Khamis, Disember 30, 2010

Hatiku berbunga...

Erm...sebenarnya hari ni ada hari temujanji Rafiq dengan DR. Paed di Hospital Putrajaya...telah pon selesai temujanji tersebut tepat jam 11.25 pagi tadi. Disebabkan sudah tau laporan ujian EEG Rafiq masih belum siap...jadi hari ini hanyalah check up biasa. Banyak juga soalan yang DR ajukan...dan lihat perubahan dan perkembangan Rafiq sangat unik...kata DR la..aku ingatkan perkembangan biasa pada dia dan budak-budak lain yang seusia dengannya. Sebenarnya aku juga tak sangka yang Rafiq punye perkembangan sebegitu drastik. Tidak seperti budak yang berumur belum 2 tahun. Percakapan Rafiq sangat jelas, sudah pandai mengira dari 1-10 dengan tersusun. Aku pernah cerita kat sini kan...Rafiq boleh mengira dari 1-10 dari usianya 1 tahun 5 bulan lagi...DR agak terperanjat tadi bila dengar Rafiq mengira...tak sangka sangat katanya. Dalam rekod DR. umur macam tu hanya tau dalam 1-3 @ 1-5 macam tu saja. Tapi Rafiq cepat belajar. Banyak betol pujian dari DR...berbunga-bunga hati aku...bukan aku saja nak bangga..tapi sebagai ibu aku sangat-sangat bersyukur. Rafiq membesar dengan sihat dan bijak.

Satu perkara yang kelakar berlaku dalam bilik DR tadi...aku masuk semula ke bilik DR untuk mendapatkan time slip...Rafiq ikut masuk..terus ke belakang meja DR tu...lepas tu nampak coklat dalam beg DR...dengan selamba badaknyer Rafiq ambil coklat DR. DR pura-pura nangis...tetiba Rafiq pon ikut nangis...DR pon apa lagi buka lah coklat dia bagi Rafiq separuh...aduhai lah hero aku sorang ni...bikin malu saja.

Tak nak tunggu lama lagi dah...aku cepat-cepat la ajak diorang balik.....tak sanggup sudah aku nak tunggu lama-lama kat hospital tu...

Sekian dulu cerita Rafiq hari ini....

Rabu, Disember 29, 2010

Al-Kisah

Tak ada apa yang menarik sangat pon...cumanya nak cerita yang En.Hubby semakin sihat, sakit pon semakin berkurangan, dan jarang-jarang sakit lagi dah...cuma rasa pedih di bahagian yang kena kayap tu. Kesian.

Seronok betol En.Hubby duduk di kampung, suka ja aku dengar suara dia..makan pon berselera walaupon hanya boleh makan rebus-rebus dan bakar. tak boleh ada minyak-minyak ok. Sepanjang di kampung semalam, dia tak lekat di rumah...keluar ikut mak ayah pergi kebun...tengok orang tuanya menoreh. Tak dapat nak tolong sebab masih sakit. Petang semalam pergi lagi tengok kebun adik dia pulak...macam tu ke orang sakit??? nak marah tak boleh..dia memang tak boleh duduk diam...lagi-lagi kalau balik kampung. Ada saja agenda dia kat sana tu. Sakit-sakit pon ada juga aktiviti.

Aku harap En.Hubby cepat sembuh...bosan tanpa En.Hubby di sisi...nasib baik la Rafiq ada..terhibur jugak dengan gelagat Rafiq. Kesian juga Rafiq, bila En.Hubby tak ada...aku lah tempat dia bermanja...selalu dia main ganas-ganas dengan En.Hubby...kali aku la yang terpaksa menyerah diri...asyik kena belasah ja dengan hero aku sorang tu...lg 2 bulan Rafiq akan cecah 2 tahun. Hmmm...sudah pandai berdikari...aku harap dia cepat belajar.

Oklah sekian saja cerita untuk pagi ini....."Have a nice day"

Selasa, Disember 28, 2010

Al-Hamdulillah syukur...

Syukur aku ke hadrat ILLAHI kerana dengan limpah kurnianya...En.Hubby tidak ditimpa penyakit yang kritikal...sakit dalam perut yang En.Hubby alami baru-baru ini adalah peringkat awal karang, dan sekarang En.Hubby dalam proses rawatan. Keturunan juga rupanya penyakit karang ni. Dan satu lagi penyakit baru yang menimpa En.Hubby ialah kayap selendang. Masya-ALLAH...bahaya kayap itu setahu aku, dan sama juga masih dalam rawatan...Syukur yang tidak terhingga aku panjatkan...En.Hubby menerima rawatan awal...tidak berlengah untuk berubat...selalunya En.Hubby sangat susah untuk dibawa berubat.

Semalam En.Hubby telefon, pagi ini pon telefon lagi...ingat rupanya pesan aku...sentiasa hubungi aku...kalau tak dapat telefon, sms pon tak apa...janji sentiasa ada berita daripada dia. Kalau dia tak telefon aku yang akan telefon...nanti kalau aku telefon mesti kena marah sikit...hikhik..kesian En.Hubby...sebenarnya hati ni senang sikit dari semalam...dengar suara En.Hubby seperti bersemangat sikit...semalam suara dia lemah sangat...mungkin sebab berada di kampung sama koooottt...aura/suasana di kampung kan tak sama dengan di sini...

Nampaknya temujanji Rafiq lusa, terpaksa lah aku, Rafiq dengan CT saja...tanpa En.Hubby bersama-sama kami. Mesti kelam kabut nanti...al-maklumlah..Rafiq kan lasak budaknya. mana lah reti dia duduk diam...lagi pula kalau ada rakan sebaya yang sama aktif...hhhmmmmm....habis lah akuuuu....

Isnin, Disember 27, 2010

Hubby tak sihat

Erm...al-kisahnye semenjak En.Hubby pulang daripada berkursus di Astana Dugang, Kajang berhampiran Desa Pinggiran Putra berdekatan dengan kolam memancing Coffee Village bersamaan hari jumaat baru-baru ini...En.Hubby mengadu sakit perut. Katanya seperti menusuk-nusuk dan merobel-robek perutnya. Aku sebenarnya puas jugak mengajak dia ke klinik. Tengok-tengok apa punca sakit macam tu...tapi En.Hubby sangat degil, tak mahu pergi. Jadinya tak pergi hari tu...esoknya sabtu sudah..dan cuti krismas. Klinik memang tutup...disebabkan En.Hubby masih sakit..aku paksa dan ajak cara paksa juga dia pergi Unit Kecemasan, Hospital Putrajaya...

Jadi mahu tak mahu En.Hubby terpaksa menuruti ajakan aku...sampai hati kah aku nak biar dia menanggung sakit tu seorang diri...??? hati aku lagi terasa sakit kalau dia sakit...dia setuju saja ajakan aku..terus aku siap...Ramai pesakit kat unit kecemsan masa tu...tapi tak lama menunggu, En.Hubby dipanggil dalam masa beberapa minit selepas pendaftaran. Erm..keputusan dari doktor... keracunan makanan...dapat ubat angin/gastric...balik rumah makan ubat dan berehat..doktor suruh makan bubur...jadi menu untuk hari itu adalah bubur..jadinya semua orang terpaksa makan bubur.

Esoknya..iaitu hari ahad...semalam la kan...sakit En.Hubby masih belum baik...tidak sikit pon ada perubahan, katanya semakin sakit dan pada malam itu En.Hubby tak boleh tidur...begitu juga semalam...En.Hubby tak boleh tidur..aku juga turut tidak tidur. Kesian...asyik dengar dia mengerang kesakitan. Apa yang terjadi sebenarnya???

Semalam borak-borak dan berbincang..aku sarankan En.Hubby pulang berubat di kampung. Mungkin dapat tahu apa punca En.Hubby sakit sampai sebegitu rupa. Jadinya semalam juga aku pergi carikan tiket untuk En.Hubby. sepatutnya semalam lagi aku nak lepaskan En.Hubby pulang..tapi tiket bas untuk semalam sudah kehabisan. Jadinya En.Hubby pulang ke kampung pada pagi ini...Semoga perjalanan En.Hubby dilingungiNYA. dan semoga En.Hubby juga bersabar dan dapat menanggung sakitnya itu sehingga sampai ke tempat untuk berubat. Aku disini sentiasa berdoa semoga dia tak apa-apa...Semoga En.Hubby cepat sembuh dan cepat kembali bersama kami disini.

Khamis, Disember 23, 2010

Cerita malam semalam

Ok...ada yang tahu semalam hari bahagia aku..yer lah 3 tahun sudah usia perkahwinan aku dengan En.Hubby...tak ada apa yang menarik sangat pon...cuma semalam berBBQ bersama En.Hubby dan teman-teman kursusnya yang bertempat di Astana Dugang..dekat perkampungan orang asli dan kolam mancing Coffee Village.

Sangat meriah majlis diorang...aku hanya tumpang sekaki...saja la tu En.Hubby nak ambil hati...kalau tidak aku dah merajuk dengan dia. Hakhak... Alang-alang ke sana aku bawa bersama buah hatku Rafiq dan CT...suka sangat la Rafiq dapat keluar dari rumah tu. Melompat-lompat kegirangan.

Semasa majlis berlangsung Rafiq la orang yang paling aktif...pantang dengar musik...memang dia layan, siap menari-nari, siap ajak semua orang yang ada kat situ menari sama dengan dia...memang sporting habis la polis-polis ni...ikut sama menari gaya Rafiq...sudah lah tarian kelakar...budak umur 1 tahun 10 bulan menari..tau la macam mana kan..kan..kan..aku sampai sakit perut tak tahan nak gelak tengok diorg melayan Rafiq menari. Aku hanya pandang dari jauh saja...al-maklumlah kan...aku ni pemalu sikit orangnya...jadi duduk diam-diam di tempat duduk yang telah disediakan. Majlis berlangsung sehingga 12 tengah malam. Aku awal-awal lagi dah masuk tido sebabnya letih, Rafiq pon kelihatan letih menari..bawa Rafiq tido KONONNYA...tapi aku yang tido akhirnya...Rafiq tak boleh tido sebab lapar, asyik minta susu dari mula masuk bilik...beg susu pula ada dibilik En.Hubby...aku pula tido dibilik yang belum digunakan lagi...

Perancangan awal En.Hubby ajak tido disitu, tapi disebabkan Rafiq asyik mintak susu dan akhirnya menangis, aku ajak CT balik saja...kesian Rafiq mungkin tak selesa disitu...selalu dia boleh tidur dimana-mana...tapi tidak disitu. Jam 12.30 malam aku gerak balik Putrajaya...follow belakang En.Hubby yang bonceng motosikal...esok susak pula dia nak pergi tempat kursus tu...tak kuasa juga aku nak pergi ulang-alik kesana..huhuhu

Sampai rumah, parkir kereta penuh...terpaksa parkir kereta tepi jalan...sampai rumah terus buat susu Rafiq...dan terus tidur...letihhhhhh...Tapi seronok. :)

Rabu, Disember 22, 2010

3 Tahun sudah....

Hmmm....tahu tak apa yang 3 tahun tu? Sebenarnya 3 tahun tu bermaksud sudah 3 tahun aku melayari hidup berumahtangga bersama En.Hubby. Al-hamdulillah berlangsung dengan baik-baik saja...walau pon kadang-kadang tu berbalah juga...biasa lah kan..sudah adat berumahtangga begitu...sedangkan lidah lagi tergigit...ye tak? Aku bersyukur dengan kurniaan yang ALLAH berikan kepada aku..mendapat suami yang penyayang, anak yang baik dan comel...hikhikhik...bagi aku hero aku sorang tu comel...sebab dia sangat manja. Dan keluarga yang sangat memahami...

Minggu ni kan En.Hubby berkursus...semalam dia balik sekejap, ambil barang yang tertinggal, maklumlah kan, tempat kursus hanya berapa minit sahaja dari rumah...tapi disebabkan dia adalah koordinator/peserta kursus tersebut, dia terpaksa menginap disana. Masuk hari ni 3 hari En.Hubby berkursus, tiap hari dia pulang, hari ini aku belum pasti, dia ingat ke tak tentang hari ini...harap-harap dia ingat lah. Aku pon tak pasti apa yang aku nak buat hari ni...nak masak special, tentu dia dah makan di tempat kursus dia tu...karang masak, dia x nak makan lagi membazir...selalu balik rumah CT dah masak...tak kan nak masak lagi kot...hmmmmmmmmmmm

Tak apa la...tunggu saja petang nanti, kalau En.Hubby balik, baru aku lakukan apa yang patut...kalau tak, rai sendiri dengan anak...huhuhu...malas nak ganggu dia masa berkursus ni...cuma harap dia ingat hari ini hari istimewa kami.

Selasa, Disember 21, 2010

Rafiq 1 Tahun 10 Bulan

Hari ini genap usia hero aku yang sorang tu 1 tahun 10 bulan. Hmmm...tahu saja la kan umur budak dalam lingkungan itu bagaimana feelnya. Rafiq cukup kuat merajuk...tak boleh nak kata "jangan" langsung dengan dia...pasti akan bawa diri ke mana-mana... mogok la tu kononnya...aku selalu buat tak endah jerk...kalau dipujuk lagi lama rajuknya...hehehehe.

Sekarang ni mulut Rafiq semakin lancar...apa saja yang aku sebut atau borakkan dengan En.Hubby...mesti dia akan ikut sebut setiap apa yang aku sebut. Sekarang dia juga rajin...kalau buat sepah...dia akan kemaskan semula...walaupon dengan bantuan aku atau CT.

Semalam aku test dia. Kononnya aku nak ikut En.Hubby pergi berkursus...lihat dia asyik sangat bermain, seperti tidak kisah aku nak kemana-mana. Aku lambai-lambai dia, kononnya nak keluar ikut En.Hubby. Lihat dia juga ikut lambai...tapi bila aku jejak kaki keluar rumah, dia terus meraung sekuat hati...siap hentak-hentak kaki. Ohhh..rupanya dia tak boleh berpisah dengan aku...Kalau papanya keluar dia langsung tak kisah...relaks saja lambai papa dia...tapi aku, sampai peluk kaki aku tak nak lepas aku pergi...sebab tu lah aku terpaksa keluar kerja lebih awal...kalau tidak alamatnya memang aku susah nak pergi kerja.

