Selasa, Mac 29, 2011

Happynya aku....

Melihat my hero sudah tidak buat perangai seperti minggu lepas, aku suka sangat-sangat. Senang hati aku nak bekerja di opis ni. Rasa sedikit tenang. Kurang rasa risau. Harap-harap sangat dia baik-baik di rumah pengasuh.

Naluri ibu ni cukup kuatkan. Tak ada ibu yang tak tahu feel anaknya, walaupon anaknya ada 10 orang. Contoh terdekat ibu aku, dari kami adik beradik kecil-kecil lagi, ibu aku tahu setiap feel anaknya. Dia melayan kami adik beradik mengikut perangai kami. tapi dalam mengikut dia tetap menerapkan nilai-nilai murni dalam diri kami. Kami semua boleh tahan degilnya. Tapi ibu tetap melayan kerenah kami dengan penuh kesabaran. Paling menguji hati ibu aku adalah adik lelaki aku yang no.5 tu. Dari kecil sampai besar tak pernah menyenangkan hati ibu aku...bercerita mengenainya buat air mata ibu mengalir...sejak adik aku sambung belajar, mengikut nasihat abah, al-hamdulillah ada perubahan pada dirinya. Aku tengok ibu pon sudah tersenyum bila bercerita tentang adik aku yang 1 itu.

Begitu juga aku...sekarang aku kan seorang ibu...harus sangat-sangat bersabar dengan kerenah hero aku sorang tu...memang sangat menguji kesabaran aku. tapi aku bersyukur, dia penghibur duka lara aku. Dia pembakar semangat aku. Dia buah hati aku. Sebabkan aku sangat happy....macam-macam cerita bercampur di sini..hihihih

Jumaat, Mac 25, 2011

Aku Happy

Tak sabar aku nak luah kat sini...pagi ini aku suka hati sangat-sangat. Sebabnya Rafiq hero aku yang sorang tu, sangat baik. Langsung tak meragam atau buat perangai. Bangun pagi tadi nangis sikit...sebab aku nak pakaikan dia baju. Dia bukan tak nak pakai...tapi sebab aku ganggu tidur dia. Dia marah...hiihihihi..tapi aku suka. Ok,lepas bangun pagi tu...dia asyik peluk saja kaki aku...ikut saja mana aku pergi... selesai siap semua, aku minta dia salam dengan En.Hubby, keluar hantar dia kali ini sangat mudah. Dia ikut aku dengan baik sekali. Sampai tingkat 2, aku rasa susah hati. Tapi tengok gaya dia yang selamba menuju rumah pengasuh aku rasa ok sikit...sampai saja rumah pengasuh, dia beri salam dan masuk ke dalam...sempat dia pusing dan cium pipi aku...lepas tu terus masuk. Langsung tak nangis. Senang sangat hati aku pagi ni. Selalu masa-masa begini aku hanya risaukan dia saja. Pagi ini aku hanya ingat dia...tapi dalam mood happy. :)

Khamis, Mac 24, 2011

Kenangan di SABA

Hari ni lunch kat Restoran SABA, Cyberjaya. Hari-hari dengar kawan aku cerita pasal restoran ni. Best sangat ka? Sedangkan dia sendiri pon belum pernah sampai. Nak ke pon puas tanya orang. Dah sampai sana, tak jumpa pula kedainya. Sekali kedai paling depan..cuma kedudukannya di belakang...Disebabkan nak lepaskan kempunan kawan aku yang asyik sebut pasal restoran ni...aku dan kawan-kawan lain buat keputusan untuk makan tengahari di situ...Kalau sudah masuk ke restoran tu...apa pon yang berlaku, kenalah bersabar...dah nama restoran tu pon Restoran SABA. Order sudah datang lambat. Kawan-kawan semua order nasi...Tak tahu apa yang istimewanya nasi dia...tapi semua makan nasi...aku sorang saja yang order sup cendawan dengan roti pita. Tapi order aku yang paling lambat sampai...kawan-kawan lain selesai makan dah, baru sup aku sampai. Hampeh...tapi tetap kena sabar.

