubah hidup aku...kehadiran Rafiq lebih membahagiakan hidup aku dengan En.Hubby...Kehadiran Rafiq juga menambahkan kekuatan aku untuk terus hadapi ujian hidup yang semakin mencabar...Rafiq memberi aku semangat dalam menguruskan kehidupan...Kehadiran Rafiq menceriakan hidup aku...al-ahmdulillah aku sangat-sangat bersyukur dengan kehadiran Rafiq...Semoga ALLAH melindunginya...semoga Rafiq sihat dan cergas sentiasa...AMIN...

Cerita Rafiq,
Rafiq dah ada 3 batang gigi...1 lagi bakal muncul dalam masa terdekat ini...kita tunggu bila gigi Rafiq akan jadi 4...dan sekarang ni Rafiq lebih suka menggigit apa saja yang dirasakan boleh menghilang kegatalan gusinya...termasuk la tangan,kaki aku dan sesiapa sahaja yang terdekat...selalu aku la yang jadi mangsa...sebab aku masih menyusukan dia...dulu sebelum menyusu dia akan menggigit aku...lepas aku sembamkan muka dia di B...dia ubah pula...lepas menyusu pula dia akan menggigit B aku...aduhhh....geram dengan dia...tapi apa nak buat kan...kalo sebelum tu boleh la jugak aku nk sembamkan muka...ni dia dah kenyang kan...mesti dia buat tak tahu aje...Rafiq sekarang tak boleh dimarahi...mulanya memang dia akan buat muka sedih dan menangis(pura-pura ja tu)...lepas tu kalau kita marah jugak dia boleh buat tak tahu saje....buat dekkkk je tau...akal dia lebih dari yang aku sangka...sekarang dah pandai ikut dan ajuk percakapan orang...sebutan dia pon betol...suka sangat mengira...pandai menunjukkan bilangan 1 dan 5 (heheheh...babykan...apa yang dia faham sangat kan)
banyak kalau nak diceritakan perihal Rafiq...nanti aku sambung cerita Rafiq dan apa yang Rafiq dah pandai buat....oppsss...lupa aku nak bagitau...Rafiq ada hobi...dia suka membaca...semua buku dia baca...aku cakap ni betol dia membaca...sambil belek-belek buku..mulut dia seolah-olah menbaca...rugi aku tak rakam kisah dia..yang aku rakam hanyalah aksi kegatalan dia saja....segan pulak aku nak tunjuk kan sini...hehehehe...

ok kat sini dulu...esok aku cerita lagi pasal Rafiq....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan