Khamis, April 29, 2010

WASIAT dari Ibuhakimhaikal

Terkejut tgk chatbox tadi..Ibuhakimhaikal bagi wasiat...aku gerun sikit dengan wasiat-wasiat nih...tapi orang sudah bagi kan...aku terima dengan suka hatinya lah...

Ini lah wasiat yang diberi oleh Ibuhakimhaikal. Kira amanah dari dia juga untuk aku jaga lembu nih...apa aku nak buat ek dengan lembu ni?



Ok lah...wasiat ni aku sudah terima, so aku kena la ikut apa yang perlu aku ikut...

1. Thank & link the person that gave you the cow.
-terima kasih banyak yer IBUHAKIMHAIKAL

2. Bagi balik wasiat ni kat 7 orang blogger yang paling aktif atau 7 yang paling tak aktif.
Erm...sape yer yang aktif dan tak aktif yer...aku bagi jer la kat sape2 pon yer...asalkan bg kan?

AMYNA
Kak IEJA
QASEHADAM
KAK ZETTY (HAYATI)
ZIE
ibuPMS
ZAINA WATI...macam mana bole x jumpa link dia...sori yer...tp nk bg dia jgk wasiat nih...harap kalau zaina masuk sini dia amik wasiat ni nnt.

3. Bagi tau diorang ni yang diorang dapat wasiat ni dari orang kaya kg sepening lalat.

Wahai kalian semua...dimaklumkan bahawa orang kaya kg sepening lalat telah mewasiatkan lembu tersebut kepada kalian semua...orang kaya berharap agar kalian akan terus memberi wasiat kepada rakan-rakan kalian yang lain untuk dikongsikan bersama... - pandai-pandai je aku ni kan...

4. Cerita 3 perkara, apa yang anda selalu buat sambil tengok tv.

Pertamanya aku selalu lipat kain baju.
Keduanya mesti la layan Rafiq/susukan Rafiq
Ketiganya tentulah makan...

5. Bagitau 3 makanan pelik yang pernah anda makan.

Makanan pelik? aku pon tak pasti penah makan ker tak makanan pelik ni...

6. Cuba bagi tau berapa orang kawan anda kat FACEBOOK.

Belum ramai mana lagi...dalam 253 orang...tu pon belum kira yg terima n reject aku...

7. Aku suka soklan ni...Camner korang berjumpa spouse korang or pakwe or makwe...kat mana?

Hehehhehe..seronok pulak bila teringat kisah lelama nih...aku jumpa En.Hubby dekat Villa DSS, masa tu pergi kursus "Pengurusan" apa tah aku tak ingat...masa tu form 4...kecik-kecik dah gatai kan?...di mana Villa DSS tu? Nanti senang-senang aku cerita lak balik detik-dekit manis kami tu yer.

Ok lah kalian semua yang dapat wasiat ni...sama-samalah kita menjaganya ya.

Award dari AKAKMIMI

Mula sekali nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada AKAKMIMI sebab bagi aku award nih...untuk buat lagi bertambah semangat nak menulis blog...tak sangka jugak aku AKAKMIMI sudi datang jenguk blog aku ni...hihihihi

Tengok lah award nih..untuk yang masih baru berblogging...pagi-pagi lagi aku dah amik award ni..nampak sangat tak penyabar kan...buat tak tahu sudah la yer...tengok le award ni...sempoi jer kan.



Aku tak tahu sangat pasal penulis blog baru...sebabnya AKAKMIMI dah bagi kepada ramai penulis baru..agaknye la kan...sebab aku pon salah sorang dari itu...ok lah apa pon di ucapkan ribuan terima kasih kepada AKAKMIMI atas award yg sempoi itu.....I LIKE.............

Rabu, April 28, 2010

SMS Palsu...jahat siot...

Semalam 27 April 2010-2.19PM di HP celcom aku masuk 1 sms dari 014-5536115 yang bunyinya macam ni..."SHELL PERDANA Nombor telefon Anda tlh menang Cabutan bertuah RM15.000,00 dr SYT SHELL (M) BHD. sila dail ditalian; 014-8696328 TQ.

