Khamis, Februari 17, 2011

Balik lagi....?

Kalau N3 ini diletakkan dalam facebook...makanya aku akan terima soalan seperti pada tajuk tersebut....nak tahu kenapa aku balik kampung lagi? tapi kali ini tanpa ambil cuti okay. Aku hanya balik pada cuti minggu sabtu ahad sahaja. Tak pernah aku buat sebegi sepanjang 8 tahun aku bekerja di Perantauan ni. Ini kali pertama. Balik kampung tanpa ambil cuti tambahan.

Balik kampung kali ini adalah kerana terpaksa menyelesaikan urusan menandatangani pertukaran nama pada geran tanah atas pembinaan rumah kos sederhana yang telah aku beli 2-3 bulan yang lepas. Susah juga kan beli rumah di kampung sedangkan kita bekerja di tempat lain yang perjalanannya makan masa 6-7 jam. Tak tahu berapa puluh kali aku berfikir dan rasanya keputusan yang aku buat untuk pulang ke kampung tanpa ambil cuti ini pon adalah keputusan yang aku sendiri tak pasti...berkali-kali aku buat keputusan. Tapi semua mendukacitakan aku. Akhirnya ini lah keputusannya...pulang ke kampung tanpa ambil cuti. Tapi kenapa tak ambil cuti? mesti ramai juga yang akan bertanyakan hal itu. Sedih nak cerita pasal cuti ni...cuti tahun ni aku dah guna hampir separuh...sekarang masih bulan febuari...belum pon separuh tahun...sangat rugi bila cuti dibazirkan begitu. menyesal pon ada dengan tindakan yang lepas-lepas yang telah aku buat tanpa berfikir panjang. Sekarang aku terpaksalah menghadapinya seorang diri. Jadi balik kampung kali ni aku terpaksa juga menahan letih. Apa nak buat kan..sudah nasibku begini.

Semoga segala urusan yang bakal berlangsung di sana nanti menemukan kesudahan yang positif. Elakkanlah segala kesulitan. InsyaAllah.

Jumaat, Februari 11, 2011

Berjaya buat kek marble sendiri-hatiku berbunga.

Tau tak apa yang aku berjaya tu...sebenarnya hari ni kat opis ada portluck...jadi semua sepakat untuk bawa makanan masing-masing untuk portluck tersebut...puas aku fikir-fikir...nak bawa apa untuk portluck hari ini...semalam balik rumah termenung...lepas tu minta pendapat En.Hubby...dia kata buat la apa-apa asalkan bawa sedikit. Jangan tak bawa langsung...tapi tetap tak ada adea yang datang. Tetiba En.Hubby bagi idea, suruh buat Kek Marble...jadi aku pon mula la projek malam semalam. Al-hamdulillah hasilnya menjadi, tapi aku masih tak rasa lagi kek marble tu sebab masih panas....bangun pagi tadi...aku potong dan masuk dalam bekas. tinggal sikit kat rumah untuk hero aku dengan CT. Tapi aku masih belum rasa lagi.

Tiba masa portluck, aku letak kek marble ditengah-tengah. maklumlah makanan sangat banyak...dibahagian tepi semua makanan berat-berat...pelbagai menu ada portluck pagi ini antara nya, pulut kuning, rendang ayam, ikan masin, bubur nasi ayam, pisang sira, kuey teaw goreng, kek marble aku...hikhikhik, buah jambu dan betik, karipap, dan koktel buahan campuran. Semua sedap-sedap...yang pertama habis adalah kek marble aku. tak sangka lak aku kek marble aku laku sebegitu...semua bertanyakan tentang kek marble aku tu...dan masing-masing seperti tak percaya kek marble tu aku yang buat. (sorry sebab tak ada gambar..lupa nak snap pagi tadi...sebab nak cepat).

Aku apa lagi..mesti la suka, sedangkan aku sendiri belum rasa kesedapan kek marble aku tu...harap-harap balik nanti masih ada saki baki untuk aku...dapat rasa sikit pon jadi lah...tak lah aku kempunan sangat...hikhikhik.

Rabu, Februari 09, 2011

Cerita lepas-lepas

Terukkan aku??? balik kampung boleh senyap saja. Langsung tak ada khabar berita.

Tau tak, bila kat kampung, memang tak ada mood nak menaip, ni kan lagi nak memandang pc atau laptop, sedangkan pc 6-7 biji ada kat rumah tu...disebabkan berada di kampung, aku hanya mengisi masa yang ada denga sebaik mungkin. Ada juga layan facebook tu sekejap-sekejap...tu pon menyelit kepada sapa-sapa yang sedang guna laptop.

Lagi satu perkara yang buat aku kurang nak hadap pc dgn laptop ni kerana tak punya banyak masa...al-maklumlah, rumah aku dengan En.Hubby hanya lah sekangkang kera...(betol ka bunyi macam tu?) tak kisah lah..janji korang faham kan. Hanya amik masa 5minit antara dua kampung tu. Hari ni rumah aku, esok rumah En.Hubby, begitulah rutin kami tiap kali pulang ke kampung. Nak bagi adil kan..kenalah macam tu...jadi, masa aku banyak habis dalam kereta, asyik pergi balik, pergi balik saja.

Paling best balik kampung baru-baru ni, cuti sekolah, lepas tu banyak kenduri...aku memang tak lepas peluang untuk cuba meramaikan majlis orang kampung aku tu. Sedara-mara sebelah abah dan mak juga aku turut serta...heheheh...dan sekarang hasilnya aku kembali bulat..hahahah

mesti ramai tak percaya aku gemuk...betol, aku tak tipu, sebelum balik kampung aku rasa badan aku tak besar mana, sekarang ni, aku rasa badan banyak lemak. Seluar aku 2-3 helai tak boleh kancing langsung....LANGSUNG ok. sedih betol...baru beli, baru sekali rasmi...sekarang hanya boleh dipandang. sanggup ke tengok saja...tak kan aku nak ulang pakai seluar yang sama ja bila keluar???memang orang tak tau...tapi aku yang tak sanggup.

Aku sedar...sejak selepas bersalin, dan selepas badan aku mula naik, untuk kembali normal, sangat susah. tak seperti aku bujang-bujang dulu...makan banyak pon badan susah nak naik...tapi sekarang, diet macam mana pon, dok macam tu jugak...makan sikit naik, makan banyak lagi la...hmmmmm

puas dah berdiet sebenarnya...sekarang tak diet sangat, cuma kawal pemakanan. amik yang sihat-sihat saja. yang tak elok tu kurang kan...lagi elok tinggalkan terus kan...kan..kan... harap-harap tu boleh lah...sokong aku ye.