Sudah lah terpaksa sabar ni...sekali makanan dia, memang tak sedap. aku ingat sup cendawan kat PADI lagi sedap...roti dia pon sedap...ini tak tahu aku nak cakap apa rasa. Kawan-kawan aku pon asyik mengomel, ayam dan kambing tak masak dengan sempurna. Salah sorang dah pening-pening lepas makan kambing...makan pon tak habis. Sangat membazir. 1 pinggan boleh makan 2 orang. Sayang aku tengok. Padanlah, harga satu pinggan pon lebih dari RM10. Paling mahal kawan aku ambil nasi kambing harganya RM17. Terkejut aku tengok bilnya. 4 orang makan harga semua RM60. itu kira aku makan yang paling murah. Kalau aku makan nasi juga mungkin lebih dari itu.

Masing-masing macam dah serik nak ke sana....tak sanggup nak bersabar lagi dah...hahahhaha

Jadilah kenangan di Restoran SABA

Hehehehe....

Hari ini aku boleh ketawa kecil...hehehe...tak ada hal lain melainkan cerita tentang my hero aku si Rafiq itu. hari ni dia langsung tak menangis..sebabnya mungkin masa aku hantar tu dia sedang tidur..sampai rumah pengasuh, dia terjaga dan masih mamai-mamai lagi. Pengasuh buka pintu dan nampak anak-anak yang sedang siap nak ke sekolah. Al-maklumlah, semua anaknya telah bersekolah. Rafiq teruja tengok keadaan itu. Dia seperti suka melihat suasana itu. Aku pindahkan Rafiq ke tangan pengasuh, Rafiq tak menangis...senang hati aku masa tu. Aku turun ke bawah dan tunggu sekejap...saja mahu dengar ada tak Rafiq menangis. Risau juga kan...hati ibu mana tak risau kan kalau tahu feel anaknya itu bagaimana...

Aku harap sangat Rafiq ok sepanjang hari ini....InsyaAllah, Syukur Al-Hamdulillah.

Selasa, Mac 22, 2011

Entah sampai bila....

Aku sendiri tak pasti, sampai bila Rafiq akan menangis begitu bila tiba rumah pengasuh, bukan senang nak cari pengasuh sekarang ni. Tapi aku percaya, dia tak lama begitu. Mungkin masih baru, dia masih belum bersedia untuk ditinggalkan begitu. Sebelum ni pon, masa tinggal dirumah, dia menangis juga bila aku hendak keluar bekerja. Inikan pula tinggalkan pada orang lain. Mungkin sebab dia lama sangat di rumah. Bermain dengan orang yang dikenali. Tapi kali ni dia ada kawan baru. Aku rasa dia patut berkawan, dan dia sangat mudah berkawan. Harap-harap sangat kakak pengasuh dapat jaga Rafiq dengan baik. Lagi pon dia ada sijil dan surat kebenaran untuk menjaga budak-budak kecil.

Aku harus terus bersabar dengan keadaan ini setiap hari. Walaupon dugaan yang kadang-kadang berubah setiap hari. Seperti hari ini...keluar pintu lift, terus menangis, tapi dengan gaya seperti orang ketakutan...kedua tangannya digenggam dan diletakkan didada sambil duduk mencangkung (betol tak perkataan tu?) aku kerap kali tanya dia, kenapa tak nak masuk umah kawan...dia hanya gelengkan kepala. Risau aku...tapi tetap juga kena hadapi semua ini. Ini dugaan hidup aku dan keluarga. Walau bagaimana susah sekali pon. Aku akan jaga anak-anak sendiri. Akan aku usahakan untuk tidak menyusahkan kedua orang tua aku di kampung. Biar segalanya aku tanggung bersama En.Hubby. InsyaAllah, semoga niat aku ini dimakbulkanNYA.

Isnin, Mac 21, 2011

R.E.S.A.H

Itulah perasaan setiap minggu bekerja...setiap kali mahu hantar Rafiq kat rumah pengasuh. Mesti hati rasa gelisah. Walaupon pada dasarnya aku hanya buat tak endah. Tapi dalam hati ini hanya DIA yang mengatahuinya.

Hari ini ada lebih teruk dari hari-hari sebelum ini. Memang ini baru minggu kedua. Tapi Rafiq bagi aku seorang anak yang sangat memahami. Tau keadaan persekitarannya.. keadaan untuk bermain, berehat, menonton, menyusu, makan. Dia tau keadaan itu. Tapi kenapa dia tak suka pergi rumah pengasuh? sedangkan disitu ada ramai kawan. Ada baby, ada abang dan kakak di situ. Tapi kenapa dia tak nak pergi ke situ? Aku pelik, kalau sebelum ni dia boleh main dengan siapa-siapa saja yang dia jumpa. Walau pon dia tak kenal. Dia boleh bermain dengan mereka semua.

Pagi tadi, masa anta Rafiq, macam biasa dia bangun dan siap-siap nak ke rumah pengasuh. Sudah salam dan cium En.Hubby, dan salam dengan Mummynya (adik aku)yang baru sampai semalam. Aku bawa dia turun, sampai aras 2, keluar lift. Rafiq terus menangis. "Mama...tak nak" itu yang aku dengar. Kenapa tak nak? aku tanya dia. Dia terus jawab itu juga. Aku bawa dia ke depan pintu...tapi dia lari. Bawa diri. Pagi-pagi dah main kejar-kejar dengan dia. Pagi-pagi dah berpeluh aku. Terpaksa aku dokong Rafiq bagi pada pengasuh. Rafiq tak mahu...dia pegang aku kuat-kuat...sayu sangat aku masa tu. Rasa kalau kat opis ni tak banyak kerja. Mahu saja aku bawa dia datang opis ni. Aku tinggalkan dia...tabahkan hati. Tapi tabah macam mana pon hati aku ni...tetap terasa sakitnya meninggalkan dia di situ.

Sampai sekarang, hati aku masih belum tenang...perlukah aku cari pengasuh baru?

Jumaat, Mac 18, 2011

Dia nangis lagi....

Hari ni kira hari ke3 hantar Rafiq kat rumah pengasuh tu. Sebabnya MIL ada 2 hari kat rumah...jadi dia minta Rafiq tinggal kat rumah saja. Ada sepupu boleh teman Rafiq main. Jadi semalam dah hantar MIL kat rumah SIL di Bangsar. Hari ni terpaksa lah hantar Rafiq kat rumah pengasuh. Kejadian yang paling aku tak tahan bila Rafiq menangis, bukan menangis buat perangai tau...kesian sangat-sangat kat dia.

Tadi pagi masa keluar hantar dia, suka saja nak pergi rumah kawan. Tiba depan pintu rumah pengasuh, dia dah elak-elak nak duduk belakang aku. Bila pengasuh buka pintu, dia terus nangis, menangis sambil pandang muka aku dan panggil aku dan geleng-geleng kepala...banyaknya 'dan' aku. Sebak hati aku sampai sekarang ni. Berat hati nak tinggalkan dia tadi..tapi kalau aku layan sangat nanti...dia yang kerap buat perangai. Aku tinggalkan juga dia. Pengasuh pujuk-pujuk sampai dia senyap...dah senyap baru aku gerak...itu pon aku dengar juga sikit-sikit sambungan dia nangis. Mungkin marah aku kot.sebab tinggalkan dia kat situ.

TUHANKU ku mohon, KAU kuatkan dan tabahkan hati aku untuk terus menghadapi masalah ini. AMIN.

Khamis, Mac 17, 2011

FUHHHH...

Dalam sakit badan ni aku boleh makan dengan banyaknya...pelik betol selera hari ini. 8.30 pagi tadi makan nasi lemak sebungkus. Nasi lemak yang macam harga RM3, tapi nasi lemak tu percuma saja. sebab ada kakak kat opis ni belanja. Lepas makan nasi lemak yang banyak tu...makan pula kuih lepat liat yang aku buat dengan MIL semalam tu. rehat sekejap...tengahari makan lagi nasi lemak...kakak tu minta habiskan. sayang, nasi lemak banyak, hari ni tak ramai yang masuk kerja. tengok, dah banyak mana kalori yang aku amik sehingga waktu itu. lepas makan tengahari selesai..kerja pula...tup-tup..datang pula goreng pisang yang sedap..ada pegawai kat sini belanja pula. murah betol rezeki aku hari ni...rezeki aku la kan...hehehe...ke rezeki orang yang belanja tu? tah lah...tapi aku rasa rezeki aku yang sangat murah hari...aku bukan kedekut okay! dan seterusnya sudah goreng pisang sampai, balun la goreng pisang pula...perut dah penuh..tapi tetap nak makan goreng pisang yang sedap tu...tak kira lah. hari ni disebabkan makanan terlalu banyak, aku lupakan sekejap diet aku...hehehe...esok-esok puasa lah pula. Sekarang ni aku sudah kekenyangan..dan sudah tak larat nak bangun...mahu pergi solat zuhur. aduh......

ok...solat dulu. itu yang penting.

Sakit Badan

Sudah 2 hari badan aku sakit...masuk hari ni hari ke 3. Bermula dari punca masa aku bangun tidur, aku tak dapat nak menoleh sebelah kiri..nak tengok bahu sendiri pon tak dapat...petang hari aku sakit tu. En.Hubby ajak aku pergi KL, jemput MIL. Jadi aku ikut juga bersama-sama rafiq juga. Jadi aku ada banyak pergerakan, tak rasa sakit yang sangat kerap. En.Hubby cuba mengurut juga...tapi sakit tetap tak hilang. Balik rumah bersiap-siap pula untuk masak. Tetamu datang malam tu. Aku tengah sakit tu. Terpaksa juga buat. Nasib baik En.Hubby banyak membantu. Selesai bab masak-masak semua dan layan tetamu yang datang. Bila tetamu dah balik mengemas apa yang patut...sampai aku rasa dah tak sanggup lagi nak berdiri. Satu badan aku sakit.

Hari ke 2,badan aku masih rasa ngilu-ngilu...tapi aku jenis yang malas sangat nak melayan. sakit sikit-sikit saja kan. Tapi disebabkan tak melayan tu, sakit aku semakin menjadi, dibahagian tengah belakang aku, terasa sakit sangat-sangat, serba serbi aku tak selesa. Aku ambil masa berehat di opis. Tapi hati tak tenang..sebab risaukan Rafiq. Takut dia dibuli...tapi tak apa...MIL ada. Petang balik rumah, siap-siap nak buat Kuih Lepat pula dengan MIL. Badan masih tak hilang sakit lagi. Selesai semua. Berehat-rehat diruang tamu. En.Hubby merokok...rokok daun. tapi apa jenis rokok pon aku cukup sensitif. Asap rokok masuk dalam rumah. aku yang sedang sakit ni lagi bertambah sakit. Masa nak solat maghrib, dada terasa sangat sakit, bernafas langsung tak lepas, seperti tersekat dijantung...bila dapat bernafar dengan lancar sesekali, terasa sangat puas, tapi rasanya sangat teruk. Aku tak dapat nak imbang badan. Tetap terus solat sampai selesai...aku tahan juga. Pelik, tak pernah aku rasa macam tu...selesai solat aku berehat sekejap. baringkan badan atas katil terasa lega sedikit. Tapi En.Hubby ajak keluar, bawa Rafiq dan anak buah dan MIL keluar bersiar-siar...Esok MIL dah nak pergi rumah SIL.Nanti tak sempat nak bawa berjalan. Aku terpaksa turut juga. En.Hubby susah nak keluar kalau aku tak ada bersama-samanya. Tak lama diluar, lebih kurang 1 jam saja. Aku tak larat. Jadi terus balik dan berehat di rumah...Semalam aku tidur mati, tak sedar apa-apa...apa yang aku sedar...hanya bila loceng jam sudah berbunyi...Tandanya dah pukul 6 pagi. Malasnya nak bangun pagi ni...tapi badan semakin pulih...sakit dah berkurangan. Al-hamdulillah...mungkin BIDADARI itu berkesan...lupa nak cakap, sebelum keluar rumah semalam..aku telan 2 sudu besar BIDADARI.