Aku taip sebijik sms tu...korang tengok pada amaun tu (RM15.000,00) RM15K ke RM15.00 tu? Bodoh tolol betol diorang nih...Aku memang tak pernah pon layan SMS yang macam ni. Cumanya aku fikir berapa ramai lah yang kena tipu dek diorang yang jahat nak mampos ni...geram aku tengok SMS ni...bukan SMS macam ni saja...emel pon sama...kononnya dari Admin MBB...nak protect akaun lah kononnya...tapi sebenarnya nak curi duit dari akaun aku...aku sudah terkena yang ni...cepat-cepatlah aku tukar segala password...walau pon dalam akaun aku tu boleh buat orang jahat ni berdukacita mengenakan aku...tapi sungguh jahat diorang nih.

Upsss...sori sume...aku emosi sket pagi nih...nak cerita semalam tak sempat...tersambung marah pada diorang pulak hari ni.

Selasa, April 27, 2010

FUUUHHHHH!!!!

Tadi temankan kawan opis bawa adiknya pergi RHBBANK, Kajang. Sebabnya RHBCARD adiknya kene block. Aku tak sampai hati menolak permintaan kawan aku ni...kesian sekat dia aku pon sudilah menghulurkan bantuan kepada dia...aku yang sememangnya tak biasa pekan Kajang ni terpaksa meredah pekan Kajang tu...pernah pergi Kajang...tapi setahun mungkin sekali...itu pon bukanlah kawasan pekan Kajang...hanya tempat yang tertentu. Tapi sampai juga kami di RHBBANK tu tanpa sesat pon...aku pon pelik agakan aku tu betol. Aku buat dua pusingan nak cari parking...punya lah susah nak dapat parking di kawan tu...last aku dapat parking..itu pon lama juga menunggu..nasib baik lepaskan adik kawan aku ni turun pergi bank dulu...kalau menunggu aku dapat parking...lama lagi la urusan dia. Bila dapat parking aku tengok tempat tu tak boleh parking sebab ada PILI BOMBA...aku masuk situ sebab ada yang keluar...jadi aku pon selamber je lah parking situ...dan masuk ke dalam bank...amik udara sejuk kan...nak tunggu dalam kereta macam tak berapa best....haaaaa...disebabkan tak best tu aku sudah kene saman. Yer lah sebab parking salah tempat kan...kene lah RM30....MPKj? aku tak tahu kat mana tempat tu...pusing juga cari sebab tak nak balik dalam keadaan berhutang....berhutang la kan...saman tu...tau kat En.Hubby nanti mau kene bising 6jam...baik aku selesaikan dah alang-alang aku dekat Kajang tu...bincang punya bincang kawan aku ni nak tolong bayarkan...korang tau kenapa???
Aku tak bawa dompet duit yang ada duit, IC, lesen, kad bank bagai...aku boleh tinggal dompet duit dekat opis...berani kan aku???bawa kereta buta-buta macam tu je pergi Kajang...nampak trafik punyalah aku gelabah...tapi aku control lerrr...malu beb kalau aku tunjuk...adik2 kawan aku ada kat belakang tu...
Akhirnya jumpa juga MPKj...buat rayuan dapat la kurang RM10...bayar jer lah RM20. Kawan aku tolong bayarkan...nak balik satu hal pula...takut kalau-kalau ada roadblock...syukur al-Hamdulillah tiada apa-apa berlaku di dalam perjalanan kami. FUUUHHHH!!!!sampai juga di opis dengan selamatnyer....FUUUHHH!!!sebab tak ada yang perasan tentang ketiadaan kami....
FUUUHHHH!!!!

Isnin, April 26, 2010

Kisah petang Jumaat 23/4/10

Aku sampai rumah dalam 5.30 pm...letak beg terus ke rumah BS amik Rafiq...terkejut aku tengok bonjol besar telur ayam gred C kt dahi Rafiq...tak sempat aku nak tanya BS Rafiq terus cerita...dia nampak Rafiq jatuh dari sofa, tapi tak sempat nak selamatkan Rafiq sebelum jatuh sebab banyak sangat halangan...Rafiq memang cerdas dan lasak. Suka buat sendiri tanpa mahukan pertolongan sesiapa pon. Sudah lama dia boleh naik turun sofa. Di rumah dia tak pernah jatuh...sebab dia sangat berhati-hati... itu pon apa yang aku perhatikan lah...depan mata aku memang Rafiq ni sangat cermat...nak koyak buku/kertas pon ada caranya...bukan main koyak jer...aku pelik macam mana Rafiq boleh jatuh...mungkin kecuaian Rafiq sendiri...tapi dari apa yang BS cerita...Rafiq ditolak oleh salah sorang budak yang juga dijaga olehnya. Aku tak nak salahkan sesiapa...cumanya aku yakin dengan Rafiq. Dia takkan menangis kalau sakitnya tu sedikit-sedikit...kene gigit semut pon dia hanya "aut" jer....x pon dia hanya mengadu..."tu buat"...maksudnya tu benda tu buat dia...kena lah aku cari apa benda yang buat dia...kalau papa dia buat senang jer dia cakap "papa buat"...kene cucuk pon dia tak nangis kan...kebal tau budak Rafiq ni...tapi dia jatuh dari sofa di rumah BS memang dia meraung sungguh-sungguh..sampai masih ada sisa-sisa sedu sedan masa aku amik dia...sedih aku tengok dia...hati ibu masa yang tahan kan...diluar memang aku boleh tersenyum...di hati ni siapa yang tahu kan.

Balik rumah aku demah semula benjol didahinya...surut sedikit...papa dia pon turut membantu...kesian sangat dekat hero dia yang sorang tu. Yer lah kan...besar tau benjol ke kepala Rafiq tu...benjol tu masih ada lagi sekarang ni...Kulit Rafiq sensitif sangat..lebam ke apa ke kt badan dia memang lembat nak hilang....

Rafiq-Rafiq.......

Rabu, April 21, 2010

Rafiq 1 tahun 2 bulan (14bulan)

Hari ni genaplah usia hero aku si Rafiq tu 14 bulan...berat Rafiq terkini adalah 10.2KG, naik sikit daripada 2 bulan lepas yang berat dia semasa setahun 9.6KG. Kira ok lah kan naik macam tu...graf dalam buku biru dia pon cantik aje...nurse pon cakap aku pandai atur pemakanan anak...uishhh...bangga sekejap masa tu...yer la kan, ramai baby yang berat susah nak naik...makan macam-macam pon berat tetap tak naik...Rafiq pula setiap kali check up mesti berat dia naik dan sangat memuaskan hati nurse...dalam asyik sibuk cerita itu ini...dengan selambernya Rafiq minta air sambil tunjuk botol air yang ada atas meja nurse tu...terkejut jugak 2 orang nurse dalam bilik tu...aku pelik juga, nape la nurse2 tu terkejut sampai macam tu sekali...rupa-rupanya diorang terkejut sebab Rafiq pandai minta air...hikhikhihkhikhikhik....itu lah Rafiq minta apa pon sangat jelas...kita tahu apa dia nak...sekarang dah boleh minta roti...tapi sebutannya adalah OTI..."nak oti" oklah kan...kita tau dia nak apa kan...??? aku sangat seronok dan teruja dengan perkembangan dia sekarang ni.

Nak tunjuk pic Rafiq yang terbaru lah...semalam lepas bawa dia pergi check up...aku bawa dia pergi Alamanda,Putrajaya..cari barang untuk dia sikit...BS Rafiq bagitau barang-barang Rafiq hampir habis...habis shopping...aku bawa dia makan di A&W....suka betol dia....


Tengok tu...dia tak sabar tunggu makanan sampai...






Makanan dah sampai dia yang minta dulu...tak penyabar jugak...habis makan ambil sendiri...tak der nak minta lagi sebab dah letak makanan depan dia. Dia suka kentang...tak rugi bawa dia makan...dia memang makan apa saja asalkan makanan tu rangup...yang lembik-lembik dia tak layan.


Tengok tu...bukan main lagi dia nak minum air gelas besar...tapi aku tak bagi dia minum air ni sebab belum sesuai lagi untuk dia...gula banyak kan dalam minum berkabonat ni...sangat lah tak sesuai untuk hero aku yang sihat tu...aku hanya bagi dia airkrim yang ada dalam air tu.

Tapi satu perkara yang aku tak puas hati...Rafiq sangatlah garang. Dia dah pandai pukul orang...risau aku dibuatnya.

Selasa, April 20, 2010

Check up Rafiq

Hari ni..petang ni nak bawa Rafiq pergi klinik. Rawatan susulan, esok Rafiq genap 14bulan...1 tahun 1/2 sudah dia. sekejap jer masa berlalu kan...???Rafiq dah pon setahun lebih....Rafiq sudah besar, tapi aku layan Rafiq seperti baby-baby yang baru lahir...aku peluk cium dia bila aku dekat dengan dia....rupanya dia rimas dah bila aku buat macam tu dekat dia...baru aku sedar Rafiq aku sudah besar...sebenarnya dia suka dipeluk cium..tapi hanya masa dia berkepit, menyusu dengan aku...kalau masa dia sedang bermain...memang dia marah aku buat macam tu..hihkhikhihk....tapi aku geram sangat dekat dia...pantang dia dekat dengan aku memang aku peluk cium dia, uli-uli dia...hehehehe...macam mana tak marah kan...???lemas ye dak...aku pon lemas juga kalau dibuat begitu...

Sebenarnya aku tak sabar nak bawa Rafiq pergi klinik...aku rasa berat dia sudah lebih 10KG...sebab aku sudah tak kuat nak dokong dia lama-lama...memang dia dah boleh berjalan...tapi dia pon tau jugak letih berjalan...akhirnya aku juga yang kene dokong dia...nasib baik juga berat aku naik banyak nih...kalau tidak mesti aku lagi tak kuat nak dokong dia...bertambah keding aku nanti...sekarang ni tidak lagi...berat aku sudah maintain hihihihi...

ok lah...tak sabar tunggu jam 1 nih...nak bawa Rafiq pergi klinik...lepas tu nak bawa Rafiq pergi LTH..nak didik dia agar rajin menabung dan simpan duit di BANK. Sekarang rafiq sudah pandai menabung....harap-harap dia amalkan perkara-perkara yang baik hendakNYA. InsyaAllah.

Khamis, April 15, 2010

Rafiq buat jantung aku hampir gugur....


Cerita berlaku semalam lebih kurang 12.15 tengahari kelmarin....aku tengah asyik borak dengan opismate aku...tetiba Umi Rafiq tipon...nada bunyi suaranya seperti ada kecemasan...mintak aku balik sekejap tengok anak aku tu...katanya Rafiq lembik...dia tak pernah tengok Rafiq macam tu...aku ni pantang sikit bab anak...memang lemah semangat...tak sempat nak bagitau siapa pon...cuma maklumkan kat opismate jiran sebelah aku jer yang aku ada kecemasan dan terpaksa balik...

Sepanjang perjalanan balik...aku menangis...hati aku memang tak kuat...aku berdoa sepanjang perjalanan aku sampailah ke rumah BS Rafiq...masuk dan lihat keadaan Rafiq...semua berlaku dengan suspen sangat...masa aku masuk bilik tengok Rafiq, dia sedang tidur atas pangkuan BS. BS tu nampak panik...dia cakap lebih kurang macam ni..."Imah, tengok Rafiq ni, dia tidur ke dia pengsan?"

Aku sentuh Rafiq...panggil dia berkali-kali..tak ada respon langsung...aku tak putus asa sebab aku rasa Rafiq sihat...lepas berkali-kali panggil, Rafiq bergerak dan buka mata...lepas tu pejam semula...hati aku sedikit tenang...kerana aku rasa dia tidur...aku tanya BS apa yang berlaku sebenarnya...

Dia cerita dari A to Z...baru aku faham kenapa Rafiq macam tu...rupanya Rafiq keletihan sebab terlalu lama menangis...dalam dia menangis tu aku rasa dia memang sudah mengantok...tapi BS lambat memujuk...dan dalam menangis tu dia marajuk...sebab dar penceritaan BS tu ada unsur-unsur gaya merajuk...baru tenang hati aku masa tu...

Rafiq masih tidur...aku panggil dia lagi...dalam tidur dia masih ada sedu sedan yang berbaki...sedih aku lihat wajah dia masa tu...aku berulang kali memanggil nama dia...dia buka mata...dan seperti ingin sambung menangis...cepat-cepat aku pujuk dia...dia sambung tidur kembali...dalam 15minit kemudian En.Hubby sampai...dia pecut agaknya dari pejabat dia...x sampai 30minit dah sampai rumah...selalunya lebih 30minit perjalanan dia dari Maktab tu.

Elok jer dia sampai terus masuk jenguk anak dia...dia sentuh dan panggil Rafiq...terus Rafiq buka mata dan menangis minta En.Hubby dokong...Masa aku tadi punya lah lama nak dia buka mata...ini sekali jer En.Hubby panggil nama dia....terus ada respon...agaknya dia dengar suara En.Hubby kot....entah..aku tak dapat nak fikir...lepas pada tu..dia asyik berkepit jer dengan En.Hubby...maknanya En.Hubby tak dapat kembali bekerja...terpaksalah dia melayan Rafiq...dan aku terpaksa juga lah membawa kedua orang hero aku ke pejabat..banyak kerja yang aku tinggal semalam.

Itulah Rafiq...

Selasa, April 13, 2010

Cerita Rafiq

Semalam buat kali kedua aku tidurkan Rafiq secara berasingan. Dia anak yang baik sangat, senang je aku bagi dia tidur...sambil layan main-main dengan dia biar dia asyik tidur ditempat baru dan aku tinggalkan dia main sampai dia lelap sendiri. Sayang aku tak snap pic dia semalam...comel jer..hikhikhik.

Tapi peristiwa kelakar telah berlaku bila dia tidur berasingan dengan aku...yer lah kan..sebelum ni memang dia tidur berkepit dengan aku sebab senang nak menyusu...sebelum pindah tempat tidur aku ada juga fikirkan perkara ini..mesti rasa susah nanti sebab nak bangun bila dengar dia merengek minta susu...tapi sebaliknya yang berlaku...sedang aku nyenyak tidur...Rafiq bangun panjat katil dan tidur sebelah aku untuk menyusu...bila habis menyusu dia bangun dan turun tidur ditempat dia semula. En.Hubby sedar dari awal tindakan dia sangat teruja melihat gelagat hero kecil dia yang sorang tu. Aku yang mengantuk ni layan tidur sambil menyusu...En.Hubby yang terlalu teruja tak lepas peluang melihat semua gelagat dia. Aku geli hati mendengar cerita En.Hubby. Pandai betol Rafiq cari makanan...dia langsung tak menangis atau merengek...

Aku perasan sekarang ni...Rafiq banyak belajar. Dia seorang yang pandai berdikari di rumah...aku harap sampai lah dia besar panjang nanti dia tak menyusahkan orang disekeliling dia. Apa yang aku perasan tentang anak bujang aku sekarang ni...

* Rafiq pandai cari makanan sendiri bila terasa lapar. tidak menangis atau merengek jika tidak dapat makanan.
* Pandai mengaku dan menidakkan apa yang di soal.
* Agak petah bercakap...ada banyak perkataan yang dia sebut dengan terang dan jelas.
* Tindakan dia agak pantas.
* Tak takut kena marah(yg ni aku risau sket)-dia bole buat x tahu jer bila aku marah dia.En.Hubby marah pon dia buat do-no jer.
* Sudah pandai panggil TOK ABAH...MAK TOK belum lg...(merajuk jer mak aku dengan cucu dia sorang tu)
* Suka pukul orang yang usik dia...
* Tapi pandai berkawan. Sungguh ramah mesra....tapi dia kena mulakan...kalau budak lain datang dekat dia dan mulakan dulu...nanti dia akan malu-malu dan berkepit je dekat aku.

Erm...cukup ini dulu, nanti aku sambung lagi cerita pasal Rafiq...cuma hati aku terhibur sekarang ni sebab asyik teringat gelagat Rafiq tidur asing dari aku.

Khamis, April 08, 2010

Entahlahhhhh....

Aku buntu...sejak tukar ubat ni..aku rasa lain macam sikit...aku keciwa tak dapat teruskan niat murni aku untuk susukan Rafiq sampai cukup 2 tahun. Aku tak paham dengan perasaan aku sendiri sekarang ni, aku pelik...apa yang aku pikirkan pon aku tak tahu...apa yang aku rasa sekarang kosong...semua kosong...dan N3 ni pon aku rasa kosong...kosong sekosong kosongnya...tak ada apa-apa...entahlahhh.......aku nak tenangkan fikiran dulu..................

Isnin, April 05, 2010

Kembali sunyi...

Family aku pulang awal semalam...sebabnya tak nak sampai lewat di kampung...hari ni pula abah dah kene masuk kerja. Nak elak malas pergi kerja...diorang kene bertolak awal dari Putrajaya.

Bulan lepas diorang balik kampung sampai sesat barat...entah ke mana sudah...patutnya 6 jam perjalanan...jadi lah sampai 8-9 jam lebih...cian betol diorang...tapi semalam aku tak mahu diorang sesat lagi...aku keluar tunjukkan jalan yang mudah dan selamat untuk diorang lalui. Biar banyak keluar belanja...asalkan selamat sampai dan mudah di dalam perjalanan. Tapi diorang sampai lewat juga...sebab berhenti rehat...abah bagitau hujan lebat di Juru. Terpaksa berhenti rehat sebab aircond kereta abah rosak. lewat pon lebih kurang 1 jam saje...kira ok lah berbanding bulan lepas...dah sesat. kereta pula masalah...nasib baik bukan kereta abah...kalau tidak pening la dia nak memikirkan belanja untuk baiki kereta dia itu.

Syukur al-hamdulillah family aku selamat sampai di kampung. Tapi Rafiq pula yang meragam...semalam, masa turun anta family aku..Rafiq muram..seperti terasa mak tok, tok abah, mummy/daddy & mak su akan pulang...lepas ni Rafiq tak ada kawan nak main lagi...Masa aku bersalam dengan semua Rafiq pon sibuk nak salam semua..dia cium semua orang yang dia salam...dengan mak tok pula dia terus peluk nak ikut..siap lambai babai pada aku...nak ikut mak tok pulang agaknya...Cian Rafiq, kena tinggal lagi...lepas saja mak tok gerak...Rafiq langsung tak nak berenggang dengan aku...asyik nak minta didukung aje. Letih...langsung tak mahu berjalan sendiri. Puas aku pujuk suruh dia berjalan...dia tetap tak mahu...angkat tangan minta didukung dengan rayuan lagi..tak sampai hati aku biar dia macam tu...nak tak nak aku kene dukung dia juga....anak manja aku itu sangat sensitif.

Pagi tadi, masa anta dia umah BS, dia tak nak. Aku tinggal kan dia pon dia menangis. Aku teringatkan dia sekarang ni...kesian pada hero aku sorang tu...tak per...ujung bulan ni balik kampung.

Jumaat, April 02, 2010

Yahoo....dapat award.

1st time nih dapat award...tak sangka qasehadam sudi bagi aku award...thanks yer qasehaadam bagi along award ni. Aku sangat lah teruja bila terima award nih...hihihihi



Okay..bila sudah terima award..tak boleh la bolot sorang jer kan...kena jugak bagi kawan-kawan blogger lain merasa juga kan...ermmm..walau pon blog aku ni tidak lah cantik mana pon berbanding blog2 kawan-kawan lain...tapi sedap mata memandangkan?
erm...nak share la award nih dengan kawan-kawan yg agak-agak belum terima.