Lagi 2 bulan Rafiq akan cecah 2 tahun. Dah besar hero aku...Dah pandai minta itu ini. Dah pandai berkawan. Walau pon sentiasa perasan sorang-sorang. Kesian dia... InsyaAllah akan aku berikan dia kawan sikit masa lagi.

Jumaat, Disember 10, 2010

RAFIQ

Terperap lagi blog ni...aku tak sempat...sibuk sikit hujung tahun begini...biasa lah kan..kerja gomen memang begitu...itu belum lagi duduk di bahagian kewangan.

Oklah...kali ni aku nak cerita tentang heroku yang sorang tu...



Erm...sekarang dia dah 1 tahun 9 bulan 2 minggun 4 hari gitu...nasib baik tak letak minit dan saat kan...ciwi betol...hehehehe.
Dalam usia sekarang Rafiq nampak cepat belajar...kebanyakkan perkataan yang disebutnya jelas sekali. Semua permintaan dia difahami dengan mudahnya... Tingkah laku dia juga sedah seperti orang besar...dah boleh jadi abang gitu...mainan dah tak main lagi dah...kalau dia bosan tahap gaban baru dia tengok mainan dia..kalau tidak masanya hanya dengan melihat majalah...tak kisah apa majalah, yang penting majalah tu ada gambar model yang cantek...anak sapa la tu...???

Rafiq pandai susun ayat...1 ayat yang aku suka bila dia minta susu, ayat tu macam ni laaa...(mama...nak susu *belum sempat aku tanya apa-apa*, dia cakap lagi....betoooollll, nak susu)aku kadang-kadang geli hati...apa saja yang kita sebut, yang dia lihat dan dengar dia akan terus ikut...aku perlu lebih berhati-hati untuk bercakap dengan dia.

Rafiq juga pandai memujuk dan merajuk...kalau aku marah, cepat-cepat dia datang peluk cium aku...kalau dia merajuk pula...sama juga..akan datang peluk aku...siap tepuk-tepuk lagi...macam aku lak yang merajuk. Itu lah Rafiq, tak boleh marah dia, mesti tak jadi, tergelak terbahak-bahak tengok aksi dia.

Hari-hari datang kerja rasa tak sabar nak pulang. Tak sabar nak berborak dengan dia. Teringat gelagat dia, tergelak sorang-sorang, teringat bila makan, dia orang pertama yang angkat tangan baca doa. Kalau aku siap-siap nak solat..dia awal-awal lagi dah atas sejadah sambil sebut "ALLAHU AKBAR"...kalau tengah solat tu kadang-kadang sampai 2-3 kali berenti, pernah sampai ke amibil wuduk semula. Last kena pergi solat kat bilik lain.

Hmmm...itu la, hero aku sedang membesar, harap-harap dapat bimbing dia menjadi anak yang soleh, taat dan patuh pada ibu bapa..aku la tu. Rajin belajar dan baik budinya. InsyaAllah.

Isnin, Disember 06, 2010

Kembali...

Lamanya aku tak update blog ni...usang dan bersawang sudah...bukan tak rindu nak berblog..cuma tak berkesempatan nak bercerita...maklum lah kan...aku pon bukan jenis yang banyak cakap sangat...2-3 menjak ni aku lebih banyak berdiam diri..jadinya blog ni pon sedikit terabai...bukan langsung tak jenguk ok...jenguk jugak..masuk jugak blog kawan-kawan, kakak-kakak dan adik-adik yang ada...

Banyak perkara yang berlaku semasa aku berdiam diri...tapi rasa seperti tak patut diceritakan disini...rasanya terlalu peribadi...jadi simpan dalam hati saja...yang penting hal itu sudah selesai...dan aku kembali bersemangat.

Itu saja coretan dari aku untuk pagi ini...mana tau petang-petang nanti aku bersemangat nak cerita lagi....tunggu dan nantikan je la ya...hmmmm.........ada ka yang akan menanti cerita dari aku....aku bukan blogger fofular pon...huk-huk-huk.

Khamis, November 18, 2010

AKU HAPPY....hahahaha

Apa yang aku nak cerita kat sini adalah tentang happynya aku di raya haji ini...tahun lepas aku tak dapat balik raya haji...jadi beraya berempat...bersama En.Hubby, Rafiq buah hati aku..dan adik perempuan aku...

Tahun ni....raya haji semalam...beraya bersama keluarga aku...walau pon tak semua ada..tapi mak abah aku ada beraya bersama aku...seronoknyaaaaaaaaaa...terima kasih sangat-sangat pada abahku kerana buat keputusan akhir untuk datang beraya bersama anak menantu dan cucu...hikhikhik...seronok tak habis lagi...

Kalau ikut nak luahkan semalam...tapi keletihan lah pula...penuh juga rumah aku semalam...pak cik, mak cik dan sedara yang dekat datang ke rumah...tak ada lah buat apa sangat pon...cuma sediakan ketupat, lemang dan sedikit rendang...dan ada lah sedikit laksa...masih ada lagi...siapa-siapa yang terasa nak makan laksa kedah...jemput lah datang rumah...hihihihihi

Petang semalam keluar jalan-jalan raya...kononnya lah...pergi puchong rumah mak cik En.Hubby, pulang dari puchong singgah presint 17, rumah sepupu aku pula...saja bawa mak abah jalan-jalan...balik rumah sudah malam...bersihkan badan dan tidur...letih juga tu...sebab makan banyak sama kot...hehehehe

Tapi...malam ni mak abah dah nak balik kampung...kembali sunyi lah aku...tapi tak apa...adik aku yang kecik tu tinggal di sini...bercuti katanya...al-maklumlah kan..cuti sekolah sudah bermula...

Oklah..cukup disini dulu...curi masa kerja nih....hikhik

Sekian.....

Rabu, November 10, 2010

M.A.L.A.S

N3 malas update...x tau la napenye...memang malas sungguh ni.....

Khamis, November 04, 2010

Kampung aku dilanda banjir

Nun di utara sana terletaknya kampung aku...dan berhampiran sudah dengan negara jiran iaitu Thailand...sejak dari 1 Nov lagi hujan turun tak berhenti dari pagi ke malam ke pagi semula...akibat dari hujan yang turun tak berhenti-henti telah menyebabkan kampung aku dinaiki air. Begitu juga kampung En.Hubby...lagi teruk banjir di kampung dia, sehinggakan keluarga dia terpaksa berpindah sementara. Kesian dia juga, tak senang duduk dirumah memikirkan keluarga dia di kampung. Sekejap-sekejap telefon ayahnya bertanyakan khabar berita di sana. Nak balik memang tak boleh pon...semua jalan kan ditutup..mana nak lalu kan...hmmmm......

Apa yang aku sedihkan...bantuan tidak sampai ke sana...tidak ada jalan untuk bantuan datang...kesian sangat...syukur keluarga aku selamat...rumah aku tak masuk air...tapi seperti istana di tengah lautan, rumah aku dikelilingi air. Hmmmm...masing-masing terpaksa memerap dirumah, nak keluar mana pon tak boleh semua jalan ditutup. Lagi pula rumah aku boleh dikatakan ditengah...ada 3 jalan keluar...tapi semua tak boleh lalu lagi...banjir tahun-tahun lepas masih ada jalan untuk mengelak banjir...tapi tahun ni..banjir terus melanda. Tak dapat bergerak ke mana-mana...hanya disekitar rumah dan kampung sahaja...kesian sungguh.

Semalam aku dengar, air surut sedikit..syukur al-hamdulillah...banjir semakin reda. Semoga keluarga aku dan mertua selamat.

Rabu, November 03, 2010

Cerita semalam

2 Nov 2010- tepat jam 5 pagi aku bangun, mandi, siap-siap, solat, dah jam 6 pagi kejutkan En.Hubby dan Rafiq, susah betol Rafiq nak bangun, sedap tidur pagi-pagi buta kan...tiap kali aku panggil hanya dengar suara dia menyahut...mata tetap terpejam rapat...kadang-kadang tersenyum...hmmmm geli hati tengok gelagat dia. Last aku angkat juga dia bangun, sebab kena mandikan sebelum keluar...merengek lah kawan...tidurnya di ganggu, marah-marah2 lak tu.tapi tak lama...dia senang dipujuk. Selesai siap semua...hampir 6.30 pagi...rasa tak cukup masa saja masa tu...huhuhuhu

Erm...mesti nak tau kan tujuan aku bangun awal pagi macam tu...sebenarnya nak bawa Rafiq pergi HKL sebab ada temujanji untuk buat ujian EEG di unit Neurofisiology. Aku pon tak tau sangat pasal tu...cuma aku jelas sikit pon tentang ujian tu adalah untuk rekod gelombang otak. Jadinya aku faham diorang nak buat ujian gelombang otak Rafiq lah...

6.30 pagi gerak dari rumah...awal kan? sebabnya aku tak tau kat mana Bahagian Peadetrik...nak mencari nanti satu hal lak kan...jadi lebih baik keluar awal...lagi pon temujanji Rafiq 8.15 pagi. dan dah dimaklumkan dalam surat suruh datang lebih awal...untuk mengelakkan kesesakan.

Sampai sana-al-hamdulillah tak sesat, cuma parkir kereta jauh sikit...Rafiq pulak buat hal, tak mahu sesiapa yang dokong...pagi-pagikan...dia selalu masih tidur lagi masa tu...jadinya aku terpaksa menapat sambil dokong dia. aduhai...sakit habis badan ni...nasib baik isi dah banyak...kalau tak bertambah keding aku...hmmmmm

Sampai 7.15 pagi, masuk dan tunggu pendaftaran, aku ikut prodedur yang ditetapkan pada surat yang aku dapat...bila dah dapat nombor giliran...dan dah ke kaunter, katanya tak perlu daftar, terus saja pergi timbang...tak apa lah kan...kita tak tahu kan...bukan tak mahu bertanya, cuma kita ikut pada arahan surat...itu saja...lepas Rafiq timbang terus bawa dia ke Unit Neurofisiology untuk buat ujian EEG tadi tu...

Untuk ujian tu Rafiq perlu tidur...tapi malangnya Rafiq sudah terlebih tidur malam semalam...dan terpaksa diberi ubat tidur...hmmmm...dan malang lagi...ubat tidur tu sungguh lambat memberi kesan...lebih setengah jam bermain, baru dia menguap...aku pon sudah letih...last masa sesi ujian tu...aku minta En.Hubby yang tunggu Rafiq...dan aku sambung pada setengah jam kemudian pulak...mungkin En.Hubby pon bosan jugak di dalam bilik tu sorang-sorang....dalam tempoh sesi ujian EEG tu. Rafiq diberi pelbagai bentuk ujian...semua untuk menguji tahap sawan yang ada...syukur al-hamdulillah, dia tidak memberi sebarang reaksi berkaitan sawan dengan ujian yang dijalankan...aku dapat info itu pon dari staff yang menjalankan ujian EEG tu ke atas Rafiq...sekiranya ujian diberi dan ada tindakan balas berlaku semasa ujian, itu bermaksud orang itu ada sawan. Syukur tak terhingga kepada YANG MAHA ESA. Aku sangat berharap keputusan yang bakal aku terima nanti negatif...hujung tahun nanti baru tau keputusan tu....doakan semoga Rafiq sihat sentiasa. AMIN...sesi ujian selesai selepas 1 jam setengah...Rafiq tak perlu diberi apa-apa ubat...dan boleh terus pulang....

Masa sudah menunjukkan jam 11 masa keluar dari Unit Neurofisiology...keluar dari HKL dan terus mencari tempat untuk makan...pagi langsung sarapan, jadi terus makan berat, petang baru pikir untuk masak (kononya)...dalam perjalanan balik, aku sakit kepala...bukan kepalang lagi sakitnya, singgah di klinik swasta untuk dapatkan rawatan untuk diri sendiri pula, aku ada migrain rupanya...sekian lama sakit, sekarang baru aku tahu, dulu syak saja,tak berani nak sahkan sendiri...sebab tak pernah jumpa doktor kan...makan ubat tahan sakit ja, semalam pergi juga..erm, jadi sahlah aku kena migrain. sabar saja la...dugaan.Semoga aku kuat hadapi segala kemungkinan. Yang paling aku harapkan anakku Rafiq sihat. AMIN

Ahad, Oktober 24, 2010

Cuti yang singkat...

2 hari cuti rasa macam langsung tak ada cuti...ada saja aktiviti memenuhi masa terluang, sampai tak sedar masa berlalu sangat pantas. Tak cukup pula rasanya cuti 2 hari di hujung minggu.

Tapi dalam bercuti pon...hati aku gelisah, memikirkan masalah di pejabat yang masih belum selesai...aku ditimpa masalah...tapi disebabkan kawan-kawan yang memberi sokongan jadi aku gagahkan juga berhenti seketika memikirkan masalah tersebut. Esok aku akan hadapi semula masalah itu...harap dapatlah diselesaikan dengan segera. Hari jadi majlis itu pon tak lama lagi....risau aku.

Okay la...sini dulu..nak rehat otak jap...tak tau lah kenapa kepala ni pening semacam. Rehat dulu yer...esok InsyaAllah sambung lagi kot ada berita baik. AMIN.

Rabu, Oktober 20, 2010

Lama tak cerita...

Salam...

Lama sungguh tak coretkan apa-apa disini...aku tak sempat dek sibuk kerja dan rumah tangga...(amboi, macam kerja tu besar sangat kan..sibuk kalah isteri menteri)..bukan macam tu...sekarang aku salah sorang AJK untuk satu majlis anugerah yang dianjurkan oleh jabatan aku...tugas sendiri dan tugas sebagai AJK majlis tu membuatkan aku tak banyak masa untuk mengadap blog...mengadap PC 24 jam pon x sempat nak update blog...semua apa yang berlaku aku simpan dalam hati saja...aku tak jadikan blog sebagai tempat meluah perasaan yang tak tentu pasal...takut nanti yang jernih menjadi keruh...

Baru-baru ni mertua aku datang rumah...aku kan sibuk, jadinya bila balik kerja aku jadi letih...tapi al-maklum lah kan...tak kan balik kerja nak baring depan TV atau tido dalam bilik kan? kena la layan diorang...bukan mertua aku saja yang datang, bersama anak saudaranya merangkap sepupu En.Hubby...jadinya penuh juga lah rumah aku....tak cukup lagi mertua dan sepupu, datang bersama juga kakak ipar aku...aku suka ramai2...meriah suasana, cumanya masa tidak kena...terpaksa lah diorang layan diri sendiri di rumah aku.

Rasa seperti tidak patut...tapi apa daya aku kan...aku buat habis baik, masak dan menjamu semua makan dengan cukup. Al-hamdulillah aku tunaikan apa yang sepatutnya. Melayan tetamu yang hadir dengan sebaik mungkin. Biar tetamu suka dan senang berada disekeliling ahli keluarga aku.Huhuhuhuhu...tapi diorang semua sudah balik kampung semalam. Rumah kembali sunyi...Rafiq sudah tak ada kawan. Kesian dia...nasib baik siti ada dirumah...masih ada teman bermain.

Cerita tentang Rafiq, sekarang ni dia sudah 20bulan bersamaan 1 tahun 8bulan. Sudah anak teruna. Feel Rafiq sekarang ni:-

1-Sudah pandai bercakap dengan menggunakan ayat.
2-Tahu arahan yang panjang. (cth: Pergi buang sampah ke dalam tong sampah-dia akan bangun ambil sampah dan terus buang ke dalam tong sampah)
3-Tahu kegunaan sesuatu benda.
4-Suka dimanja-manjakan.
5-Pandai ambil hati dan memujuk.
6-Sangat peramah.
7-Boleh makan sendiri dengan cermat sekali. Nasi tak tumpah ke lantai. Sama ada makan dengan tangan atau pon sudu.
8-Suka layan Upin-Ipin (pantang nampak aku buka Laptop, terus minta pasang upin-ipin)
9-Pandai buka baju/seluar sendiri.
10-pandai mengira 1-10 dari umur 1tahun 6bulan. sekarang belajar sebut ABC..tapi tunggang langgang.huhuhuuh
11-Ok banyak lagi ni...yang penting sekarang ni dia semakin sihat dan berisi semula. semakin banyak akal juga.

Sekian, cerita untuk hari ini.

Selasa, Oktober 12, 2010

P.E.N.I.N.G

Pening lagi..tak habis-habis dengan pening...tapi memang pening betol-betol..bukan main-main...x tau la apa penyakit yang datang ni...dari aku mula-mula jejak kaki ke jabatan ini...hari-hari kepala aku mesti pening...dari duduk di bahagian kewangan-admin-sampai ke bahagian ini pon masih memeningkan kepala.....

Ada tak kerja yang tak memeningkan kepala? tolong aku...aku sekarang ni dah mula rimas...aku dah banyak kali cuba untuk sukakan kerja aku...buat habis baik... syukur semua aku dapat buat dengan jayanya...walaupon tak sempurna mana...tapi terlaksana juga kerja-kerja aku hari-hari...

Hmmm...nasib lah kan...dah kerja kita. Nak tak nak kena juga hadap semua ni. Kalau la cuti ada lagi...memang aku habiskan..pergi bercuti di mana-mana mencari ketenangan.

Khamis, Oktober 07, 2010

L-E-T-I-H

Tak mampu nak ungkap lagi...hari ni terasa tersangat letih dengan kerja-kerja di opis ni. Dari kerja sendiri, kerja untuk Majlis yang akan diadakan tak lama lagi. membuatkan badan ni terasa sakit-sakit...sebabnya asyik naik turun dan berjalan jauh dengan kasut tinggi. Kalau lah ada orang picit-picit kaki, pinggang dan badan ni kan best...sekarang hanya terbayangkan tilam empuk untuk rehatkan badan yang sudah tersangat, teramat sakit...rasa seperti tak mahu berjalan buat masa ini. Jangan ada yang panggil-panggil lagi...aku letih sangat ni...

Tapi siapa yang dengar keluhan aku ini? Diorang tak tahu pon aku letih...dan aku tak tahu nak minta bantuan daripada siapa di sini...tak ada pon yang dapat membantu sebabnya diorang sendiri pon mintak tolong aku...hua-hua-hua....

YA ALLAH, YA TUHANKU, SIHATKANLAH TUBUH BADANKU...AKU INGIN MENJALANKAN AMANAH MU. PERMUDAHKAN URUSANKU. AMIN.

Selasa, Oktober 05, 2010

Sungguh mengantuk....

Hari bangun jam 5.00 pagi...sebabnya nak kena hantar En.Hubby ke tempat kerja. Kerana hari ini En.Hubby akan bertolak ke langkawi bersama peserta-peserta kursus yang dikendalikannya. Kesian En.Hubby, berat hati nak pergi, tapi disebabkan kerja yang sudah menjadi tanggungjawabnya, dia gagahkan diri juga menyertai mereka. Aku tak kisah, sudah kerja dia macam tu...aku terima. Lagi pon tak lama sangat pon. 5 hari saja campur pergi dan balik.

Rafiq lah pulak...mesti hari-hari cari papanya. Semalam pon asyik berkepit saja dengan papa...tidur pon peluk papa...Hari ni tinggal dia awal pagi...harap dia okay di rumah sekarang. Dia kan budak baik. InsyaAllah.

Rabu, September 29, 2010

Terima kasih kepada Qasehadam

Tak sangga sungguh aku bila sudah hampir 20 hari tak jengah blog ni rupanya ada berita gembira, apa pon aku ucapkan jutaan terima kasih buat Qasehadam harap-harap aku masih diterima sebagai pemenang untuk giveaway dan contest itu...dan sekiranya ada cabutan baru...dan ada pemenang baru...aku sedia terima...itu bukan rezeki aku.

Apa pon terima kasih sangat kepada nurul yang menganjurkan giveaway dan contest itu. Harap tak jemu untuk mengajak dan menjemputku untuk sama-sama join giveaway yang akan nurul anjurkan lagi dikemudian hari. Tarima kasih sekali lagi buat nurul.

Cerita lapok

Dah lama x update blog...terasa seperti tak ada masa nak buat itu semua sejak-sejak Rafiq anakku itu ditimpa sawan/tarik...panik sungguh aku kala itu...tidak punya pengalaman...tapi ingat pada cerita/peristiwa ibu dan kakak-kakak dan kawan-kawan buat aku bersedia...dikala Rafiq ditimpa tarik, aku buat apa yang patut, tapi tak berjaya...mujur En.Hubby ada, dan kebetulan dia pernah menghadiri kursus tentang kecemasan yang berlaku...En.Hubby telah menyelamatkan nyawa anakku Rafiq, syukur al-hamdulillah...

Rafiq masuk wad 2 hari...keluar wad, kena cirit-birit pulak, demam panas lagi...aku terpaksa ambil cuti tanpa gaji, cuti dah habiskan...demi anak aku cuti jugak...kejadian itu membuatkan aku tak sanggup Rafiq hilang dari pandangan pon. Biar Rafiq di depan mata aku 24 jam. Dan aku bersyukur ada yang sudi jaga Rafiq sepanjang aku keluar bekerja selepas ini. Dia bukan bibik aku..tapi adik angkat aku. Tapi aku risau...dia terlalu rajin, harap dia tak buat kerja lain selain menumpukan perhatian pada Rafiq sepanjang aku bekerja...makan minum aku akan sediakan semuanya.

Aku harap juga doa kalian yang sudi baca blog aku ni...doakan Rafiq sentiasa sihat...aku juga pulang ke kampung, ambil peluang cuti yang hambis habis ni untuk berubat Rafiq. Ikhtiar tetap kena ikhtiar kan. Ketentuan tetap aku terima. Semoga Rafiq sentiasa di dalam perlindunganNYA.

Rabu, September 08, 2010

Mood Raya

Hari ni masih di opis...ada la 5-6 orang yang tinggal pon...aku lewat balik sebab cuti aku dah tak banyak...hati dah tak ada di sini....sudah terbang ke kampung halaman...kotaraya putrajaya semakin sunyi...tinggal pon yang tidak bercuti...aku balik esok...ingat nak halfday saja...harap-harap tak ada masalah untuk esok...dan aku harap biar ramai yang balik hari ni...supaya esok jalan tidak lah sesak sangat.

Hmmmm....bosan sangat sekarang ni...di opis pon tak ada kerja sangat nak buat..banyaknya sudah selesai...yang lain-lain perlu buat bersama-sama...tapi yang patut bersama tu sudah lama bercuti...jadinya kerja itu terpaksa ditangguhkan dahulu...tak suka...tapi apakan daya kita kan.

Hmmmm....mood raya sekarang ni...hanya dengar lagu raya berkumandang di pc-pc kat sini...pc aku saja yang sunyi sepi...dah tak tahu mana 1 yang patut dengar...telinga 2 ja pon...huhuhuhuhu

ok lahhh....diucapkan kepada semua umat ISLAM...SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDULFITRI...MAAF ZAHIR DAN BATIN....JIKA ADA SALAH DAN SILAP HARAP DIMAAFKAN DARI HUJUNG RAMBUT HINGGA HUJUNG KAKI...HALALKAN MAKAN MINUM SELAMA HIDUP INI....

Jumaat, September 03, 2010

Minggu akhir

Minggu depan nak balik kampung...tak sabar rasanya mahu pulang ke kampung halaman beraya bersama keluargaku dan keluarga hubby..tahun ni mesti meriah...kakak iparku yang tinggal di Kelatan juga akan pulang...keluargaku lagi lah..semua ada dikampung...seronoknya.

Persiapan raya pon sudah tak banyak nak disediakan...duit raya untuk kanak-kakak pon telah disediakan. Untuk mak abah juga telah siap disimpan. Untuk rafiq buah hati aku...sudah masuk ke akaunnya sebelum raya lagi...huhuhuhhu....Baju raya pula...aku, En.Hubby hanya seorang sepasang saja...cukup lah tu...biar rafiq sorang yang lebih...cumanya baju melayu rafiq saja aku belum tengok lagi...al-maklumlah mummy rafiq yang buatkan....tunggu sampai kampung baru dapat tengok dan rasmi...hihihihi

Minggu akan datang ni mesti tak ada semangat nak bekerja...sebabnya hati sudah di kampung...jasad saja di sini...hati telah jauh melayang...itulah perasaan aku setiap kali musim perayaan...hahahaha.

Ok lah...nak berangan-angan sekejap...jadi mek jenin jap yer.....

Isnin, Ogos 30, 2010

Selamat Menyambut 53 Tahun Merdeka!!!

Diucapkan kepada semua yang bergelar rakyat MALAYSIA...SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YG KE 53.

Aku bangga menjadi rakyat MALAYSIA...walau pon sekarang banyak perkara yang menguji iman berlaku. Kerosakan harta benda, kematian, pembuangan bayi dan pelbagai masalah berat lagi...cerita tentang pembuangan bayi...setiap tahun ada perkiraan bulan-bulan bayi/mayat bayi dijumpai...semoga tahun depan tidak ada lagi pembuangan bayi...semoga sambutan merdeka tahun ini dan sambutan tahun baru nanti tidak berlaku perkara terkutuk itu. Mereka-meraka yang meraikan hari merdeka dan tahun baru tolong lah raikan dengan cara yang betol...bukan dengan menggadai maruah dan melakukan perkara-perkara terkutuk itu...

Apa pon semoga merdeka tahun ini berjalan dengan lancar...dan disambut secara tertutup di Stadium Bukit Jalil....Al-hamdulillah disambut dalam bulan ramadhan...moga majlis diberkati hendakNYA.

Khamis, Ogos 26, 2010

Esok cuti Nuzul Quran...

Esok selangor dan negeri-negeri yang terlibat akan cuti...aku pon akan cuti...bestnya..hahahah

Esok plan nak buat kuih tu terpaksa ditunda dahulu...banyak lagi perkara yang lebih penting perlu didahulukan...tak per...selesai segala yang sepatutnya diselesaikan tu. Aku akan cari masa untuk buat kuih...(tengok tu...semangat aku kan?) nak juga buat tu...yer lah...tak dapat buat dalam bulan puasa ni...aku buat lepas raya...haaa...nak buat jugak tu......

Rabu, Ogos 25, 2010

15 Ramadhan

Sudah 15 hari kita berpuasa...pagi tadi bangun sahur tengok bulan mengambang indah di langit...sungguh cantik...patut la ada kata bidalan..."cantik bersinar bak cahaya sinar bulan purnama" betol ke tu?

tapi aku terpegun menghayati kecantikan bulan...jarang dapat lihat bulan mengambang penuh kan? kebetulan malam tadi malam 15 ramadhan...aku lihat diluar nampak cahaya menerangi bumi...bukan dari cahaya neon...tapi dari cahaya bulan...sungguh cantik.

Lepas tu aku masak dan sambung tidur...sebab perut terasa tidak sihat...termimpi pula tentang bulan...alangkah indahnya kalau menatap bulan sehingga terbitnya mentari...tapi itu hanya dapat ditatapi di dalam mimpiku.

separuh bulan berpuasa ni...mula aku merancang itu ini...minggu ni byk cuti...jadi aku nak buat kuih raya sikit...nak beli sekarang ni tau-tau je la kan...harga mahal sangat...tapi aku beli jgk 3-4 balang....hahahah...tapi buat tetap buat...tunggu la ye kuih apa yang akak aku buat...kalau jadi akan aku pamerkan di sini...kalau tak jadi aku diamkan saja..huhuhuhu

Khamis, Ogos 19, 2010

tecit tenit tomel Giveaway & Contest "lagu raya imbas kenangan"

Tuan rumah sudah menjemput untuk join Giveaway dan Contest, jadi apa salahnya aku mencuba kan...terima kasih diucapkan kepada tuan rumah iaitu Qasehadam .



Sudah join kena lah cerita ceriti siket kat sini kan...lagi pon aku suka dengan Giveaway ini...kebetulan mengingatkan aku kepada satu kenangan tak dapat pulang beraya di kampung...terima kasih sangat-sangat kepada qasehadam jemput aku untuk sama-sama join tecik tenit tomel Giveaway & Contest "lagu raya imbas kenangan" . Jom lah kepada sesiapa saja , jom ramai-ramai join giveaway ini...sungguh menarik.

Seterusnya aku selitkan di sini lirik lagu yang tak boleh aku dengar satu ketika dahulu...

Dari Jauh Kupohon Maaf

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

=Lagu ini sunnguh syadu, tahun 2009, tahun lepas kan, baru sangat lagi kan. Nak tahu kenapa aku tak dapat pulang beraya? sebabnya En.Hubby terpaksa bekerja. walaupon bukan pada hari raya...tapi tak ada cuti untuk balik beraya, kalau kampung hanya 2-3 jam memang lah aku paksakan diri untuk pulang...tapi makan masa 6-7 jam perjalanan...En.Hubby suruh pulang ke beraya bersama keluarga, tapi dia yang sebenarnya keluarga aku setelah berkahwen, jadi aku membuat keputusan untuk beraya bersamanya di tengah-tengah kota. di Putrajaya...sedih memang sedih, sehari dua sebelum menjelang raya memang air mata menitis, teringat emak abah dan adik-adik yang menanti kepulangan yang tak pasti. dan lagu itu paling aku tak sanggup untuk dengar..kerana setiap kali lagu itu berkumandang, hati aku sebak, air mata mengalir...tak dapat nak tahan...

Syukur al-hamdulillah..raya kali ni InsyaAllah akan beraya bersama keluarga di kampung.... :)

Oklah sekian sahaja N3 untuk tecik tenit tomel Giveaway & Contest "lagu raya imbas kenangan" .

Sekian, terima kasih.

1 peristiwa di bulan Ramadhan

Salam Ramadhan semua...

Tak tau aku bagaimana harus dimulakan cerita, lebih kurang jam 2 pagi tadi pengasuh Rafiq datang rumah...tak tau lama mana dia ketuk pintu umah, aku langsung tak sedar...terasa seperti bermimpi...tapi terjaga selepas ketukan berhenti sebab dengar seperti nama dipanggil. Bila betul bangun pengasuh Rafiq sudah pulang...hati rasa tak sedap...aku cari HP dan hubunginya. Deringan sekali dua saja sudah dijawab. Suara dia sangat merisaukan aku. Rupanya sesuatu berlaku pada suami dia. Aku kejutkan En.Hubby. ajak dia ke rumah pengasuh Rafiq...cepat-cepat En.Hubby siap dan terus ke sana. Di sana, aku nampak suaminya lemah, lesu, nak bercerita tapi suara pula tidak keluar. tapi aku ada sedikit paham dengan cerita dia.

Sebelum ni dia sudah demam 3-4 hari...dan tidak sedap badan sehingga hari ini sudah 10 hari. maknanya dari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan lagi dia sudah tidak sihat. Aku tahu dia tak sihat sebelum ni dari isterinya...tapi aku ingatkan demam biasa...cuaca kan tak menentu sekarang ni. Tapi bila aku hari-hari aku dengar cerita tentang dia tak sihat aku jadi pelik...aku pernah sarankan pada pengasuh Rafiq tu supaya bawa suaminya untuk cuba rawatan kampung. Bukan apa, sudah ke Klinik kerajaan, klinik swasta dan hospital juga...tapi tak dapat kesan sedikit pon apa sakitnya. Jadi bagaimana? Aku rasa rawatan kampung mungkin dapat membantu. itu saranan aku pada hari Isnin yang lepas. Jadinya, hari ini sakit suaminya bertambah teruk...2 hari dia tak boleh tidur, katanya bila dia pejam mata, ada 3 lelaki bertubuh besar dan serba hitam datang kepada dia, diberi tanah kubur, datang mengugut, mengganggu tidurnya. Semalam pula, bila dia nak tidur, datang pula orang-orang yang sudah lama mati kepadanya....tanda apakah itu? Aku bermuhasabah diri sekejap...Di dalam bulan yang mulia ini berlaku perkara yang aku tak jangkakan. Jiwa dia sekarang ni kosong...badan pon kurus kering, baru 10 hari sakit...ada 1 perkara lagi...dia ceritakan kepada aku dan En.Hubby pagi tadi....dia kata dia boleh sembuh, tapi 3 lelaki hitam dan besar itu suruh dia tunggu lagi 7 hari. Sembuh yang bagaimana aku pon tak pasti. Tapi aku dapat lihat dari wajahnya...dia kelihatan seperti takut sekali. En.Hubby bercadang mahu bawa dia berubat pagi ini, tapi kakak kepadanya dah sampai, mereka akan uruskan semua...tak apalah, biar mereka cuba dahulu...aku doakan semoga suaminya segera sembuh dari gangguan itu dan kembali sihat dan bekerja semula.

Lebih kurang 1 jam 1/2 kami di sana...balik rumah sudah 3.30 pagi...sambung tidur...bila jam berbunyi 4.30 pagi tu aku pula yang tak dapat bangun...kepala aku terasa teramat berat, mata juga tak dapat celik. puas aku cuba sehingga jam hampir pukul 5...kepala tetap berat, mata dapat celik sedikit, aku gagahkan diri bangun, masak dan makan apa yang ada...jam 5.30 aku tidur semula kerana tak dapat menahan sakit kepala...sebelum tidur aku makan ubat...moga-moga sakit kepada hilang sebelum bangun pergi kerja....Al-hamdulillah, berkurangan, dan dapat bangun solat dan bersiap pergi kerja. Syukur Al-Hamdulillah kerana memberi aku kekuatan menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

*punch card aku merah hari ni...kuar sudah awal, tapi kesesakan lalulintas membuatkan aku lewat tiba di opis, perjalan yang sepatutnya mengambil masa hanya 10-15 minit, hari ini aku mengambil masa selama 25 minit di atas jalan*

Isnin, Ogos 16, 2010

Blog pon macam puasa

Hmmm....sejak kita berpuasa ni...aku puasa juga, blog aku juga puasa gamaknya...aku jadi malas nak menaip...kira ni N3 macam paksaan...boleh tak macam tu? dalam hati ni bercerita itu ini...kononnya nak cerita semua perkara kat sini...tapi disebabkan puasa, dan rasa mengantuk yang kuat, aku jadi lupa, malas dan sebagainya, tak baikkan puasa ni malas-malas...aku sebenar teramat mengantuk...sudah datang opis untuk kerja...tapi bila mengantuk kena la tidur kan? tapi hari ni baru aku tidur...sebab sudah tak tahan sangat-sangat. dapat pejam mata dalam suku jam pon jadi lah...asalkan tidur...

Dari puasa pertama lagi..aku memang tak pernah tidur siang...tidur aku jam 12 malam dan bangun 4.30 pagi...hanya 4.30 minit sahaja masa aku tidur...mana cukup kan...tapi iutlah rutin harian tidur aku pada tiap kali ramadhan...time aku tak puasa pon itu juga lah masa tidur aku...yer la kan..kalau aku tak bangun, tak sahur lah En.Hubby aku tu. Sian dia nanti.

Dan bermula sahur pertama juga lah Rafiq menjadi peneman aku dan En.Hubby bersahur. Hmmm...macam dia pon nak berpuasa, erm...didik dari sekarang, mana tau nanti sudah besar senang nak bangun sahur kan. hehehe...Rafiq-Rafiq....dan semalam, Rafiq telah memberi HP aku kepada ikan, kononnya nak bagi ikan makan...nasib baik cepat perasan...kalau tidak innalillah la HP aku tu...duit raya budak2 tak dak sebab beli HP baru...alasan pulak dah...hahahah..tapi memang HP aku sekarang sedang bengong..dan dalam proses rawatan...Rafiq-Rafiq...buat mama ni asyik panik manjang. Ini lah kerenah Rafiq yang sungguh menguji jiwa raga. Tapi dia tetap intan, payung, berlian bagi aku. Ratu hati aku...Mama sayang Rafiq.

Khamis, Ogos 12, 2010

Hari ke 2 puasa.

Hari ni umat Islam sudah berpuasa 2 hari...semalam al-hamdulillah puasa berakhir dengan selamatnya...langsung tidak ada perkara-perkara yang buruk berlaku...bukan buruk apa ya...aku langsung tak sakit perut...baik ja perut aku, tak meragam...maklum lah kan...aku ada gastric...x makan ikut masa memang akan mula menggigil dan berpeluh...tak tahan sakit. Manja....wek...

Okay cerita pasal puasa ja kali ni...Sahur hari pertama, aku masak simple2 ja...sebab kalau masak yang entah apa-apa, takutnya tak ada orang yang nak makan, lagi pon aku ber2 dengan En.Hubby saja yang nak makan...jadinya memang betol-betol simple...En.Hubby makan habis sepinggan tak bertambah pon...tapi aku memang sudah isi nasi penuh pinggan. Kira habis nasi tu memang cukup kenyang...

Berbuka pada hari pertama pula...pon simple juga...tapi makan ber3, sebabnya adik aku ada bersama...boring agaknya buka sorang2 di hostel...selesai makan, solat dan bersiap untuk keluar cari lauk pauk untuk simpanan seminggu berpuasa...sepatutnya keluar pergi surau atau masjid untuk bertarawaih...InsyaAllah, aku akan cuba bertarawih...tak dapat di surau/masjid..buat dirumah pon jadi lah kan....?

Hari ni pula..sahur pagi tadi macam biasa lah..lauk semalam...hahaha...sebabnya di bulan ni dan bulan-bulan yang dan dalam Islam juga menegah kita membazir...jadi habiskan semua lauk-pauk yang ada. Syukur al-hamdulillah, belum ada pembaziran dibuat. Semoga Ramadahn ini diberkatiNYA.

Selasa, Ogos 10, 2010

Tak habis-habis dengan sibuk

Erm...minggu ni dan minggu-minggu sebelum ni..memang agak sibuk sikit...sikit je ok. Masih boleh berfesbok...hahaha

Rabu, Ogos 04, 2010

Rafiq....Rafiq....

Ini untuk percubaan..x pernah lagi upload video kat sini...



Kalau dapat tengok syukur lah...kalau tak dapat tengok...aku kena jelajah lagi la nampaknye.....harap-harap dapat lah tengok...video ni menunjukkan Rafiq sedang makan...tapi dalam keadaan yang sangat mengantok...

YOU D'BEST BLOGGER =D

Ye-Ye je kan tajuk n3 ni...sejak bila la aku ni the best blogger...pengunjung pon seciput jer...tak la seperti kawan aku yang bagi award ni...dia memang the best blogger pon...tak lain tak bukan cik Amyna kita ni. Terima kasih banyak-banyak yer Mina bagi along award ni...sungguh terharu lah...hhuhuhuhu



Hmmm...jadi sekarang kena la menjawab soklan pula...dah wajib katanya. Nak tak nak aku kena jawab juga...aku lemah sket bab menjawab soklan..harap sudi lah terima jawapan aku nanti yer....

1. Apa nama blog kamu?
Together And Forever

2. Apa tema blog kamu?
Semua ada...macam-macam cerita family, kisah anak dan aku sendiri, juga menambah rakan baru.

3. Bagi kamu blog tu apa sih?
Blog ni sudah menjadi tempat berdiskusi diantara semua orang...tempat luahan perasaan...juga boleh menambah pendapatan...Online Business.

4. Apa yang kamu cari atau tujuan kamu ngeblog?
Lain macamnye soklan ni....saya cari kawan-kawan lama dan baru...tujuan, mencoretkan segala apa yang berlaku..supaya kelak ada kenangan yang boleh diungkit.

5. Bagikan award dan tag ni kepada 5 orang yang terdekat dengan kamu.
Aduh..susah juga....terdekat tak ramai mana...sbb banyaknye yang jauh...huhuhu...tapi boleh jer bagi sesaper kan....

1-Kak Pnut
2-Kak Yati
3-Kak Ieja
4-MamaAna
5-MamaArshad a.k.a Izzati

Selesai mengetaq..kepada yang di Tag tu harap sudi terima...jawab le bila ade kelapangan masa...

Sekian terima kasih.

Isnin, Ogos 02, 2010

Sudah Ogos

Sedar tak sedar sekarang ni sudah di dalam bulan Ogos...lagi 4 bulan habis tahun 2010. Muncul tahun 2011. Sungguh pantas masa berlalu...memang tak sedar....rasanya banyak perkara belum terlaksana...perancangan pon banyak yang tergendala...masa dibuang dengan sia-sia. Ruginya aku rasa.

Rafiq pon sudah 17 bulan usianya...sudah besar. Sudah banyak ragamnya, sudah pandai minta itu ini, pernah dia minta baby..."Mama nak baby"...kalau korang-korang dengar ayat ni dari mulut anak korang yang masih kecil lagi itu...apa yang korang buat? Aku terdiam sebentar masa tu...En.Hubby sudah tersenyum pandang aku. Siap berkata-kata dengan Rafiq...."Rafiq nak baby ek? kena minta kat mama dulu, kalau mama kata boleh nanti papa yang bagi Rafiq baby." patut tak En.Hubby aku bagitau anak dia macam tu? Rafiq pon apa lagi...asyik mengendeng-ngendeng aku...dah besar rupanya Rafiq...itu 1 lagi perkara yang aku tak sedar...bagi aku Rafiq masih lagi kecil...masih tak mengerti apa-apa..tapi aku silap...Rafiq sudah besar, budak yang bijak, anak yang sangat baik. Senang hati aku melihat dia membesar dengan sihat, cerdas dan cergas. Semoga aku juga terus sihat untuk tidak terlepas dari melihat dia membesar di depan mataku setiap saat. INSYAALLAH.

Semoga tahun 2010 memberi kenangan yang indah dalam hidup aku.

Isnin, Julai 26, 2010

Promosi Istimewa sempena Birthday ALIA

Jom kepada semua peminat CD. Ada promosi hebat di Kedai Deapache . Jemput ramai-ramai ke Kedai Deapache . jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan CD dari kedai Deapache. Sungguh memuaskan hati ibu-ibu. Tapi promosi ini hanya berlangsung dari 25-27 Julai 2010. Siapa cepat dia yang dapat...

Cerita Minggu Ini (22-25 Julai 2010)

Sepanjang tempoh di atas, aktiviti keluarga aku sangat padat. Abah dengan mak aku bertolah dari kampung hari Rabu lagi...tujuan kedatangan mereka adalah kerana menyertai Karnival Usahawan Desa 2010 yang berlangsung di Bukil Jalil selama 4 hari. Dan selama 4 hari itulah aku sekeluarga berulang-alik dari Putrajaya ke Bukit Jalil. Pada hari pertama, En.Hubby tunjukkan jalan pada abah, untuk memudahkan abah ulang-alik dari rumah kemudiannya nanti...akhirnya En.Hubby pon terjebak sekali. Dia juga bantu abah membuat promosi di sana. Aku di tempat kerja tak tahu apa-apa. Petangnya En.Hubby telefon minta aku kesana. Aku sudah bersiap sedia untuk sediakan hidangan makan malam. Lastnya tak jadi...pergi juga aku kesana bawa si Rafiq dan adik lelaki aku...

Hari ke 2:23hb (Jumaat), aku sudah mohon kerja separuh hari, hendak ke Bukit Jalil lepas solat Jumaat dengan En.Hubby hantar makanan untuk mak dengan abah di sana. Kesian,makanan kat sana mahal-mahal belaka, sentisa begitu bila ada karnival atau apa saja yang dibuat di situ. Jadi En.Hubby masak sendiri untuk mertuanya...(Bertuahkan aku punya suami seperti En.Hubby?). Lepas Jumaat kami bertolak ke Bukit Jalil...kesiannya mereka sudah kelaparan. Yer lah kan...lepas Jumaat, kol 3 baru gerak ke sana. Jalan sesak lagi..hampir jam 4 baru sampai...sampai jer sana, terus makan...En.Hubby pulak masak istimewa untuk diorang, En.Hubby masak "Asam pedas ikan merah, Ayam goreng & Sambal ikan bilis petai". Memang berselera diorang makan ditambah lagi dengan kelaparan tahap gaban. Aku sempat pusing-pusing di sana...tapi x keseluruhan kedai pon...banyak sangat kedai yang ada...memang tak cukup 1 hari untuk habiskan kesemuanya. Si Rafiq pon baik saja, main pon yang ok-ok...tak terus sangat aku nak melayan dia. Ada pulak orang yang suka melayan dia..senang aku kat sana.

Hari ke3 (Sabtu): Hari sabtu kami ke pasar borong dulu, beli barang dapur yang hampir kehabisan. Sudahnya pusing-pusing dan sarapan, dan balik rumah sudah jam 11 pagi. Bersiap untuk masak...lupa pulak nak bagi tahu, di pasar borong En.Hubby sibuk cari daging kerbau, dia tahu emak aku (mak mertua) dia tak boleh makan daging lembu. Dia cari jugak daging kerbau habis semua kedai daging dia tanya. Dapat juga sikit lebih kurang 1/2KG. Cukup lah untuk dia buat masak kurma daging. Balik rumah terus operasi memasak...Rafiq tidur, jadi aku yang mula masak dulu...En.Hubby cuci kereta. Selesai aku masak, Rafiq pon bangun...jadinya aku tak boleh terus masak..nanti Rafiq kacau...En.Hubby sambung masak pula...
1 tragedi telah berlaku...selesai En.Hubby masak, aku minta untuk mandi, Rafiq pon sudah cantek, jadi giliran aku pula untuk mandi dan bersiap-siap untuk ke Bukit Jalil...sedang aku mandi, Rafiq yang memang suka main wallet En.Hubby telah menderma RM50 entah kepada siapa di bawah sinun...rumah aku kan tinggi...(En.Hubby dah tahu anaknya begitu, lagi dia biarkan wallet dia merata-rata) lastnya anak itu disalahkan...kesian Rafiq kena marah. Budak kecik kan. manalah tahu duit ke apa...sepanjang perjalanan ke Bukit Jalil kena marah dengan En.Hubby, diam pulak dia bila kena marah, akhirnya dia terlelap...kesian betol.

Hari ke4 (Ahad): Semalam, pergi Bukit Jalil awal sikit sebab buat bihun goreng sahaja. Sebabnya pagi itu aku terlelap...tak cukup tido kan...tiap malam tido selepas jam 12...mana tahan...bangun 6.30 pagi...memamg lelap sampai jam 10. Lastnya bangun masak bihun goreng saja. Siap-siap semua, gerak dari rumah jam 11...kira mak abah tak sempat nak terasa lapar lagi, makanan sudah sampai. Hari last di sana, kami buat keputusan untuk pulang awal...sepatutnya karnival berakhir lewat petang. tapi kami pulang jam 3 petang, sudah tak larat nak menunggu. Kesian dekat mak, hari-hari balik lewat, letih dia seharian di situ. Plan mula nak bawa diorang jalan-jalan...tapi bila badan sudah letih, hari petang pula hujan, masing-masing nak lelapkan mata, akhirnya semua tidur...
Malamnya bawa abah dengan mak pergi rumah sedara abah di puchong, borak punya borak tak sedar sudah hampir jam 12 malam...hujan masih turun...sudahnya sampai rumah hampir pukul 1 pagi...sudah Rafiq tak mahu tidur...ada pulak yang melayan dia pagi-pagi buta...aku terpaksa juga paksa dia tidur...(bahasa malaysia apa ni?) Isnin kalau aku tak kerja boleh lah melayan dia main..tak sanggup aku nak tahan mengantok di opis ni...jadi aku tidur jugak..biar dia main dalam bilik...

Tak sedar pulak aku bila dia tidur, aku sudah tidur mati...tak sedar apa yang berlaku pon....aku sedar pon sedah pagi...itu pon nasib baik En.Hubby kejutkan...kalau tak mungkin aku lambat bangun pagi ni...

Abah dengan mak pon sudah bertolak balik ke Kedah pagi ni, keluar bersama kami semua pagi tadi...semoga abah dengan mak selamat dan dirahmati di dalam perjalanan mereka.

Jumaat, Julai 23, 2010

INFO

e-BIOGREEN



Salam semua...Di sini aku ingin berkongsi sedikit info tentang satu jenis minyak untuk menjimatkan penggunaan minyak kereta kita.

Apa itu e-BIOGREEN?

Ia merupakan produk unik yang dihasilkan melalui proses bio-teknologi yang menawarkan kos penyelesaian yang efektif kepada penggunaan bahan bakar terutama minyak. Ia akan bertindak menukar molekul minyak biasa menjadi lebih efektif dan meningkat kuasa kepada paras paling optimum dengan beberapa kebaikan:-

1- Meningkatkan kebersihan alam sekitar.
2- Meningkatkan kuasa dan prestasi kenderaan.
3- Meningkatkan Kilometer dan penjimatan minyak.
4- Meningkatkan jangka hayat enjin.
5- Mengurangkan kos penyelenggaraan.
6- Mengurangkan gegaran, kebisingan dan suhu.
7- Mengurangkan toksid gas eksos dan
8- Boleh diuraikan.

e-BIOGREEN boleh mereformulasikan semua jenis minyak seperti petrol, diesel, light fuel, heavy fuel (bunker) dan juga bio-diesel.

CARA PENGGUNAAN e-BIOGREEN :-

cara untuk menggunakan ia juga sangat mudah. Hanya perlu memasukkan e-BIOGREEN separuh botol @ 30ml ke dalam tangki minyak dan terus mengisi minyak dengan isian penuh. Minyak dan e-BIOGREEN akan bercampur secara semulajadi ketika kita mengisi minyak. Dengan menggunakan e-BIOGREEN kita dapat menjimatkan penggunaan minyak sebanyak 30% dari biasa.

E-BIOGREEN juga telah diuji oleh:-

USM- UNIVERSITI OF SCIENCE MALAYSIA - Ujian telah dilakukan oleh makmal school of Chemical Science USM, telah menyimpulkan bahawa e-BIOGREEN tidak mengandungi bahan-bahan kimia logam merbahaya dan tiada toksid. Ujian telah dilakukan dengan menggunakan "System Atomic Absorption Spectroscopy (AAS)".

SIRIM QAS INTERNATIONAL-Hasil ujian bahagian kimia SIRIM QAS International menunjukkan e-BIOGREEN tiada berasid dengan PH 7 dan 100% tidak menghasilkan abu semasa pembakaran.

DINOjet (Dynamic Test Systems DYNO)- Ujian DYNO telah dilakukan kepada kereta NISSAN Serena 2.0, Highway Star (Auto) sebelum dan selepas e-BIOGREEN dicampurkan ke dalam minyak. Ujian menunjukkan kuasa kuda meningkat sebanyak 6.5% dan kuasa tork meningkat kepada 5.4%.

PUSPAKOM (Computerised Vehicle Testing Centre)- Ujian pengeluaran asap hitam (opacity) telah dilakukan ke atas kereta jenis KIA Serento Diesel(Euro green enjin) berusia 4 tahun. Sebelum dan selepas e-BIOGREEN dicampurkan ke dalam minyak diesel. Keputusan ujian menunjukkan pengeluaran asap berkurangan 55% selepas 15KM pemanduan.

e-BIOGREEN adalah selamat untuk digunakan dan ia tidak merosakkan enjin atau mesin anda. Ia dilindungi produk tanggungan insuran berjumlah 1.0 juta.

Sekiranya ada yang berminat, bolehlah menghubungi En.Zam di talian (012-2579335-Maxis / 019-2242970 (Celcom)
atau boleh terus menghubunyi saya sendiri di 017-6810560.

Selamat Mencuba... :)

Rabu, Julai 21, 2010

Aku kena DIET

Hujung bulan Jun lepas berat aku 47.5KG, semenjak dua menjak ni...aku rasa sedikit kelainan...kain baju, blouse, seluar jeans, baju n suar kecik...seperti semakin mengecil...eeeee...mana ada benda/pakaian makin mengecil kan??? orang yang semakin membesar...berat aku naik banyak sangat nih...seluar jeans aku yang dulunya kalau nak pakai kena guna tali pinggang, kalau tak boleh turun tanpa buka butang pon, tapi sekarang ni nak kancing pon tak boleh....huhuhuhuhu...aduh laaa...teruk lah macam ni...Blouse biru aku yang cantik itu pon sudah tak muat lagi...semalam aku cuba nak melaram...tapi kecewa sangat-sangat tau...tak boleh nak zip pon...dah macam sarung nangka dibuatnya badan aku ni. Patut lah pon ramai yang tegur aku gemuk..."Kak pnut tolong percaya saya semakin gemuk okay" dalam gambar lain...di luar ni lain...nanti saya pergi rumah akak tunjuk bukti...huhuhuhu...

Mulai minggu ini...aku tinggalkan makan tengahari..sekadar banyakkan minum air putih. Makan biskut jika ada...nasi memang aku tak pandang pon...tapi setiap pagi aku pastikan ambil makanan yang berat...petang balik rumah masak simple-simple, dan jamah sedikit...tapi itu kadang-kadang je aku buat macam tu..selalunya aku la orang yang paling lewat habis makan...kadang-kadang makan sampai tak larat nak bangun...teruk kan cara aku makan...memang patut baju-baju aku sume tak boleh pakai...baju kurung pon tenat jugak...baju dah okay, kain pulak yang tak boleh kancing...tension aku.

Baik aku puasa, berat turun...pahala pon dapat...heheheheh...tekat nih...aku kena diet...aku kena puasa...mesti buat. turunkan sikit saja...asalkan boleh pakai kain baju semua dengan selesa semula.....................tekat nih.

Selasa, Julai 20, 2010

Sambung cerita basi...

Yang keduanya...yang mula tu kan sudah cerita pasal Rafiq...kot ada yang terlepas boleh la scrool saja ke bawah..heheheh...

Cerita ni semalam punya cerita...tidaklah sebasi mana...

Balik kerja petang semalam ingatkan nak berehat saja di rumah...penat kerja kan...mestilah nak berehat...tetiba En.Hubby buat cadangan...bawa Rafiq jalan-jalan pergi taman...sayang sekali...semua gambar Rafiq ada dalam HP En.Hubby, jadi tak dapat lah nak upload di sini...maap la ye kepada yang membaca...sambung cerita okay...En.Hubby bawa aku dengan Rafiq naik motosikal pusing-pusing Putrajaya, lalu tepian tasik...best sangat...Rafiq pon sangat suka...sepanjang perjalanan dia hanya ketawa, tunjuk itu, tunjuk ini...

Bawa Rafiq main di taman, main gelongsor, naik buaian, main jongkang-jongket...bukan Rafiq saja yang main..mama n papa pon turut serta tau...Pandai betol En.Hubby pilih tempat...Hanya kami bertiga..sungguh tenang, tak payah pon nak berebut...huhuhu...tapi dah selesai main...dah penat main itu ini...cadangnya nak balik, sebabnya dah pon hampir maghrib...lagi nak tunggu ka? senja-senja tak elok duduk luar rumah kan...tapi dalam perjalanan pulang...di tapak Floria Putrajaya itu...penuh dengan kenderaan dan orang...mula-mula aku pelik, kenapa masih ramai orang sedangkan tapak khemah semua hendak dikemaskan...rupanya bunga-bunga di situ boleh diambil dan dibawa pulang...bayangkan lah...berapa ribu bunga di situ yang boleh di ambil..tak kan aku yang bawa motosikal pon nak turut sertakan...kenderaan yang ada di situ paling kecil pon si Kancil ja...paling besar Lori 2tan tu...tapi aku dengan En.Hubby bukan lah peminat pada tumbuhan berbunga...dalam tak berminat pon En.Hubby bawa masuk juga...katanya saja mahu melihat gelagat mereka-mereka yang berusaha mengumpul bunga-bunga yang masih elok untuk dibawa balik...sudah alang-alang bawa motosikal...En.Hubby menjelajah sampai ke dalam...tak lah penat nak berjalan kan...TIBA-TIBA...besar perkataan tu...macam suspen je kan??? sebenarnya En.Hubby ternampak sesuatu...En.Hubby nampak tanaman herba...dia memang suka tanaman yang sepeti itu...sebab tu lah walau pon kediaman aku nun tinggi di puncak, rumah aku tetap ada tamanan hijau...ada pokok kari, ada pokok limau purut, ada pandan, ada daun lidah buaya, ada pokok cili, ada pokok-pokok hiasan yang menghijau...dan yang terbaru...pokok daun kesum dan pudina dan daun sirih...pokok kesum, pudina dan sirih itu adalah dari tapak Floria...En.Hubby tak dapat tahan apabila melihat pokok-pokok tersebut...diambilnya juga...erm..akhirnya kami pon dah jadi macam orang ramai yang ada disitu...huhuhuh...tapi berbeza lah sikit...diorang ambil pokok bunga penuh kereta...kami ambil pokok herba...naik motosikal jer pon...orang pon tak perasan...huhuhuhu...memang kelakar pon ada...kata nak tengok saja..tapi....................hikhikhik...lawak betol bila teringat gelagat En.Hubby yang terjumpa dengan pokok herba...macam jumpa harta karun...geli hati aku mengenangkan kisah semalam... :)

Minggu yang sibuk

Minggu yang teramat sibuk telah berlalu...aku tenang sikit sekarang ni...jadinya dapatlah aku merepek kat sini...selalu merepek dan membebel di luar sahaja...sebabnya tak sempat nak jenguk blog pon...kalau dapat jenguk pon hanyalah sekadar melihat dan merayau ke blog-blog yang lain...untuk update memang aku tak punya masa...sibuk kalah menteri...huhuhuhuhu

Hari ini lepas dari segala kesibukan...bukan bererti aku langsung tak ada kerja...cumanya kerja aku tak membebankan aku kali ini..semuanya terkawal, aku pon suka hati..jadi disebabkan dah suka hati aku pon nak lah mengarang cerita-cerita basi...

Pertama sekali cerita tentang hero permata hati aku yang semakin membesar, esok usia hero aku si Rafiq akan genap 17 bulan atau pon setahun 5 bulan...dah besar pon dia. dan macam-macam ragam...cerita paling menarik bulan ini tentang Rafiq...

Hari Sabtu (17 Julai) lebih kurang jam 5.15 pagi, Rafiq merengek, pastu menangis, pastu mengamuk...tak tahu kenapa...aku memang tak boleh tidur dari dengar dia merengek lagi...puas aku tanya kenapa..dia sambung mengangis, lagi aku tanya terus dia mengamuk...semua barang yang ada atas katil diambil dan dilemparnya...aku pujuk dia perlahan-lahan, ajak dia tidur, aku peluk dia, sekali dia kata "nak angun"..tapi aku paksa dia tidur...ngantok sangat tau, masa beransur ke 5.30, dia masih tak mahu tidur...sekejap diam sekejap sambung menangis...letih aku macam ni...hampir jugak aku pon nak mengamuk..tapi sabar...tak nak ikut perangai anak kan...aku pujuk lagi...lama jugak la aktiviti pujuk memujuk berlangsung...sampaikan En.Hubby turut serta...dan keputusanya...En.Hubby suruh aku ikut je apa yang Rafiq nak...Rafiq nak bangun...masa tu sudah jam 5.45 pagi...jadi aku suruh dia bangun...bila aku nak dokong dia, dia tolak, tak mahu aku dokong...ok...aku biar dia bangun sendiri...kemudian dia bangun dan turun dari katil, ajak aku keluar pergi ruang tamu...aku ikut...dia naik duduk di sofa, dan suruh aku onkan TV...aku pon onkan TV, buka cerita kartun...dia dah suka-suka, dah gelak-gelak, dah asyik melayan cerita kartun tu...jadi aku biarkan saja dia...aku yang tak tahan mata ni tidur di sofa lain...akhirnya aku sudah terlajak tidur..lebih kurang jam 8.15 pagi baru aku tersedar...dan korang tau apa yang berlaku??? bila aku sedar, aku terasa badan aku berat seperti ditimpa sesuatu...buka saja mata, aku lihat Rafiq sedang tidur dengan nyenyak sekali di atas dada aku...aduhai lah Rafiq...kenapa lah dia buat feel macam tu??? sungguh menguji emosi aku.

Rabu, Julai 14, 2010

Sibuk sangat...

Minggu ni minggu yang agak sibuk...banyak cerita yang sudah basi...tapi nak jugak aku coretkan kat sini...

Hari Isnin baru-baru ni, bawa Rafiq pergi klinik untuk check up biasa, berat dia adalah naik dalam 600gm...boleh la tu dari tak naik langsung kan...jadinya berat Rafiq sekarang adalah 10.8kg...berat jugak tu anak aku. Rafiq seorang yang sangat pandai berkata-kata, sebutan kata dia jelas dan mudah difahami. Berkat bercakap dengan dia bahasa baku yang tepat dan sebutan yang jelas membuatkan Rafiq mudah ikut. Kadang-kadang ada perkataan baru yang keluar dari mulut dia yang aku tak faham...rupanya dia campur-campur adukkan perkataan...contoh ayat "Buka buku = jadi 'bukaku'" banyak juga ayat yang campur aduk..aku lupa sudah.

alahai...sama tetap jugak tidak mengizinkan aku untuk bercerita panjang...ada kerja yang perlu aku selesaikan...bila ada kelapangan aku cerita lagi...

Pergi dulu...sampai jumpa lagi....

Jumaat, Julai 09, 2010

"Aku GEMUK"?

Ini bukan pengakuan sebenarnya...tapi semalam ada salah sorang dari budak travel agen datang opis dan tegur aku...ayat dia lebih kurang macam ni..."Eh, awak dulukan yang buat flight booking?," aku mengaku lah...dan tak sangka sangat budak tu masih ingat aku, aku pikir mungkin aku tak berubah langsung walau pon lepas berkahwen dan punya anak...heheheh...sekali dia balas balik cakap aku..."awak nampak lain lah...awak nampak gemuk." itu ha ayat dia...dia kata aku gemuk...nak suka ke tak nak ni? hehehehe...tapi aku suka juga sebabnya En.Hubby pon suruh aku makan banyak bagi besar sket...tak lah aku nampak melidi...kata En.Hubby kat aku 3-4 tahun lepas...heheheh...aku tak lah kata aku gemuk, tapi chubby..hikhik..nak perasan juga aku kan-kan-kan...

Balik rumah aku mengadu lah dengan En.Hubby tentang perkara ni...En.Hubby senyum sambil jawab..."OK ape macam ni...tak kurus sangat, tak gemuk sangat...sedang2 je" Aku pon apa lagi...hati pon berbunga-bunga lah....huhuhuhu...dan mulai hari ni...aku akan jaga pemakanan aku dengan lebih terperinci lagi...biar maintain saja macam ni...hikhikhik....(Suka tau...hatiku sedang menyanyi kegirangan)

Khamis, Julai 08, 2010

PELIK TAPI BENAR

Itu adalah satu kenyataan yang akan aku jelaskan tentang En.Hubby. Dulu masa dia kecik-kecik, sukan kegemaranya adalah bola sepak. Masuk sekolah rendah. Dia telah menceburkan diri dalam sukan bola sepak, dan meneruskan sukan yang diminatinya sehingga ke sekolah menengah dan sambung lagi ke EDTECH, dan sambung lagi apabila berkhidmat dengan PDRM sekarang ni. Tapi tak lama pon, setelah berat badan naik dan tak turun-turun, dia berhenti bermain bola sepak. Tapi disebabkan kat rumah ada channel sport makanya minat dia tak akan pudar...

Tapi nak dikongsikan kat sini, dulunya En.Hubby memang seorang pemain yang hebat juga. Aku pernah mengandaikan bahawa En.Hubby tak akan meninggalkan sukan yang diminatinya itu...yer la...dari zaman bujang kami, sehingga berkahwin dah berapa kali aku dibawa bersama ke Stadium Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan bola sepak secara langsung...telah aku mengandung 6 ke 7 bulan macam tu pon masih dibawanya aku ke Stadium Bukit Jalil tuh, nak tinggal aku sorang-sorang tak sampai hati kan...tapi sampai hati juga En.Hubby bawa aku tempat yang sesak tu walau pon dia tahu aku tak boleh berada di tempat yang macam tu...En.Hubby dulunya sanggup bangun 1-2 pagi untuk tidak terlepas menonton bola sepak...walau pon negara mana lawan pon dia tak kisah...asalkan tak miss tengok...

Tapi sangkaan aku meleset...FIFA...World Cup kali ini...dia tak seperti yang aku tahu sebelum ni...sebelum menjelang World Cup ni...aku sudah mula risau...yer lah...aku takut masa tidur aku diganggu...dengar orang menjerit bila bola berjaya menembusi gawang lawan...itu yang aku fobia..huhuhuhu....tapi sebaliknya...selama adanya World Cup, aku mampu tidur lena, En.Hubby juga sentiasa tidur pada waktunya dan bangun seperti biasa, tak pernah bangun 1-2 pagi untuk menonton bola sepak lagi. Aku pelik tau...bukan apa...dulu dia pernah berpesan dan bercakap dengan aku supaya aku terima minatnya. Kalau World Cup lepas kawen nanti, jangan halang dia, bagi dia peluang puas-puas nonton World Cup...tapi sekarang ni, tak de apa pon...dia pon relaks ja...tengok world cup pon relaks2 saja...x dak la nak menjerit bagai lagi dah...aku nak tengok reaksi En.Hubby untuk Final World Cup ni macam mana....???????????????

Selasa, Julai 06, 2010

Ulcer lagi...

Betol kata kak yati, ulcer ni kalau dah mula jadi...akan jadi lagi dan lagi dan lagi...baru saja baik dari ulcer yang jahat tu...yang buat aku tak boleh makan dan berat badan aku turun dengan cepatnya...geram betol aku dekat ulcer ni...sekarang sudah jadi balik..tapi diperingkat permulaan, ubat yang lepas pon belum habis jadi aku dapat rawat dengan cepat....tapi dalam baru-baru jadi pon, ia tetap rasa sakit...tapi aku masih boleh makan...harap-harap ia tak berlanjutan seperti yang sebelum ni. Sejak jadi ulcer yang lepas...berat aku langsung tak naik-naik...walau pon selera makan aku macam gorila...lepas makan, makan lagi, dan lagi dan lagi...dari makanan berat ke makanan ringan...tapi tak naik juga. Fuhhhh....susah jugak nak naikkan berat badan kan???

Isnin, Julai 05, 2010

Bosan sket hari ni...

Hari Isnin, selalu sangat terasa bosan tiap-tiap hari Isnin, agaknya bila sudah cuti 2 hari (Sabtu dan Ahad) hari Isnin menjadi hari paling malas nak buat apa pon termasuk lah pergi kerja...kalau di rumah pon asyik terbongkang je...semalam aktiviti penuh...bukan pelbagai aktiviti tau...tapi hanya ada 2 aktiviti saja...masak sebab keluarga mak cik EN.Hubby datang sebabnya MIL datang/sampai malam sabtu baru ni. Lepas makan, dan selesai solat Zohor, kami bersiap untuk pergi melawat/ hantar sekali MIL ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) melawat SIL yang sulong di sana.

Sebenarnya aku letih sangat kelmarin...bangun awal pagi siapkan sarapan, MIL kan ada, tak kan aku nak membuta sampai matahari tegak pulak kan...tapi itu bukan lah rutin aku tiap cuti hujung minggu pon..cuma kadang-kadang aku terlelap seketika waktu je. Sudah bangun siapkan sarapan dan sarapan bersama MIL, aku sambung buat kerja di dapur, MIL memang tak senang tengok aku sorang-sorang buat kerja. Keras dan tegas nak buat sama...dan puas aku melarang...orang tua ni tak boleh larang kan, perkara dah menjadi kerja harian dia...susah nak tinggal...aku suruh dia duduk saje...biar aku masak sorang, tapi dia tak boleh nak duduk saja...sampai En.Hubby balik baru lah MIL aku duduk diam...itu pon berkali-kali dia tanya nak tolong apa-apa tak?...aku pesan dengan En.Hubby minta maknya duduk main dengan Rafiq sudah lah...sudah datang jauh-jauh, nak memasak pulak untuk kami...mana boleh kan-kan-kan?....nanti apa pulak orang kata aku kan-kan-kan? Tapi MIL dah ikut SIL balik rumah SIL. Esok lusa mungkin SIL aku sorang lagi akan turun KL. Makanya En.Hubby kena turun KL jgk...Aku bukan apa, cukup bosan masuk KL, Aku sanggup biar diorang datang rumah lagi...biar aku di rumah je...tak yah kuar mana-mana...letih kuar ni. dah dapat letih bajet pon akan berkurangan...bukan kedekut tau...tapi perancangan kena betol..kalo tak belum gaji dah kena ikat perut...al-maklumlah...baru saja balik kampung hari gaji baru ni...boleh tenat tau kalau belanja tak ikut bajet.

Semalam balik rumah melayan pula 2-3 orang tetamu yang datang rumah...hampir jam 11 malam juga rumah baru kosong...aku memang sudah letih sangat...kemas dapor dan ajak Rafiq tidur...elok je Rafiq tidur aku mandi dan solat, terasa segar badan dan lena aku pon nyenyakkkkk...Al-hamdulillah.

Khamis, Julai 01, 2010

P.E.N.I.N.G

Kompom aku kena gelak kalau kak mi & kak roy baca N3 ni...dari aku mula-mula masuk kerja sampai sekarang, dah 7 tahun lebih, perkataan "pening" ni susah nak hilang dari bibir aku...bukan sengaja sebut tau...tapi memang pening betol-betol...memang aku selalu je pening...mungkin sebab tekanan darah aku rendah...mungkin sebab aku banyak mengadap pc...mungkin aku banyak fikit...ehhhh! berapa banyak mungkin dah ni..tapi yang pasti memang aku sedang pening...tak pe lah..kak mi dengan kak roy nak gelak pon gelak lah...huhuhuhuhu

Ada 1 lagi kemungkinan...em, mungkin sebab aku tak cukup tidur semalam...yer lah aku terjaga lebih kurang 4.30 pagi...lepas terjaga tu aku langsung tak boleh lelap...asyik pandang Rafiq dan En.Hubby yang sedang nyenyak...tapi aku juga yang tak lelap-lelap. Aku terbaring sampai pagi. Bangun mandi, solat, dan siap-siap untuk pergi kerja. Sampai opis apa lagi...sudah mengadap pc, bertambah la pening aku ni...sekarang ni pon mengadap pc lagi...tak baik-baik jugak lah pening aku...

Ok lah..cukup...aku nak pergi cari tempat untuk merehatkan mata aku sekejap...harap-harap hilang sikit pening nih.

Rabu, Jun 30, 2010

Letih sangat (x tau kenapa)

Sejak balik dari kampung halamanku nun jauh di utara(ceq ni oghang kedah no). Badan ni terasa sangatlah letih...walau pon dah cuba cukupkan tidur. Tapi badan tetap rasa letih. Semalam sudah pergi klinik, nak ambil ubat jer pon...tapi mengadu lah juga sikit-sikit pada jururawat yang rawat aku tentang keletihan aku ni...sekali dia jawap ape korang tahu? "badan kurus macam ni pon boleh selalu letih ke? kalau orang badan besar macam saya ni memang la patut kerap terasa letih". Eh...bentuk badan pon boleh ambil kira ek? Letih ni bukan serang sapa saja ka? Lepas tu jururawat nasihatkan aku, suruh aku ambil makanan yang sihat-sihat. Banyakkan makan sayur-sayuran. tapi semua tu memang aku makan. sayur, buah, roti, biskut, kuih...semua la...aku hantam sajork apa yang aku boleh makan. Tapi sampai sekarang ni badan aku masih terasa letih. Hmmm...kena berehat puas-puas la cuti nanti...harap-harap rasa letih ni kurang kalau pon tak hilan 100%...dapat kurang pon jadi lah...kalau hilang terus al-hamdulillah.

Isnin, Jun 28, 2010

X PUAS

Balik kampung hanya 4 hari...memang langsung tak puas...dulu masa zaman bujang 4 haru tu cukup aje..tapi sejak sudah berkahwen dan punya keluarga, 4 hari terasa tersangatlah singkat. 2 hari di rumah En.Hubby dan 2 hari di rumah aku. tak terasa apa pon...hari-hari berlalu tanpa sedar. tup-tup sudah perlu bersiap untuk pulang ke kota raya.

Cumanya apa yang best dapat berehan di kampung...walau pon badan belum hilang rasa letih memandu, dapat berehat di kampung yang nyaman terasa sedikit kepuasan. Rafiq pon sangat terhibur di kampung...cuma kejadian pelik yang berlaku pada Rafiq sepanjang di kampung...tepat jam 2.00 pagi, Rafiq mesti menangis teresak-esak. tak kira di rumah En.Hubby atau pon rumah aku....asal tepat saja jam 2.00 pagi, semua orang akan mendengar suara tangisan Rafiq...aku ni lagi lah kan..sebab Rafiq tidur dalam pelukan aku...aku dengan En.Hubby masing-masing tertanya-tanya tentang hal ini...pelik kan? lepas malam pertama rafiq menangis, aku buat tak kisah, tapi malam ke-3 tepat jam 2.00 dia mula merengek dan menangis aku pon mula sedari sesuatu...tapi mintak simpang apa yang aku rasa itu tak betol...malam terakhir, aku sedar sebelum jam 2.00 pagi, bersedia untuk tunggu dan lihat keadaan Rafiq...tepat jam 2.00 pagi dia mula merengek dan menangis...tapi disebabkan aku bersedia lebih awal...Rafiq hanya menangis sekejap saja, dan kembali tidur seperti biasa. Tapi peristiwa tu tetap menjadi persoalan aku hingga sekarang ni.

*Semalam kami bertolak balik ke kota jam 6.30 pm...mula perjalan En.Hubby memandu sampai di Gurun. Dari Gurun kami tukar giliran memandu. Patutnya aku memandu sampai Bukit Gantang, Kononnya tukar pemandu. Tapi En.Hubby terasa tidak sihat...harusnya aku yang memandu sampai aku tidak tahan mengantok...sampai di R&R Rawang, aku mintak En.Hubby sambung, aku tak sanggup sudah, mata sudah tak mampu nak celik luas-luas. nasib baik juga En.Hubby sudah okay...dapat aku berehat seketika...tapi hampir 5 jam aku memandu...sungguh letih...lebih jam 1 pagi sampai rumah kerana singgah flat hijau anta barang anak jiran sekampung aku...sudah sampai rumah aku siap itu ini, buat itu ini...tup-tup dah dekat 2 pagi...nasib baik Rafiq tak buat perangai masa tu. Dapat aku tidur dengan lenanya...tapi aduhai lah...sakit belakang lah pulak...tidur pon tak puas...pagi ni bangun jam 6.45 pagi...teruk betol kalau balik kampung...mesti aku yang letih lebih dari semua orang...fuhhh!!!!!!

Rabu, Jun 23, 2010

Menghitung hari....

Orang nak kawen jer yang selalu berdebar menghitung hari kan..kan..kan..hehehhe aku yang nak balik kampung ni pon menghitung hari jugak tau...dari hari ke jam ke minit dan, tunggu apa lagi kan? balik la..lagi nak tunggu ke kan? aku memang tak sabar dah ni..kalau ikutkan rancangan awal malam ni memang nak bertolak balik kampung..tapi cuti aku mula 25 ni...nampaknya esok aku masih di cyberjaya dan putrajaya lagi...hmmm, sungguh aku tak sabar. teruk sangat kan...macam la tak pernah balik kampung...bukan macam tu...aku sangat lah teruja bab-bab balik kampung ni...sebab bukan selalu balik kampung..aku tengok member-member kerap sangat balik kampung, boleh bikin aku tersangatlah cemburukan mereka...tapi apakan daya aku kan...kampungku bukan dekat. aku terima hakikat...

Jom...berangan lagi balik kampung... :)

Selasa, Jun 22, 2010

Mood balik kampung...

Minggu ni rasa seperti tidak sabar je. Semua perkara nak dibuat dan diselesaikan dengan segera. Nak balik kampung je pon...bukan nak pergi bercuti jauh-jauh pon. Tapi nak balik kampung aku tu pon bukannya dekat... jauh jugak tu. 6 jam perjalanan jugak baru sampai. Sakit jugak la pinggang dengan belakang akibat duduk saja dan memandu. Hmmm...tapi walau pon hanya balik kampung, itu lah perkara yang paling aku suka. setahun dalam 6 hingga 8 kali aku balik kampung, tahun ni baru 3 kali aku balik kampung termasuk yang akan datang ni. Aku kira-kira tahun ni lah paling kurang aku balik kampung, dalam 5 kali macam tu. Apalah nasib anak perantau kan...bukan susah nak balik, cumanya cuti tak mencukupi, asyik ambil cuti jaga anak je yang banyaknya. Aku tak berkira cuti jaga anak ni..cumanya cuti aku bukanlah banyak mana pon...sekurang-kurangnya cuti yang aku dapat setahun itu dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Cerita pasal cuti lak pulak aku ni kan....

Sebenarnya sekarang ni pon aku sudah terbayangkan kampung halaman, rindu sangat pada semua, tak sabar nak balik, dapat berehat dan bersantai di kampung adalah satu nikmat yang tidak terkata...sungguh nyaman di kampung, tidak seperti di kota raya ini...Putrajaya...walau pon sunyi, sepi, tapi tak ada kokokan ayam, tak ada siulan burung, tak dengar suara kanak-kanak bermain permainan kampung...hanya di kampung yang ada semua tu.

Hmmm...sekarang kalau tak salah aku, musim buah di kampung...durian mesti banyak, di belakang rumah aku adalah dalam 5-6 pokok durian, mesti sudah berbuah...selalunya rezeki cik tupai, kami sekeluarga dapat rasa seorang seulas dua...itu pon kalau ada rezeki keluarga aku...seronok sangat balik kampung musim buah, aku berani potong jari kalau balik Putrajaya nanti kereta aku penuh dengan pelbagai buah. (kalau la musim buah kan)

Ok lah...aku nak sambung berangan nih...tak sabar nak balik kampung kan.... :)

Khamis, Jun 17, 2010

Cerita tentang semalam...

Sepanjang bermula cuti sekolah, rafiq memang di rumah, BS kan cuti, jadinya adik aku datang dari kampung tolong jagakan rafiq. Jadi bila pulang dari kerja aku terus balik rumah. Tapi semalam rafiq sudah dihantar ke rumah BS,jadi balik dari kerja terus ambil rafiq di rumah BS. Rafiq ok, budak baik kan (insyaAllah) langsung tak buat perangai, mungkin dia tahu Umi dia tak sihat...dia pon buat hal sendiri...itu cerita BS rafiq pada aku...

Bila balik rumah Rafiq terus menuju ke dalam bilik adik, dengar suara dia seperti memanggil-manggil, dia cari mak-mak sedara dia? yer lah...seminggu lebih dia bersama diorang...mesti dia rindukan budak-budak tu. Rafiq keluar bilik datang peluk aku sambil tunjuk arah bilik dan berkata-kata bahasa yang aku tak paham..mungkin dia tanya kemana mak2 sedara dia pergi. Masa aku hantar adik-adik aku naik bas, Rafiq tidur, elok saja diorang dah naik bas baru Rafiq bangun. Tapi aku sudah bagitau dia yang mak su dengan mak Chaq dah naik bas tu, dah balik kampung. Muka dia sedih sangat. Aku pulak yang sensitif masa tu. Semalam aku bagitau Rafiq lagi yang mak su dengan mak chaqnya sudah ada di kampung.

Nampaknya aku kena balik kampung juga, tunggu En.Hubby selesaikan kursus dulu. Aku pon kena lah selesaikan kerja yang kebanyakkan penting di opis ni dulu. Kalau tidak susah aku nak balik kampung.....(sebenarnya memang tak sabar nak balik kampung, dari minggu lepas lg dah bincang dengan En.Hubby, ajak dia pulang ke kampung lebih awal...tapi En.Hubby tak dapat elak dari kursus...aku dah rindu sangat dah dengan semua orang di kampung nun....)

Rabu, Jun 16, 2010

Ulcer

Sudah 4 hari aku jadi ulcer dalam bibir atas...sungguh sakit, sekian lama ulcer tak singgah aku lupa rasa sakitnya...sungguh aku tak tahan...malam kelmarin aku hanya dapat makan bubur...kalau dapat makan nasi pon, hanya 3-4 suap jer...lebihnya aku hanya minum air. Badan pon sudah terasa susut...Nak naik punya la bertahun, nak turun cukup lah tak makan sehari...susahnya lah nak naikkan berat badan ni...ulcer ni lah punya pasal yang menyebabkan berat badan aku sudah turun merudum...benci ulcer....................................................................

Sudahlah ubatnya susah nak cari kt Putrajaya ni...B*nj*l* memang aku sudah bosan dengan ubat itu...langsung x mujarab. kat mana ada kedai ubat cina yang berdekatan? En.Hubby ada belikan ubat semalam...tapi bukanlah seperti yang aku minta...tapi aku pakai juga la...nanti merajuk lak dia, penat juga pergi cari ubat untuk aku, tak kan aku tak nak guna pula kan...guna juga la....yang pasti aku tak puas hati dengan ubat yang En.Hubby beli...tak berkesan jugak...

Bila la agaknya boleh dapat ubat yang sebetulnya?

Selasa, Jun 15, 2010

Hari ni kurang happy

Sebenarnya malam ni adik-adik aku sudah mahu pulang ke kampung, rumah aku akan kembali sunyi lepas ni...adik aku yang kerja IQRAM pon akan tinggal di hostel tempat dia bekerja..tinggal adik aku yang kerja kat Alamanda ja. Tapi rumah aku mesti sunyi...kalau riuh pon hanya suara Rafiq...syukur ada Rafiq, penyeri rumah tangga aku dengan En.Hubby.

Semalam sangat lah letih, balik kerja terus ambil adik-adik pergi cari tiket bas. Nasib baik semalam punya tiket sudah habis...memang aku sengaja lewat ambil tiket diorang...aku harap diorang lama lagi kat sini...aku senang dengan diorang, ramai-ramai meriah kan...meriah yang aku suka...ada meriah yang mendatangkan kerimasan kan...tapi diorang ni lain...aku happy jer hari-hari dengan diorang ni.

Tapi malam ni diorang dah nak balik, lepas ni Rafiq la yang terpaksa meriahkan suasana di rumah...

Hmmm...cerita pasal Rafiq, 2-3 hari ni Rafiq lain sangat, dia sangat manja dengan adik-adik aku tu...dia macam tahu saja diorang dah nak balik. Langsung tak ada buat perangai lagi...baik sangat dengan diorang. Asyik berkepit saja dengan diorang...dengan aku jarang sangat..masa tidur saja dengan aku...harap-harap bila diorang balik dia tak buat perangai...dia budak baik. aku tahu itu...

Isnin, Jun 14, 2010

Kesibukan melanda...

Sepanjang cuti minggu ni aktiviti agak penuh. Sampaikan banyak perkara yang sedia dirancang tak menjadi. Hari ni kena juga buat perkara yang tergendala sebelum ni. Kalau tidak, adik-adik aku tak balik kampung. Kesian adik bongsu aku tu...hari-hari tanya bila aku nak ambil tiket, dia dah tak sabar nak balik kampung, rindu kan mak abah la tu...Kalau ikutkan hati aku ini, nak ja balik dengan diorang, tapi En.Hubby dilanda kesibukan yang melampau. Semalam dia terpaksa kerja sebabnya peserta kursus lapor diri semalam. Tapi tak kan lah lapor diri sampai tengah malam kan? tapi itulah kerja En.Hubby aku. Kalau ada kursus, memang macam tu lah dia. Keluar rumah sebelum jam 7, balik rumah hampir 12 malam. itu kalau buat kerja biasa, selalunya kerja luar biasa, pernah kerja balik jam 5 pagi...semata-mata nak selesaikan semua kerja sebelum esoknya. dia memang seorang yang tidak suka tangguh kerja. Kalau tak sempat habis di pejabat. Kerja tu akan dia bawa ke rumah...aku lah mangsanya...aku sanggup je...kesiankan dia, dari pejabat sampai ke rumah tak berhenti kerja....(cakap macam aku ni tak ada kerja saja kan?)

Semalam cikgu Narimah datang rumah, dari hari khamis minggu lepas lagi dah calling-calling nak jumpa aku dengan En.Hubby juga2..tapi kita hanya merancang, banyak perkara yang dirancang tak jadi. Jadinya dia datang rumah aku...senang cerita...jadinya pagi-pagi ahad kelmarin, aku dengan En.hubby keluar ke Pasar Borong Selangor, beli lauk pauk untuk minggu ni. Balik rumah siapkan apa yang patut. Dan Cikgu pon sampai...(Cikgu ni dulu pernah bagi mak aku jaga anak dia...anak dia dah jadi anak susuan mak aku-anak dia jadi adik aku juga la-jadinya cikgu ni sangat rapat dengan keluarga aku)

Berbalik kepada cerita tadi...aku sibuk memasak di bantu oleh Ct(bakal adik ipar aku ni-InsyaAllah) nasib baik Ct bantu...kalau tidak 2-3 jam juga la aku memasak. Menu yang dirancang hanyalah 2-3 mata saja. Tapi tup-tap-tup-tap jadi 4-5 mata. penuh meja dengan lauk pauk yang tidak disangka-sangka. Menu semalam untuk tetamu kami (Asam pedas Ikan merah, Sambal Udang, Kerang rebus, Ulam raja& timun, sambal tempoyak, ikan goreng). Yang best sangat cikgu makan bertambah-tambah sampai 4 kali. Itu dalam kekenyangan tu...kalau lapar macam mana la agaknya. Seronok bila orang suka makan makanan yang kita masak kan...rasa apa yang kita buat tu tak sia-sia. Aku pula yang jenis yang pandai masak....boleh masak gitu-gitu je pon...dapat juga bagi kepuasan pada tetamu aku...

(sekarang ni aku sedang teringatkan asam pedas ikan merah...sedap juga...hehehhe)

Jumaat, Jun 11, 2010

Adikku sudah mahu pulang...

Adik aku sudah mahu pulang...kalau boleh esok dia dah nak balik Kedah, tapi aku tahan dulu sebabnya aku nak belikan dia sesuatu. Dia pon setuju, tapi dalam setuju pon dia masih berfikir-fikir juga, katanya dah tak tahan tanggung rindu pada mak dan abah. Dia kesian mak dengan abah sunyi adik tak ada. Sebab adiklah paling bising di rumah. Mak dengan abah pon hari-hari rindu adik...hari-hari telefon adik. Dapat cakap dengan adik, dapat juga lah bercakap dengan cucu kesayangan si Rafiq tu.

Kalau ikutkan hati ni nak saja aku balik kampung hantar adik...kesian biar diorang balik dengan bas...walaupon berdua aku masih risau. Di sini tak sama keadaan di kampung sana. Sayang sekali, En.Hubby tak dapat cuti kerana ada kursus akan masuk pada hari Ahad ini...hari Ahad ni En.Hubby terpaksa bekerja. Jadinya adik aku terpaksa juga tangguh untuk balik kampung. Malam ni aku akan pergi cari tiket untuk diorang...sedih pula aku nak biarkan diorang balik...dengan adanya diorang di rumah, suasana meriah sangat...hari-hari riuh dengan gelak ketawa...Rafiq bukan main suka. Kalau diorang balik...macam mana lah agaknya lepas ni kan???

BS Rafiq sudah ada di sini..tapi aku tak pasti keadaan dia...sekarang ni dia berbadan dua...dapat ke dia jaga Rafiq lagi? Nanti malam pergi rumah dia lah.....

Selasa, Jun 08, 2010

Hati senang...

Salam selasa...

Hati rasa tenang dan senang walau pon masa nak keluar pergi kerja pagi tadi Rafiq meraung mahu ikut...selalu aku siap-siap nak pergi kerja, dia belum bangun tidur. sekarang ni dia mudah betol bangun pagi...aku selesai siap dia pon siap bangun. Dah tengok aku cantik jer kan...(wah...perasan betol nih-yer lah kan...dah siap nak pergi kerja kan...mesti lah kemas can cantik...tol tak?) dia pon tergedik-gedik bangun nak ikut...menangis lah dia bila aku keluar pintu...tapi apa nak buat kan..terpaksa juga lah aku teruskan...kalau aku layan dia lagi lah meraung dia nanti...

tapi dalam hati ni sedih wooo...dengar anak menangis kan....?tapi dalam sedih ni aku bersyukur kerana adik dan siti sudi datang jaga Rafiq di kala BS bercuti balik kampung. Aku sangat berterima kasih pada Siti...dia sudi jaga Rafiq...nak harap adik aku yang bongsu tu?dia tau mengusik adalah...biasalah budak lagi kan...tapi aku harap dia dapat belajar dengan Siti, dapat timba pengalaman menjaga budak kecil macam Rafiq yang sangat banyak akal...

Oklah...b'fast time....jumpa lagi esok-esok...daaa

Khamis, Jun 03, 2010

Khamis....esok Jumaat.

Tak ada mood sebenarnya...sebabnya masih mengantuk..yer lah pagi-pagi dah menaipkan... Cepat betol masa berlalu kan? sudah Khamis hari ni... Jumaat esok adik aku yang bongsu akan bertolak ke sini bersama buah hati adik aku yang lelaki yang tinggal dengan aku sekarang ni. Tujuan kedatangan diorang bukan lah saja-saja nak bercuti...tapi atas permintaan aku. Al-maklumlah kan, BS Rafiq minta cuti lima (5) hari pada minggu pertama cuti sekolah. Cuti aku tinggal lapan (8) hari saja lagi...sebab tinggal lapan hari? sebab BS selalu minta cuti dan cuti jaga Rafiq di kala dia demam. Adakalanya aku manfaatkan cuti dengan balik kampung atau pergi kemana-mana untuk mengisi masa yang terluang. Tapi tak selalu...sebab selalunya memang habiskan masa di rumah bermain dengan Rafiq.

Kedatangan adik aku itu adalah bertujuan menjaga Rafiq untuk seminggu pertama cuti sekolah tu...minggu ke dua aku akan hantar semula Rafiq ke rumah BS. Cian jgk adik2 aku tu...terpaksa datang jauh-jauh sebab nak tolong aku jaga Rafiq...bertuah aku kan punya adik yang memahami...tapi tak semua...ada yang buat kepala aku pusing...tapi biarkan lah...aku malas nak pikirkan dia...

Esok lepas kerja adik aku sampai..meriah la rumah aku minggu depan...x sabar tunggu esok. (^_^)

Selasa, Jun 01, 2010

1 Jun 2010

Hari dah 1 Jun 2010, hampir setengah tahun sudah kita lalui tahun 2010 ni. Terasa kitaran masa berlalu sangat pantas. Dari malam menanti pagi, tidak terasa apa, tidur pon tak sempat nak mimpi indah, inikan lagi mimpi ngeri..(elakkanlah..hehehe. Tidur pon tak terasa, seperti baru pejam mata hari sudah pagi...sungguh tidak puas...Dari pagi menanti petang masa meninggalkan kita dengan sekelip kerlipan saja...kerja yang dijalankan pon separuh siap. Tapi ramai yang suka, sebabnya cepat balik, cepat-cepat nak keluar dari pejabat...nak balik rumah, nak pergi situ, nak pergi sana...macam-macam la agenda lepas kerja...Dari petang mananti malam lagi lah tiada rasa masa yang terbuang. Sungguh padat walaupon dengan 1 atau 2 aktiviti...

Paling terasa dalam membesarkan hero aku Rafiq, sungguh mudah,tapi penuh dengan dugaan dan cabaran. Aku bersyukur Rafiq seorang anak yang mudah dijaga. Aku harap Rafiq membesar menjadi anak yang soleh, yang mendengar kata orang tua, mengikut perbuatan yang baik dan meninggalkan perkara yang dilarang. Semoga Rafiq membesar dengan sihat dan sempurna, bijak dan berbudi pekerti yang tinggi,menghormati orang tua dan sesiapa yang sepatutnya dihormati, menjadi harapan keluarga.

Isnin, Mei 31, 2010

~M-A-LA-S~

Merujuk kepada tajuk di atas...hari ni terasa diri tersangat malas untuk buat apa saja..termasuk la menulis N3 ini...bukan apa, sebabnya dah 4 hari tak mengadap PC... dan 4 hari aku cuti termasuk sabtu-ahad yer...sebabnya aku bercuti?...Rafiq demam panas mengejut...tak tidur aku malam khamis tu sebab tetiba suhu badan Rafiq tinggi. Aku jadi kalut dan tak tidur, walaupon Rafiq tidur nyenyak sangat. Sepanjang malam aku berjaga lihatkan keadaan Rafiq yang sekejap-sekejap asyik terkejut. Nak kejutkan En.Hubby, nampak macam tidur MATI...tau-tau sendiri lah macam mana gayanya orang tidur MATI tu...jadinya hari khamis tu aku sudah bercuti jaga Rafiq.

Pagi-pagi khamis lagi aku sudah bangun mandi, memang tak ada mood nak buat sarapan, sebabnya tak sabar nak pergi klinik untuk check keadaan Rafiq. En.Hubby pon aku kacau suruh bangun siap-siap bawa Rafiq pergi klinik...En.Hubby terpaksa masuk kerja lewat...

Hmmm...sampai klinik doktor masih cakap suhu badan Rafiq tinggi...Rafiq mungkin demam panas...aku dah mula risau dengar kenyataan doktor...yer lah kan..demam mengejut. elok-elok saja dia sehari sebelum tu...tetiba masa dia tidur badan dia terus panas...lepas tu bangun pagi terus muntah-muntah...asal isi saja perut mesti semua kuar semula...muntahnya sampai hampir 5kali sebelum kuar rumah...doktor bagi ubat tahan muntah ikut bontot...

Lepas selesai Rafiq di rawat...aku temankan En.Hubby pergi beli barang keperluan kerjanya...Rafiq pon ikut sama sebabnya aku tak sanggup dia biarkan Rafiq dengan BS. Biar lah aku jaga Rafiq sendiri...Syukur al-hamdulillah...Rafiq beransur sembuh...cumanya lepas dia baik dari demam keluar pula bintik-binti merah di seluruh badan terumata di bahagian tangan dan kaki. Mula-mula aku dengan En.Hubby pikir mungkin campak...bawa lagi Rafiq pergi klinik pada hari sabtunya...nasib baik jugak klinik gomen buka pada hari sabtu...dapat juga rawatan kat situ...dah jumpa doktor aku tanya semua yang aku keliru tentang penyakit Rafiq...syukurlah bukan yang serius...cumanya bintik-bintik yang naik di badan Rafiq adalah disebabkan demam panas yang mengejut...badan Rafiq tak tahan dengan suhu panas, jadi bintik-bintik tu keluar selepas demam....cian Rafiq...elok saja baik demam, sudah naik bintik-bintik di badan...sabar je la kan...

Rafiq-Rafiq, anak haro aku yang tersayang.

Isnin, Mei 24, 2010

Lagi bertambah Happy...

Best sangat semalam...En.Hubby masakkan Gulai Udang Campur Rabung. Sedapnye lah gulai udang campur rebung tu. Walau pon hanya guna udang harimau jer pon. Tetap rasa manis udang di dalam gulai tersebut....saksikanlah gambar gulau udang tersebut yer...malas nak bercerita panjang lah...


masih di dalam kuali....sleeerrrpppp



Sudah masuk dalam mangkuk....fuuuhhh!!!! x sabar dah nak makan masa nih....tengok udang yang cantik tu membuatkan aku tidak sabar untuk makan.







Seterusnya cerita Rafiq...sepanjang cuti hari minggu ni..aku gunakan peluang yang ada bermain dengan Rafiq...Rafiq kurang tidur sekarang nih. Banyak masa dia bermain dan aku lah peneman dia bermain...yang paling aku seronok sambil-sambil bermain aku akan ajar dia sebut dan ajar dia mengenal benda-benda yang dia main...al-hamdulillah sangat positif. Dia ikut apa yang aku sebut, dan akan ulang sebut bila dia bermain dengan barang tersebut, dan apa yang membanggakan, dia sangat mudah mengenal benda.
Layan jer lah gambar-gambar dia ni...aku tak pandai nak edit-edit gambar...jadi terpaksa lah upload satu-satu...layan jer lah yer semua.

Semoga dia menjadi anak yang soleh, mendengar kata, taat ibu-bapa, taat perintah tuhan. InsyaAllah.








Dia tak suka pakai baju...nak jadi seksi jugak la tu macam En.Hubby.







Suka main dengan ikan...dalam 1 hari, masanya banyak dihabiskan dengan melihat ikan-ikan di dalam akuarium.






Itu sahaja untuk N3 ini...sambung esok kalau ada cerita terbaru yer kalian.

Jumaat, Mei 21, 2010

Hari-hari Happy...

Semua orang nak hidup seharian ceria saja kan...?Aku juga mengharapkan hidup aku happy jer hari-hari...kalau ada gaduh-gaduh pon yang happy-happy juga...ada kah gaduh yang happy? Gaduh yang secara gurauan la...tak pon selitkan gurauan dalam gaduh tu...boleh kan macam tu? Cerita apa entah lah hari ni...sebabnya aku happy tak bersebab pon sebenarnya...yer lah kan...hari ni masuk kerja selepas 3 hari tak masuk ofis, sebabnya pergi exam ...lepas 3 hari masuk ofis...ya TUHAN...terkejut tengok meja aku penuh dengan laporan yang lepas-lepas...tapi entah kenapa aku boleh happy...selalu kalau ada yang sepahkan meja...memang pagi-pagi aku sudah angin...ini aku boleh jer tersenyum jer bila tengok meja dalam keadaan macam tongkang pecah... heheheh...aku pon pelik....malas nak pikir lah hari ni...itu je untuk hari ini...sebab kepala otak ni malas nak berfikir.