Harap-harap hari ni badan aku tak sakit lagi dan pulih sepenuhnya.

Selasa, Mac 15, 2011

Tentang Rafiq

Hari ni hari ke2 aku hantar rafiq kat rumah pengasuh. Hari yang sangat meletihkan aku. Rafiq masih tidur masa aku hantar dia pagi tadi. Elok sampai rumah pengasuh dia terjaga. Masalah bagi aku kalau dia sudah sedar. Masa sampai dia ok-ok saja. Masuk rumah pengasuh seperti biasa. Elok saja nampak aku pusing, dia pon terus meraung sekuat hati. Aku tunggu juga diluar. Saja nak tengok lama mana dia nak nangis...boleh tahan lama juga. Aku pula yang tak tahan mendengarnya. Tak sanggup aku dengar dia nangis lama-lama. jadi aku terus gerak. Masa aku sampai di bawah...aku masih dengar suara dia nangis...kuat juga suara hero aku sorang ni...tapi hati aku la yang sangat-sangat terasa...anak nangis kena tinggal kan. mesti la aku sedih. Sakit sangat terasa hati ini...tapi apa kan daya aku. Bersabarlah....

Sekarang ni badan aku sakit sangat. Petang ni mungkin aku akan terima ramai tetamu. tapi bagaimana kalau badan aku terusan rasa begini. dengan sakit badannya, sakit kepalanya lagi...dugaan.

Semoga Rafiq ok hari ni dan aku juga.

Isnin, Mac 14, 2011

RAFIQ

Tak tau macam mana nak mula...hati tengah risau. Rafiq hari ni aku hantar dia ke rumah pengasuh yang aku sendiri belum kenal personalitinya...Aku harap dia dijaga dengan baik disitu. Tadi pagi aku hantar, dia masuk dengan baiknya. Lepas aku minta dia salam dan cium aku, dia dah lain macam, mesti terasa aku nak tinggalkan dia di situ. Memang la kan, aku nak kena pergi kerja. Lepas aku gerak dari rumah pengasuh tu. Dia terus menangis, Beria-ria dia menangis, tak pernah pula aku dengar dia nangis sekuat itu sebelum-sebelum ni. Sampai aku tak sanggup nak gerak lagi. Aku tunggu di luar, kalau boleh biar sampai dia berenti nangis...tapi masa tidak mengizinkan, aku masuk kerja 7.30pagi, jam pula hampir menunjukkan 7.10pagi. nanti aku yang lewat. Tapi masa aku tunggu lift...aku dah tak dengar suara dia nangis lagi. aku harap dia ok... kejap lagi akan aku call pengasuh dia...harap sangat dengar berita yang baik-baik.

Cerita sebelum aku hantar dia...bangun pagi tadi aku siapkan dia ketika dia masih tidur. elok saja dia dah siap, terjaga la pula...jadi mudah sudah 1 kerja aku. tak perlu dokong dia masa hantar nanti. Selesai semua, aku minta dia salam dan cium En.Hubby dulu sebelum keluar, dia ikut saja, dan En.Hubby pon bukan main lagi pesan itu ini, jangan nangis, main elok-elok, kawan elok-elok, jangan gaduh-gaduh. jadi budak baik...macam-macam lagi lah...macam anak dia besar dah kan. nak pergi sekolah. hehehe...sekali anak dia meraung bila aku tinggal dia kat situ.