Kak Ieja
Kak Pnut
Amyna
IbuPMS(Lisa)
Hayati
Kak Zetty
Ibuhakimhaikal

Erm...harap-harap mereka juga suka dengan award ini....

Erm...nak cerita 7 perkara tentang diri aku pula....ok boleh punye.

* Suka sangat layan Rafiq main/borak dan makan.
* Suka masak tapi tak berapa pandai masak. (pelik tak?)
* Tak suka sangat dengan suasana bising dan sesak...boleh pitam woooo
* Suka membaca info pasal BF...sangat teruja dapat susukan Rafiq sampai 1 tahun.Akan usahakan sedaya mungkin untuk susukan dia sampai lah dia x nak sendiri.
* Sangat sensitif..mudah sangat menangis...orang tak marah pon..cuma kasar jer..dah boleh nangis...
* Susah nak lindungkan perasaan...bukan nak tunjuk. Tapi tak dapat tahan...lagi-lagi bab yang sensitif la...(Kalo marah boleh tahan lagi-pelik kan?)
* Yang paling suka..baby-baby-baby-baby-baby-baby...x de keje pon x pe asal dapat main dengan baby.

Lambat lagi nak ada baby pulak...tunggu Rafiq besar dulu....

Kepada yang terima award..harap sangat anda sukakannya.

Al-Hamdulillah...

Syukur Al-Hamdulillah family aku selamat sampai pada jam 4.30 pagi tadi walau pon berlaku kecemasan di dalam perjalanan dan tiba sedikit lewat dari yang dijangka. Sekarang mereka berehan di rumah...Aku seronok sangat bila berkumpul dengan family...yer lah kan...dalam setahun paling kerap pon 5 kali aku dapat balik kampung. kira-kira dalam 2 ke 3 bulan baru dapat jumpa dengan family...rindu wooooo...dengan family semua. Ada HP 3G pon x guna juga sebab di kampung memang tak ada line untuk 3G. Dapat juga ber3G kalau diorang keluar ke bandar. Ada lah kot 1 kali sebulan. Terubat lah juga kan...

Sekarang ni family dah berkumpul di sini...aku dapat lepaskan rindu aku sepuas-puasnya. Tak sabar nak bawa mereka semua jalan-jalan...nak happykan mereka sepanjang berada di sini.

Selagi mereka ada ni lah aku akan cuba berbakti kepada mereka...selagi mereka sihat ni aku akan cuba hiburkan hati mereka...aku akan buat apa saja untuk mereka. Aku sayang family aku...itu yang mampu aku ucapkan pada mereka...Aku sayang mereka.

Khamis, April 01, 2010

Family Datang Lagi....

Yeay....................

Tak tahu apa nak cakap...seronok tidak terkira nih...esok pagi family datang lagi...tak sabar nih tunggu esok. Rindu betol aku pada mereka semua, sedangkan belum pon sebulan lepas diorang datang rumah aku. tak cukup sebulan lagi nih datang lagi...sebenarnya kebetulan jer diorang boleh datang sini...adik n hubby dia ada taklimat apa tah kat KL nun...jadi alang-alang dah dekat dengan aku kan...bawa lah semua mak, abah n adik ikut sekali...terubat lah rindu Mak Tok dengan Tok Abah pada Rafiq...Kali ini aku kena rakam semua detik bersama family aku...yang lepas aku tak sihat...langsung tak ada mood nak merakam apa pon...sayang kan???

Aku tak tau apa nak cerita..sebab pagi tadi aku mengalami sesuatu yang sangat pelik...aku bangun dalam keadaan yang sangat kompius...bingung jugak aku...sampai sekarang tak habis fikirkan apa yang berlaku pada aku. (korang jangan pikir lain yer...bukan cerita dalam selimut) ini kejadian yang aneh...yang begitu pelik...aku akan cari juga kesimpulannya...kenapa perkara pelik itu berlaku???