Oklah...aku tak sabar juga sebenarnya nak call pengasuh baru rafiq ni.....

Khamis, Mac 10, 2011

Kenapa?

Hari ni nak tanya kenapa sahaja...
Kenapa ya dari semalam hati ni asyik tertanya-tanya soalan kenapa? kenapa? kenapa?
kenapa tanya soalan kenapa? wah...apa kes la aku ni kan...kenapa la aku macam ni kan? Angau kot...hahaha...macam tak berapa nak betol la pula kan. Tak ada apa-apa sebenarnya...aku saja-saja suka-suka.

Sebenarnya semua soalan kenapa itu aku jawab sendiri. Semuanya soalan itu ditujukan kepada diri sendiri kan..jadi diri sendiri lah yang kena menjawabnya. Banyak lagi sebenarnya soalan kenapa ni..cumanya aku kekurangan kerajinan untuk menaip..ini pon aku paksa jari-jemari aku yang semakin kasar ini menaip. Jadi aku terpaksa menunggu jari-jemariku rajin dahulu...

Oklah...aku betol-betol malas sekarang ni sebenarnya...dah lama sangat aku tak update blog ni...kenapa ek aku malas update blog? haaa....tengok soalan kenapa lg...tapi aku dah jawab...hahaha

ok...chow dulu..babai.

Khamis, Mac 03, 2011

Al-Hamdulillah....

Syukur sangat-sangat, dah jumpa orang untuk jaga Rafiq nanti. Untungnya sebab 1 blok dengan aku. Senang aku menguruskan Rafiq nanti. Tak perlu nak keluar awal sangat. Al-maklumlah Putrajaya ni boleh tahan juga dengan kesesakan lalu lintasnya. Senang hati aku selesai masalah ini. Al-hamdulillah doa aku dimakbulkan. AMIN.

Rabu, Mac 02, 2011

Sunyi...perlukan bantuan

Sudah lama blog ni tak terusik...nak kata sibuk sangat tu tak ada lah sibuk sangat pon...boleh saja bersms dengan En.Hubby dari pagi sampai malam. Sejak En.Hubby out station ni...aku tak ada semangat nak buat apa pon...main dengan Rafiq pon sikit-sikit saja. Kesian Rafiq. Tak patut betol aku buat macam tu dekat dia. Semalam aku mimpi pelik...Rafiq tinggalkan aku buat selama-lamanya. Aku sedih sangat...aku tak boleh terima hakikat itu...tapi mujurlah aku sempat sedar...Aku sedar Rafiq dalam pelukan aku, sedang enak tidur sambil tersenyum. Hati aku terasa tenang saat itu. Mimpi itu membuat aku tidur tak lena seterusnya. Jadi bangun awal, balas sms En.Hubby yang dihantar lebih jam 1 pagi...Kesian En.Hubby, tak boleh nak tidur disana sebab terlalu sejuk. Air-cond tak boleh dikawal sendiri. Sapa yang boleh tidur sejuk-sejuk kan. Aku pon susah nak tidur...

Erm...minggu depan En.Hubby dah balik...best sangat, meriah semula rumah kami. Rafiq pon mesti gembira.hari-hari bertanyakan mana papanya. Aku pon hari-hari terpaksa bagitau dia yang papanya keluar bekerja. Kesian dia kan..selalu main-main dengan papa. Bila papa out station, dia main-main sorang-sorang dan kadang-kadang aku layan dia main.

PERHATIAN:-

Sebelum aku terlupa...ada tak sesiapa yang tahu, di mana boleh dapatkan pengasuh. Aku sedang mencari pengasuh untuk Rafiq dan 2 orang baby girl. Kalau boleh tinggal dikawasan rumah teres, mudah aku nak anta dan ambil. dan kalau boleh lagi biarlah di presint 9..dekat dengan rumah aku. Kalau sesiapa ada sedara atau diri sendiri nak jaga..boleh la hubungi aku.

bantuan kalian semua aku dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.